October 28, 2004

Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini agak berbeza dari sebelum-sebelum ini.

Kalau sebelum ni aku berdua dengan isteri berbuka tapi Ramadhan kali ni aku berbelas2 orang dengan jemaah masjid berbuka sama-sama.

Kalau sebelum ni aku & isteri tiap-tiap petang ke PaRam - Pasar Ramadhan (Dobot kata Pasar Gesel) membeli juadah berbuka, tapi Ramadhan kali ini aku amat jarang sekali (perhatikan dua kata penguat - salah kalau ikut tatabahasa BM, tapi aku nak juga guna dua kata penguat) pergi jalan-jalan cari juadah. Nak habiskan RM10 seminggu pun susah. Sebabnya Ramadhan kali ini aku berbuka kat masjid, pihak masjid sediakan makanan.

Dulu seronok beli juadah untuk aku dan keluarga makan, tapi kali ini hanya tunggu makan apa yang disedia. Dulu waktu berbuka makan berselera sebab juadah yang dibeli semua yang aku teringin nak makan, tapi kali ini apa yang disedia semuanya "sedap" bagi aku, semuanya aku telan. Kalau sebelum ni aku rasa seronok berbuka dengan isteri & anak, dan seronok berbuka kat rumah sendiri, tapi Ramadhan kali ni aku sayu masa berbuka di masjid teringat isteri & anak kat kampung.

Tapi dalam kesayuan aku, aku sedar banyak hikmahnya Ramadhan kali ini.

Aku ada banyak masa untuk baca Quran & iktikaf. Kadang-kadang selepas waktu ofis aku terus singgah masjid dan baca Quran sampai waktu berbuka, dan hanya balik rumah selepas berbuka. Kadang-kadang kalau aku keluar ofis awal, aku balik rumah dulu dan pergi masjid dekat waktu berbuka, dan terus berada di masjid sampai selesai buat tarawih. Lepas berbuka aku sibukkan diri membaca Quran, iktikaf dan "tidur-sambil-duduk" ;)

Aku dapat belajar redha dengan makanan apa yang pihak masjid sediakan. Aku belajar sabar agar tidak berebut waktu nak makan. Aku juga belajar untuk tidak tamak sebab makanan kat masjid bukan disediakan untuk melantak, tapi sekadar untuk menunaikan kewajipan berbuka. Bila ramai-ramai berbuka maka kena ingat orang lain sama, jangan main bantai nak kenyang sorang.

Aku juga rasa betapa indahnya persaudaraan seIslam. Indah bila kita sama-sama menjemput orang lain dulu untuk mengambil makanan, indah bila kita makan berkongsi dengan saudara yang kita tidak kenal langsung tapi dah jadi saudara rapat bila selalu makan sekali, indah bila sama-sama senyum simpul bila makanan kureng biasa saja, dan indah bila sama-sama ketawa besar bila makan sedap!

Dan satu lagi kelebihan Ramadhan kali ini, disebabkan aku jarang ke PaRam, maka kuranglah kadar penurunan pahala puasa aku disebabkan mata aku memandang yang tidak sepatutnya, atau kulit tangan aku yang tergesel benda yang tidak sepatutnya digeselkan... Alhamdulillah!

p/s: Ini kali pertama aku singgah cybercafe dalam Ramadhan kali ini.

Labels:

Diam sementara

Pohon maaf kepada semua pembaca yang menanti entry baru, kerana agak sibuk menyiapkan tugasan tertunggak sebelum menamatkan perkhidmatan di tempat kerja sekarang.

Semalam ke universiti Matjan, berjumpa pegawai di Fakulti Pengurusan & Perniagaan, seterusnya mengambil borang perjanjian untuk diisi dan dikembalikan secepat mungkin.

Untuk makluman semua, status aku bakal bertukar menjadi pelajar pada November 21 nanti. Selamat belajar untuk aku!

Wish me best of luck, ok?

Labels:

October 22, 2004

Yang tiada harga

Dalam konsep ekonomi, aktiviti lambakan (oversupply) barangan di pasaran akan menyebabkan harganya turun (nilai berkurangan). Sebaliknya aktiviti sorokan (hoarding) akan meningkatkan permintaan dari pengguna sekaligus menyebabkan harganya meningkat (nilai naik).

Aku bukan nak ceramah teori ekonomi, tapi aku tak faham dengan tindakan Pahang nak anugerahkan lebih 84 Datuk mengatasi jumlah yang dianugerahkan Melaka baru-baru ini.

Pahang masih memegang rekod setakat ini dengan menjadi satu2nya negeri yang memberikan jumlah paling tinggi darjah bergelar termasuk Datuk iaitu 186 pada 2003, sebelum itu pada 2001 sebanyak 105 dan 2002, 96. Negeri kedua tertinggi ialah Perak dengan 122 pada 2001, namun menurun dengan drastik pada 2002 dengan 61, dan 2003 dengan 54.

(Sumber data: Kosmo! 14 Oktober 2004)

Baru-baru ni Pahang sudah menarik balik gelaran dua Datuk yang terbabit kes mahkamah.

Aku tak faham, dalam keadaan negeri2 lain sibuk ambil tindakan dan memantau penerima gelaran Datuk, tiba-tiba Pahang nak lambakkan pulak gelaran tu. Kan baik dipantau sebelum diberi, disiasat dulu bakal penerima sebelum dianugerah, daripada siasat dan pantau yang dah terima!

Bak kata Encik Zaiman, entah-entah Ketua Menteri Melaka adalah salah seorang calon penerima anugerah dari Pahang tu, nak balas budi katakan.

Labels:

October 21, 2004

Ganjil

Cerita ganjil yang memang mengganjilkan aku

Semalam aku dapat tahu satu kaedah menghalang remaja bermain mercun & membuat buat bising.

Ambil sebatang kayu, pegang betul2 dan baling dgn sesungguh hati ke arah kumpulan remaja yang bermain mercun & membuat bising itu. Pastikan balingan tersebut tepat ke arah kaki, tangan atau belakang. Jangan aim kepala takut2 budak tu mati.

Berita dari Kosmo! semalam:

Gara-gara sekumpulan remaja bermotosikal bermain mercun dan membuat bising di kawasan perumahan Felda Tembangau, dekat Kemayan, Triang, seorang daripada mereka patah kaki akibat dibaling kayu oleh seorang penduduk yang naik berang.[...]

Kejadian itu berpunca apabila seorang penduduk lelaki di situ yang sedang bersolat naik berang dengan bunyi bising mercun. Lelaki itu telah mengambil kayu dan membalingnya ke arah kumpulan pelajar terbabit.


Macam-macam ada...

Cerita ganjil yang tak mengganjilkan aku

Ini juga berita dari Kosmo! semalam:

Malaysia berhadapan fenomena ganjil yang jarang berlaku di negara lain apabila jumlah wanita jauh mengatasi lelaki dalam mendapatkan pendidikan peringkat menengah dan tinggi, perkembangan yang dianggap oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai kemunculan masalah sosial.

Penyelas Tetap PBB dan Wakil Tetap Program Pembangunan PBB (UNDP), Dr. Richard Leete berkata, masalah itu luar biasa dan ia "semestinya memberi kesan" terhadap kedudukan Malaysia dalam indeks jantina UNDP jika tidak ditangani secara serius.[...]


Entahlah, aku tak tahu di mana ganjilnya perkara ini.

Sementara itu, menurut Bernama, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr. Shafie Salleh menafikan situasi itu sesuatu yang ganjil kerana ia bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tapi turut dihadapi negara lain.

Walapun aku setuju dengan Datuk Dr. Shafie, isu itu patut jugak diberi perhatian serius. Banyak faktor yang menyumbang ke arah jurang besar perbezaan jumlah pelajar lelaki dan perempuan di IPTA. Yang perlu dilakukan, kenalpasti puncanya dan laksanakan langkah2 penyelesaian tanpa banyak kerenah dan birokrasi. Masyarakat pasti menyambut baik sebarang usaha kerajaan mengatasi masalah ini.

Agaknya ramai pelajar lelaki masuk belajar di UPSI (Universiti Pusat Serenti Indah), takde syarat ketat malah pelajar akan dijemput (baca: ditangkap) mendaftar belajar ke institusi ini. Kalau lepas graduate tapi nak masuk balik pun boleh.

Labels:

October 19, 2004

Untuk renungan semua

Catitan aku semasa mendengar Kuliah Zohor di Tabung Haji yang ada kena mengena dengan Ramadhan:

Saiyidina Umar Al-Khattab pernah berkata: ada 6 perkara yang Allah SWT sembunyikan dalam 6 perkara yang lain:

  • RedhaNya dalam taat: maknanya ramai orang taat kepada Allah dengan melaksanakan semua perintahNya, namun kita tidak tahu samada redha Allah itu bersama dia atau tidak, itu adalah hak Allah yg tidak diberitahu kepada manusia.
  • MarahNya dalam maksiat: maknanya ramai orang yang membuat maksiat, namun seolah2 tiada balasan yang tuhan berikan pada mereka dan seolah2 mereka itu bebas meneruskan maksiat mereka.
  • Nama besar Allah dalam Al-Quran: (tak ingat apa huraiannya)
  • Malam Al-Qadr dalam bulan Ramadhan: semua arif hal ini, malam al-Qadr diturunkan oleh Allah untuk umat manusia, namun yang mencarinya sahaja akan mendapatnya, kita tidak tahu malam ke berapa dalam bulan Ramadhan merupakan malam Al-Qadr.
  • Waktu utama solat dalam waktu yang lima: Terdapat satu waktu yang utama dalam solat lima waktu yang merupakan waktu yang paling utama, namun tiada yang mengetahuinya bila.
  • Hari Qiamat dalam hari-hari biasa: Semua maklum bahawa tiada seorang pun yang mengetahui bila Qiamat akan berlaku.

Terdapat empat perkara yang sangat digalakkan di bulan Ramadhan. Dua yang pertama itu jika diamalkan dengan ikhlas akan beroleh kasih sayang dan redha Allah, dan dua yang terakhir itu adalah sesuatu yang amat kita perlukan:

  • Syahadah (asyhadu alla ilaha illaLlah, wa asyhadu anna muhammadan rasuluLlah)
  • Istighfar (astaghfirul al ‘azim)
  • Memohon syurga (allahumma inna nasaluka redhaka wal jannah)
  • Berlindung dari neraka (wa nauzubika min sakhhotika wan naar)

Dua yang terakhir itu merupakan doa yang dibacakan Imam selepas setiap empat rakaat Tarawikh.

Dan tengahari tadi, Imam Masjid KLCC, Ustaz Shazilli Abdullah, yang merupakan senior aku di sekolah menengah dulu, seorang lepasan Mesir, datang memberi kuliah Zohor di kampeni aku. Berikut yang sempat aku catit:

Betapa gembiranya para sahabat dan umat terdahulu menerima kedatangan Ramadhan dapat dilihat dengan peningkatan ibadah mereka dalam bulan tersebut, contohnya:

  • Saiyidina Umar al-Khattab di malam Ramadhan bersembahyang Isyak berjemaah, dan pulang ke rumah meneruskan solat dan ibadat sehingga ke pagi, hinggakan ketika dia wafat pun masih kelihatan kesan-kesan ibadat dan puasanya.
  • Tamim al-Dari berjaya khatam satu Quran hanya di dalam satu rakaat ketika beribadat di bulan Ramadhan, dan mengulang-ulang ayat yang dia terlampau asyik sehingga ke pagi (Umat terdahulu faham dan tahu makna setiap ayat Quran, kekadang mereka menangis bila tiba ayat yang menceritakan perihal neraka, kekadang mereka tersenyum dan mengulang2 ayat yang menceritakan perihal syurga)
  • Sepupu & menantu Nabi, Ali Abi Talib khatam Quran setiap hari di bulan Ramadhan sebanyak 8 kali.
  • Uwais al-Qarni dalam ibadatnya pernah rukuk dan sujud hingga ke pagi, bahkan pada satu malam yang dia merasakan hendak melaksanakan ibadat rukuk, dia akan rukuk sehingga ke pagi, dan kalau merasakan hendak sujud, dia akan bersujud hingga ke pagi.

Demikian kisah buat panduan kita semua sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.


Labels:

October 14, 2004

Marhaban Ya Ramadhan!

Kenangan mengusik jiwa

Bulan Ramadhan menjelang lagi. Banyak kenangan lalu mengusik jiwa dan raga. Kenangan semasa kecil lebih indah berbanding zaman sekolah menengah dan sekarang.

Pernah beberapa kali aku terlupa, termakan buah mangga pokok belakang rumah, dekat separuh baru aku teringat yang aku puasa. Oleh kerana aku seorang budak yang bersopan santun dan suka menolong orang tua-tua, jadi aku beritahu ayah. "Kalau lupa takpe..." ayah cakap. Aku senang hati sebab perut kenyang, tapi boleh terus puasa.

Semasa jemaah surau sebelah rumah aku bersembahyang terawih, aku dan geng aku ada banyak masa untuk bermain sebab ahli jemaah buat terawih 20 rakaat, tambah witir lagi tiga rakaat. Kami beraya sakan tiap-tiap malam sampai hari raya.

Kami lancarkan perang mercun dengan budak-budak kampung seberang sungai. Kami tembak meriam buluh, diorang tembak balik dengan meriam buluh, kami baling mercun katak, diorang balas jugak dengan mercun katak. Undang-undangnya, kalau siapa yang diam tidak balas bunyi, maknanya siapa habis mercun dulu, dia kalah.

Gigi depan aku pernah patah kena batu yang budak kampung seberang baling, sebab diorang dah habis mercun. Masa tu aku kat atas jambatan. Cis, tak aci, main jahat. Aku tahan tak nak menangis masa balik rumah, kalau aku menangis, kat rumah nanti aku akan berguling-guling menangis sebab ayah akan kasi hadiah tali pinggang kat tengah belakang.

Hmm, tu zaman aku budak-budak, tahun awal 1980-an. Aku tak tahu budak-budak sekarang main apa malam raya. Bila tua-tua camni dah tak ada semua tu. Sekarang bila Ramadhan datang teringat nak tambah ibadat sahaja di samping meratapi nasib poket yang bakal kontang.

Semoga Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kita laluinya dengan sempurna...

Bulan kembali kepada Tuhan

Dan hayatilah lirik lagu ini. Bandingan yang dibuat tuntas, tepat dan mengena. Penulis lirik dapat membaca situasi zamannya dengan cemerlang. Moga jadi ingatan dan pedoman buat aku yang lemah dah mudah terpedaya...

RAMADHAN DUA ZAMAN
Nadamurni - Album Keharmonian Di Aidilfitri
1994

Ramadhan, satu nasib tak serupa,
Peluangnya sama, natijah berbeza.

Ramadhan mereka gemilang cemerlang,
Mukmin berjasa di awal zaman.
Ramadhan kami malang terbuang,
Muslim berdosa di akhir zaman.

Mereka gembira kerana kedatanganmu,
Kami gembira dengan pemergianmu.
Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran,
Tapi malam kami muram berkabung dengkur.

Mereka berlumba mengejar makrufat,
Tapi kami lesu diburu nafsu,
Hati mereka bercahaya digilap taqwa,
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya

Puasa sekadar lapar dan dahaga....

(sumber lirik dari blog Saifudin)

Labels:

October 12, 2004

Cerita ceriti bab piknik

Aku sms kat Op cakap dalam pukul 10.30 ke atas aku akan sampai Sg Gabai, tup2 Valentino Rossi call aku nak pinjam Yamaha YZR-M1 aku tu, dia ada MotoGP kat Sepang, dan dia kasi aku guna motor dia yang paling azab dan hampeh tu, that's why I arrived late at the waterfall. Hehe, sori la, sebenarnya aku tidor lepas subuh bangun pun dah pukul 10 lebih...

Sesampainya aku di Sg Gabai aku dah mula cuak, peluh masam aku dah mengalir ke ketiak dan belakang (haa jangan nak ngutuk aku, panas daa time tu!) dan aku rasa aku dah macam anak dara tersipu2 nak lari masuk bilik bila ditanya setuju atau tidak pada rombongan peminangan pakwe tercinta yang datang. Ye la aku tak kenal sapa pun!

