October 21, 2004

Ganjil

Cerita ganjil yang memang mengganjilkan aku

Semalam aku dapat tahu satu kaedah menghalang remaja bermain mercun & membuat buat bising.

Ambil sebatang kayu, pegang betul2 dan baling dgn sesungguh hati ke arah kumpulan remaja yang bermain mercun & membuat bising itu. Pastikan balingan tersebut tepat ke arah kaki, tangan atau belakang. Jangan aim kepala takut2 budak tu mati.

Berita dari Kosmo! semalam:

Gara-gara sekumpulan remaja bermotosikal bermain mercun dan membuat bising di kawasan perumahan Felda Tembangau, dekat Kemayan, Triang, seorang daripada mereka patah kaki akibat dibaling kayu oleh seorang penduduk yang naik berang.[...]

Kejadian itu berpunca apabila seorang penduduk lelaki di situ yang sedang bersolat naik berang dengan bunyi bising mercun. Lelaki itu telah mengambil kayu dan membalingnya ke arah kumpulan pelajar terbabit.


Macam-macam ada...

Cerita ganjil yang tak mengganjilkan aku

Ini juga berita dari Kosmo! semalam:

Malaysia berhadapan fenomena ganjil yang jarang berlaku di negara lain apabila jumlah wanita jauh mengatasi lelaki dalam mendapatkan pendidikan peringkat menengah dan tinggi, perkembangan yang dianggap oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai kemunculan masalah sosial.

Penyelas Tetap PBB dan Wakil Tetap Program Pembangunan PBB (UNDP), Dr. Richard Leete berkata, masalah itu luar biasa dan ia "semestinya memberi kesan" terhadap kedudukan Malaysia dalam indeks jantina UNDP jika tidak ditangani secara serius.[...]


Entahlah, aku tak tahu di mana ganjilnya perkara ini.

Sementara itu, menurut Bernama, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr. Shafie Salleh menafikan situasi itu sesuatu yang ganjil kerana ia bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tapi turut dihadapi negara lain.

Walapun aku setuju dengan Datuk Dr. Shafie, isu itu patut jugak diberi perhatian serius. Banyak faktor yang menyumbang ke arah jurang besar perbezaan jumlah pelajar lelaki dan perempuan di IPTA. Yang perlu dilakukan, kenalpasti puncanya dan laksanakan langkah2 penyelesaian tanpa banyak kerenah dan birokrasi. Masyarakat pasti menyambut baik sebarang usaha kerajaan mengatasi masalah ini.

Agaknya ramai pelajar lelaki masuk belajar di UPSI (Universiti Pusat Serenti Indah), takde syarat ketat malah pelajar akan dijemput (baca: ditangkap) mendaftar belajar ke institusi ini. Kalau lepas graduate tapi nak masuk balik pun boleh.

Labels: