December 4, 2006

Cerita weekend

Pi KL

Weekend pertama lepas wife dan anak2 datang dok dgn aku, kitorang turun KL. Bawak depa jalan2 Jusco, main kat family playground kat dalam Jusco tu. Abang dgn adik punya seronok tak hengat dunia! Main bola, main moto2, main macam2! Sampai time nak balik abang nangis gila tamau balik, puas pujuk! Dia nangis kuat plak tu, abih semua orang tengok jaa.

Esoknya jalan2 kat Aquaria KLCC. Wohooo, pueh hati anak2 aku tengok fish, turtle, nemo, dory, tengok shark dalam tunnel tu, tengok frog, snake dan macam2 lagi la! Sampai semua depa (anak2 dan wife) tertidur dalam teksi bila balik ke wangsa maju, tmpat kami park keta tu. Malamnya jalan carrefour, ada sale, beli la apa2 yg patut. Anak2 aku suka aje, janji bawak depa jalan...

Pi kuantan

Last weekend kami pi kuantan plak, bawak anak2 dan wife tidur hotel kat bandar Kuantan. Anak2 aku gaduh nak mandi pool lagi. Hari tu dah pi mandi di muda resort, ni ketagih la ni, nak mandi lagi. Aku pun reserve one night stay kat hotel tu, member2 cakap ok gak hotel tu, bilik dia besar, pool dia best. Rate buleh tahan laa. Untuk govt staff, ada discounted rate.

So pagi sabtu kami bertolak ke bandar. Dari tempat aku ni, aku ikut jalan ke Maran, aku main belasah je ikut papan tanda yg tulis Maran, sekali masuk jalan entah hulu banat mana ntah! dengan selekoh yg over2, jalan plak sempit, siap jumpa orang asli bawak joran nak pi mengail lagi! Memang menakutkan! Siap lalu kuil hindu yg baru nak buat renovation, memang famous kuil ni. Bila cerita kat member2 semua diorang tau! Mujur la wife aku tak sebut jumpa gajah, dia cuma teringat dalam hati ja, kalu jumpa gajah ni jenuh la kami! Mulut dia memang masin!

Dah la keta aku plak buat hal! Sehari sebelum nak pi kuantan tu aku hantar pi snow wash kat tempat aku ni, Lepas abis basuh, masa aku drive nak balik, tup2 ada bunyi, bunyi dari dalam enjin, depan steering tu. Nak hantar bengkel kat tempat aku ni, ramai member advise toksah hantar, workmanship depa memang hampehs tahap gaban, silap2 yg lain plak rosak nanti.

So bila turun kuantan, plan nak cari workshop kat mana2. Wife aku suggest dah nak singgah umah uda, ajak la hubby uda bawak pi jumpa pomen mana2 yg dia kenal. Nak sampai rumah uda pun tough gak, aku dah la jenis susah nak ingat direction, mula ingat pehtu main redah je la, at last sampai gak. Asalnya uda ajak lunch, tp aku dah ada plan lain, so uda jamu makan mee kari. Perrghh, rugi sapa2 yang belum pekena mee kari uda, pas ni kalu hgpa p rumah dia mintak dia buat mee kari, sedap woo!!

Lepas dah setel2 pi jumpa pomen, sori aaa tak sempat pun nak tolong hubby uda sampai betul2 dapat hidupkan unser tu, kami pun betolak ke bandar. Tak jadi lunch kat rumah uda bukan apa, ada sorang coleague aku ni, dia sekeluarga dari jerantut nak turun ke kuantan gak, dia nak ajak aku dan family lunch kat tempat paling best kat kuantan ni, lagipun dia blum jumpa isteri dan anak2 aku. Akak ni orang utara gak, tu yg bleh geng baik tu!

Lepas makan2 kat restoran siam tu, (memang sedap gila, ramai orang pi makan situ!), kami check in pukul 4 ke hotel tu. Memang dekat dgn Kuantan Megamall, sebelah menyebelah je. Senang, nak pi Megamall kami pi jalan kaki ja. Tercapaila hasrat anak2 aku nak mandi pool. Petang tu dah turun mandi. Pas mandi naik bilik, diorang berendam plak kat bath tub. Malamnya pegi meronggeng di Megamall, esoknya pagi lepas breakfast, bawak depa mandi lagi. Hoho... sampai sejuk tangan kaki sbb mandi tak hengat la!

Sekian cerita weekend. Next weekend kami balik kedah, adik aku akad nikah. Kali ni bawak anak aku merasa naik flight plak. Tiada apa yang lebih membahagiakan dari melihat anak2 sihat dan gembira...


-----------------

Labels: , ,

February 17, 2005

Sala Classic Seafood Restaurant!

Best malam tadi dapat jumpa-jumpa dan makan-makan dengan Mak Andeh, Matjan, Purbe dan Cikgu Midad kat Sala Classic Seafood Restaurant. Hopefully bila-bila boleh kita jumpa lagi dan makan lagi. Timakasih juga pada MA sebab call, kalu MA tak call maknanya tak ade le gathering malam tadi.

Sori pasal kitorang nampak macam rushing to get back home, actually my wife dok teringatkan anak kecik tinggal kat umah, kena balik cepat untuk breastfeed baby and perah susu untuk stok besok. Baby kecik memang fully breastfed, malam-malam my wife akan perah susu untuk bekalan dia masa dijaga babysitter waktu siang.

Anyway, it's nice meeting you all. Seronok dengar MA bercerita. Betul kata Matjan, MA memang pandai bercerita dalam dan luar blog!

P/s: Err, betulkan teori yang kata orang yang pernah kena denggi memang badannya tak naik? Atau kes aku je begitu? Kenapa Matjan pun badan macam aku je? Dia kena denggi jugak ke? lupa aku nak tanya malam tadi...

Labels:

December 31, 2004

Bertemu raja blog!

Pagi tadi aku menyelesaikan banyak urusan di Alor Setar; ke Bank Muamalat bank-in yuran pendaftaran KPLI isteri, ke Alliance Bank bayar installment kereta, ke Amfinance dan Public Bank tanya pasal refinance kereta aku, ke pejabat pos beli setem hasil, dan ke pejabat abang aku ambil dokumen.

Semua urusan aku siap sebelum pukul 12 tghari, dan pukul 12.20 tghari aku dan isteri dah terpacak di depan rumah Matjan, menghadiri kenduri kahwin kak Max (err... terbiasa panggil kak walaupun aku lebih tua daripadanya). Team marhaban lama sungguh mengasah lidah mereka, last-last Paklong (ayah Matjan)tak tunggu marhaban tamat terus suruh tetamu yang datang makan dulu.

Aku asyik mengintai-intai kut terpandang Matjan, tapi tak nampak bayang pun. Makan dulu, sempat bersms dengan op dan purbe, op cakap dia tak datang, tunggu Matjan kawin baru nak turun Kedah. Lepas makan aku nampak member-member kak Max masuk ke rumah nak jumpa pengantin, aku pun menempel sekali dengan isteri. Orang masuk nak tengok pengantin, aku masuk tanya "Matjan ada?" Ada ka patut...

Sekali Matjan keluar ke ruang tamu, mak aiii, aku ingat akulah paling tinggi macam galah, rupanya Matjan lebih galah dari aku! Seperti biasa, Matjan sentiasa control macho, sembang dengan aku sepatah dua sahaja. Aku dapat anugerah ahli GJ yang pertama sampai ke kenduri kak Max. Bila aku tanya "hang bila pulak nak kawin?" Matjan tersengih tersipu-sipu, malu la pulak! Dalam blog bukan main lagi, kat luar alahai... ayunya! he he!!

Memang Matjan seorang yang pemalu orangnya, so makcik-makcik yang baca blog ni, saya sokong 200% peratus kalau nak buat Matjan sebagai menantu!

Labels:

October 12, 2004

Cerita ceriti bab piknik

Aku sms kat Op cakap dalam pukul 10.30 ke atas aku akan sampai Sg Gabai, tup2 Valentino Rossi call aku nak pinjam Yamaha YZR-M1 aku tu, dia ada MotoGP kat Sepang, dan dia kasi aku guna motor dia yang paling azab dan hampeh tu, that's why I arrived late at the waterfall. Hehe, sori la, sebenarnya aku tidor lepas subuh bangun pun dah pukul 10 lebih...

Sesampainya aku di Sg Gabai aku dah mula cuak, peluh masam aku dah mengalir ke ketiak dan belakang (haa jangan nak ngutuk aku, panas daa time tu!) dan aku rasa aku dah macam anak dara tersipu2 nak lari masuk bilik bila ditanya setuju atau tidak pada rombongan peminangan pakwe tercinta yang datang. Ye la aku tak kenal sapa pun!

Aku nampak Nett, Amyz, Iwan & the gang masa mula2 aku sampai, time tu aku tak tahu nama diorang pun, tapi aku rasa diorang tu GJ, tengok bawak makanan banyak je. Dengan muka yang dah bersedia untuk blushing, aku pun bantai tanya Iwan, "Geju ke?" Iwan tunjuk muka confuse, "err..ye!" Fuhh, nasib baik, kalu tidak tak pasal2 bertukar kaler muka aku ni. Aku rasa dalam hati Iwan mesti kata, sapa pulak mamat ni tegur2 aku? Pastu aku pun bagitau la aku pun datang nak join pikinik Geju jugak.

Then aku pun follow diorang ke port di mana semua Geju dah ada kat situ, aku nampak Tipah & the gang sedang mengasah lidah (unplugged) yg menyebabkan langit terus gelap tapi at last tak jadi nak hujan. Aku masa tu masih tersipu2 dan segan, so diam je. Dalam hati aku, ish! ish! naik geram aku dengar diorang memporak perandakan pitching, bercempera low note high note & melarikan melodi indah lagu2 Fiona (4U2C), Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara (Mega), Julia (Exist) dan tah lagu apa lagi yang aku dah maleh nak dengar... :) Macam nak kata aje, "meh sini tengok anak didik M. Nasir nyanyi!" :p

Itu ler intro nya, pastu aku pun mulalah melibatkan diri secara separa aktif dlm aktiviti membasuh badan bersama Op, the-Mulan, Basrie, Leman & sorang lagi ntah tak ingat, kawan tipah kut. Then aku turun bawah balik, Kak Pnut dan family pun sampai, dan bermula la aktiviti memasak, makan dan bergelak ketawa. Aku tak pandai nak ngusik2 orang lagi masa tu, ye la kan tak pasal2 diorang cop aku mengada2 plak, baru first time jumpa dah pandai2 ngusik orang. Best tengok Ep & Kak Pnut buat food testing kuih Nett, kesian Nett "dikerjakan" mereka!

(Gambar dicuri dari photobucket Nd)

Yang aku sempat bergebang: Op, Basrie, Leman, Iwan, Zhoulsz, Attokz, Mie, Purbe, Tipah, Zurain, Kak Pnut, Ep, yang lain tu aku sempat senyum2 & dengar diorang bercoleteh dan ngusik2 saja. Dan semalam aku kenal dan jumpa Nd, Lan, the Mulan, Norsalina (dia ni panggil aku Vodafone, buang karan betol! :D), Hanya sayang, Nett, Amyz, Abg Mior alias Tokei Pajak, Najmie, Aqilah, yang lain mintak maaf, sama ada aku lupa nama atau aku tak tahu, tapi muka sure ingat, don't worry!

Labels:

October 9, 2004

Geju berpiknik di Sg. Gabai

Mula2 aku baca kat blog yabbna katanya 6hb Okt. picnic tu, tiba2 baru dapat tau diorang buat esok, 10hb Okt. Baru dua minggu lepas aku pegi Sg. Gabai tu.
First time pegi, aku dah merayau naik tingkat paling atas (tingkat 3 je tapi dah semput semacam naik tangga), tapi ramai kat situ, sebab tempat tu landai sikit, ada macam kolam, sesuai untuk budak2 bermandi manda. Tapi, takde sangat air terjunnye.

Turun balik ke tingkat dua, air terjun memang best, tinggi, sejuk, dan pedih kulit aku dibuatnya. Ada batu2 tempat bertenggek kat bawah air terjun tu, tapi memang kena extremely careful, curam2 jugak batu tuh. Ada sekali aku tergelincir, jatuh tertiarap, sakit kaki aku, habis luka2 kecil betis kaki aku yang halus putih bak bunting padi ni :p

Oklah, balik pada piknik Geju ni, aku terus call Op cakap nak join. Tanya pukul brapa nak jumpa, kena duit ke tak. Dia cakap datang aje, tengok kat forum Geju, dah byk yang diorang discuss pasal piknik tu.

Then my second thought comes, hee... biar betul aku ni, segan aaa... nak jumpa member2 baru yg aku tak pernah jumpa sebelum ni (laaa, kalu tak penah jumpa bila lagi nak jumpa ye takk?) Boleh ke diorang menerima aku? blog aku tak power macam blog matjan, aku banyak merapu ja, aku datang sorang je bini dok kat kampung, aku naik motor je, takpe ke? huhuhu...

Fikir2 balik, takpe, buat apa aku nak malu, be yourself, be your true self! Aku kan seorang yang bersopan santun, dan selalu menolong orang tua2, musti mereka akan menerima aku seadanya... Berusahalah, Sinchan!

Hmm... oklah geng, aku join!

Labels:

August 23, 2004

Konvokesyen min & IIU972 convest gathering

Sekalung tahniah untuk isteriku atas penganugerahan Ijazah Sarjana pada hari Ahad lepas. Abang berbangga denganmu min. Tahniah!

Semoga kejayaan seperti ini akan terus datang dan datang dalam hidup kita hendaknya…amin.

Dua malam sebelum tu juga, member2 IIU972 berjaya mengadakan gathering sempena convest. Yang datang termasuklah mawar, aiza, habikah, nabilah, ja & razi, jem & bajang & dania, zureen & suami & baby, qawy, eli, apoks, sam dan aku. Ada sorang lagi yang kata confirm nak datang, tapi last minute pegi shooting gameshow ada hal katanya.

Gambar2 konvo min dan gathering boleh dilihat di sini.

Labels:

July 28, 2004

Member baru

Blog aku dapat pelawat baru hari ni. Selamat datang, abang polis!  

P/s: Masa aku kecik2 dulu ayah aku selalu takutkan aku dengan polis, kalau buat salah nanti polis tangkap, masuk jel! Tapi bila besar baru aku sedar polis rupanya baik. Polis tangkap orang jahat saja, kalau tak buat jahat tak perlu takut. Betul tak abang polis...?


Labels:

June 28, 2004

Hijrah

Aku ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke rumah aku semalam sempena majlis... emm, kiranya majlis perpisahan lah ye! So, lepas ni rumah berdaftar kitorang kat Kedah, bukan lagi Gombak, harap maklum.

Bila difikirkan, sedih juga untuk berubah. Berubah meninggalkan sesuatu yang kita sudah cukup terbiasa dan melaluinya setiap hari. Berubah dari sesuatu keadaan yang kita rasa complacent and content with, to something uncertain, unknown and unfamiliar with... (though in my case it may be slightly different)

This undeniably reflect what we call "resistance to change", somewhat exist in anybody, any organisation, any culture, and any fraternity when dealing with CHANGE. It's a matter of how we address it to ensure a smooth transition out of it. A daunting task indeed!

Begitulah kehidupan, apa yang pasti sesuatu yang hidup itu akan terus berubah, bergerak, dan tidak senantiasa statik, pegun atau tetap. Setiap yang hidup akan mati, setiap yang datang akan pergi, pertemuan dan perpisahan silih berganti...

Labels: ,

May 29, 2004

Pembuka Bicara

Dimulakan dengan Bismillah...

Hari ini menyaksikan kelahiran Bila Minda Berbicara... ke alam siber.

Aku mula meminati blog selepas sekian lama menjadi pengikut setia Screenshots oleh Jeff Ooi, kemudiannya Nik Nazmi Nik Ahmad, VOI oleh Aizuddin Danian, dan Critical Thoughts serta Pejuang Bangsa oleh MENJ.

Bila Minda Berbicara... berkisar pada amatan, ulasan, buahfikir, idea dan rasa hati aku terhadap sebarang perkara, isu, peristiwa atau apa sahaja di mana-mana.

Melaluinya aku cuba merungkai kekusutan, memecah keraguan, melontar kupasan dan menjana diskusi untuk membuka minda dan jiwa ke arah ruang ilmu, maklumat dan pengetahuan maha luas di luar sana.

Dan pastinya ia menjadi wahana penyambung bicara, penghubung rasa dan pengikat silah kepada semua.

Demikian buah bicara pertama... wassalam.

Labels: ,