Aku nampak Nett, Amyz, Iwan & the gang masa mula2 aku sampai, time tu aku tak tahu nama diorang pun, tapi aku rasa diorang tu GJ, tengok bawak makanan banyak je. Dengan muka yang dah bersedia untuk blushing, aku pun bantai tanya Iwan, "Geju ke?" Iwan tunjuk muka confuse, "err..ye!" Fuhh, nasib baik, kalu tidak tak pasal2 bertukar kaler muka aku ni. Aku rasa dalam hati Iwan mesti kata, sapa pulak mamat ni tegur2 aku? Pastu aku pun bagitau la aku pun datang nak join pikinik Geju jugak.

Then aku pun follow diorang ke port di mana semua Geju dah ada kat situ, aku nampak Tipah & the gang sedang mengasah lidah (unplugged) yg menyebabkan langit terus gelap tapi at last tak jadi nak hujan. Aku masa tu masih tersipu2 dan segan, so diam je. Dalam hati aku, ish! ish! naik geram aku dengar diorang memporak perandakan pitching, bercempera low note high note & melarikan melodi indah lagu2 Fiona (4U2C), Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara (Mega), Julia (Exist) dan tah lagu apa lagi yang aku dah maleh nak dengar... :) Macam nak kata aje, "meh sini tengok anak didik M. Nasir nyanyi!" :p

Itu ler intro nya, pastu aku pun mulalah melibatkan diri secara separa aktif dlm aktiviti membasuh badan bersama Op, the-Mulan, Basrie, Leman & sorang lagi ntah tak ingat, kawan tipah kut. Then aku turun bawah balik, Kak Pnut dan family pun sampai, dan bermula la aktiviti memasak, makan dan bergelak ketawa. Aku tak pandai nak ngusik2 orang lagi masa tu, ye la kan tak pasal2 diorang cop aku mengada2 plak, baru first time jumpa dah pandai2 ngusik orang. Best tengok Ep & Kak Pnut buat food testing kuih Nett, kesian Nett "dikerjakan" mereka!

(Gambar dicuri dari photobucket Nd)

Yang aku sempat bergebang: Op, Basrie, Leman, Iwan, Zhoulsz, Attokz, Mie, Purbe, Tipah, Zurain, Kak Pnut, Ep, yang lain tu aku sempat senyum2 & dengar diorang bercoleteh dan ngusik2 saja. Dan semalam aku kenal dan jumpa Nd, Lan, the Mulan, Norsalina (dia ni panggil aku Vodafone, buang karan betol! :D), Hanya sayang, Nett, Amyz, Abg Mior alias Tokei Pajak, Najmie, Aqilah, yang lain mintak maaf, sama ada aku lupa nama atau aku tak tahu, tapi muka sure ingat, don't worry!

Labels:

October 9, 2004

Geju berpiknik di Sg. Gabai

Mula2 aku baca kat blog yabbna katanya 6hb Okt. picnic tu, tiba2 baru dapat tau diorang buat esok, 10hb Okt. Baru dua minggu lepas aku pegi Sg. Gabai tu.
First time pegi, aku dah merayau naik tingkat paling atas (tingkat 3 je tapi dah semput semacam naik tangga), tapi ramai kat situ, sebab tempat tu landai sikit, ada macam kolam, sesuai untuk budak2 bermandi manda. Tapi, takde sangat air terjunnye.

Turun balik ke tingkat dua, air terjun memang best, tinggi, sejuk, dan pedih kulit aku dibuatnya. Ada batu2 tempat bertenggek kat bawah air terjun tu, tapi memang kena extremely careful, curam2 jugak batu tuh. Ada sekali aku tergelincir, jatuh tertiarap, sakit kaki aku, habis luka2 kecil betis kaki aku yang halus putih bak bunting padi ni :p

Oklah, balik pada piknik Geju ni, aku terus call Op cakap nak join. Tanya pukul brapa nak jumpa, kena duit ke tak. Dia cakap datang aje, tengok kat forum Geju, dah byk yang diorang discuss pasal piknik tu.

