Yang tiada harga
Dalam konsep ekonomi, aktiviti lambakan (oversupply) barangan di pasaran akan menyebabkan harganya turun (nilai berkurangan). Sebaliknya aktiviti sorokan (hoarding) akan meningkatkan permintaan dari pengguna sekaligus menyebabkan harganya meningkat (nilai naik).
Aku bukan nak ceramah teori ekonomi, tapi aku tak faham dengan tindakan Pahang nak anugerahkan lebih 84 Datuk mengatasi jumlah yang dianugerahkan Melaka baru-baru ini.
Pahang masih memegang rekod setakat ini dengan menjadi satu2nya negeri yang memberikan jumlah paling tinggi darjah bergelar termasuk Datuk iaitu 186 pada 2003, sebelum itu pada 2001 sebanyak 105 dan 2002, 96. Negeri kedua tertinggi ialah Perak dengan 122 pada 2001, namun menurun dengan drastik pada 2002 dengan 61, dan 2003 dengan 54.
(Sumber data: Kosmo! 14 Oktober 2004)
Baru-baru ni Pahang sudah menarik balik gelaran dua Datuk yang terbabit kes mahkamah.Aku tak faham, dalam keadaan negeri2 lain sibuk ambil tindakan dan memantau penerima gelaran Datuk, tiba-tiba Pahang nak lambakkan pulak gelaran tu. Kan baik dipantau sebelum diberi, disiasat dulu bakal penerima sebelum dianugerah, daripada siasat dan pantau yang dah terima!
Bak kata Encik Zaiman, entah-entah Ketua Menteri Melaka adalah salah seorang calon penerima anugerah dari Pahang tu, nak balas budi katakan.
Labels: Kritik