Then my second thought comes, hee... biar betul aku ni, segan aaa... nak jumpa member2 baru yg aku tak pernah jumpa sebelum ni (laaa, kalu tak penah jumpa bila lagi nak jumpa ye takk?) Boleh ke diorang menerima aku? blog aku tak power macam blog matjan, aku banyak merapu ja, aku datang sorang je bini dok kat kampung, aku naik motor je, takpe ke? huhuhu...

Fikir2 balik, takpe, buat apa aku nak malu, be yourself, be your true self! Aku kan seorang yang bersopan santun, dan selalu menolong orang tua2, musti mereka akan menerima aku seadanya... Berusahalah, Sinchan!

Hmm... oklah geng, aku join!

Labels:

October 7, 2004

Let's move on...

Jeff's issue has receded, no longer frontpage story in last 2-3 days. The hullabaloo is purposely created to divert public attention from more important issues like recent price hike due to increased petrol prices and money politics. After all, that's the main job of spin doctor, they must obey their lord and do whatever their lord order them to do.

The recent price hike are taking its toll now. It's reported there are "price hike fair" in almost all states in Malaysia. Though Paklah and Najib tried at best to convince Joe Public there will be no adverse impact from the Govervment move of increasing petrol prices, public worry seems never to cease.

There is already hike in the price of consumer goods. With the impending coming of Ramadhan, this probably not a good news for us. Bus operators are also contemplating to rise their service fees. Today's newspaper cited TNB's CEO of saying that there might be some hike in electricity tariff as some of their power supply plants use petroluem.

Poor Malaysians, troubles seem to keep on flooding to our doors. What's next for us?

By the way, dont forget to sign this petition:

Labels:

October 5, 2004

Kisah blok

Weekend lepas gempar kisah blok (baca: blog, blok hanya untuk orang2 jakun IT) Jeff Ooi diseranah oleh Berita Hairan kerana memaparkan komen dari seorang pembaca, "Anwar" (not the one in Munich), kerana komennya yang tidak sensitif terhadap Islam Had-hari.

Gemparlah satu alam Melayu, dan traffic ke Screenshots pun meningkat mendadak. Malang bagi orang2 Jalan Riong kerana tak dapat masuk ke Screenshots (fyi, Screenshots had been banned long ago from being accessed by Jalan Riong people, just like any other porn sites) and that's the reason this hullabaloo originated; they lacked enough info to make an informed decision.

If my mind serves me right, I was among the first to read Jeff's posting about "Islam Hadhari and Money Politics," and at that point of time, there was only one comment, it was the abovesaid Anwar's, and there was a reply by Jeff, in bold, too. That's all that I remember, and suddenly this hullabaloo burst out. Hmmm, what a nonsense!

IMHO, isu ini mendedahkan beberapa perkara:

  • Orang2 di Jalan Riong buta blog!
  • Ini masalah komen dari pembaca luar yang tidak dapat dikawal (though Jeff had already taken necessary actions to prevent bad comments from his readers), and nothing to do with the blog owner. Malah BH Online sendiri ada disclaimer bahawa Forum Moderator tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. (read Matjan's and Pakdi's comments)
  • Isu ini mendedahkan talam dua muka puak2 you-know-who dan yang bersekongkol dengan mereka. Apa tindakan mereka dulu bila ada pemimpin negara caci dan maki Nabi, ada penulis yang berani mengatakan Nabi kuat seks? Mengapa baru sekarang nak bising, nak tunjuk merekalah orang paling alim bab Islam Had-hari ni? Apa, Islam Had-hari ni agama baru ke, lain dari yang dulu?
  • Betapa nilai berita (news from you-know-what newspapers) yang ada di Malaysia ni dah jatuh taraf kucing mati kena langgar lori yang bersepai tali perut; takde harga, takde isi, takde manfaat, dan takde maruah!

Read more comments from : Matjan, Pakdi, Idlan, & Aiz (links on your left), and more bloggers (link at TV Smith's blog).

p/s: This entry is a bit overdue, currently preoccupied with something important, but geram nak menulis tu membuak2!

Labels: