October 19, 2004

Untuk renungan semua

Catitan aku semasa mendengar Kuliah Zohor di Tabung Haji yang ada kena mengena dengan Ramadhan:

Saiyidina Umar Al-Khattab pernah berkata: ada 6 perkara yang Allah SWT sembunyikan dalam 6 perkara yang lain:

  • RedhaNya dalam taat: maknanya ramai orang taat kepada Allah dengan melaksanakan semua perintahNya, namun kita tidak tahu samada redha Allah itu bersama dia atau tidak, itu adalah hak Allah yg tidak diberitahu kepada manusia.
  • MarahNya dalam maksiat: maknanya ramai orang yang membuat maksiat, namun seolah2 tiada balasan yang tuhan berikan pada mereka dan seolah2 mereka itu bebas meneruskan maksiat mereka.
  • Nama besar Allah dalam Al-Quran: (tak ingat apa huraiannya)
  • Malam Al-Qadr dalam bulan Ramadhan: semua arif hal ini, malam al-Qadr diturunkan oleh Allah untuk umat manusia, namun yang mencarinya sahaja akan mendapatnya, kita tidak tahu malam ke berapa dalam bulan Ramadhan merupakan malam Al-Qadr.
  • Waktu utama solat dalam waktu yang lima: Terdapat satu waktu yang utama dalam solat lima waktu yang merupakan waktu yang paling utama, namun tiada yang mengetahuinya bila.
  • Hari Qiamat dalam hari-hari biasa: Semua maklum bahawa tiada seorang pun yang mengetahui bila Qiamat akan berlaku.

Terdapat empat perkara yang sangat digalakkan di bulan Ramadhan. Dua yang pertama itu jika diamalkan dengan ikhlas akan beroleh kasih sayang dan redha Allah, dan dua yang terakhir itu adalah sesuatu yang amat kita perlukan:

  • Syahadah (asyhadu alla ilaha illaLlah, wa asyhadu anna muhammadan rasuluLlah)
  • Istighfar (astaghfirul al ‘azim)
  • Memohon syurga (allahumma inna nasaluka redhaka wal jannah)
  • Berlindung dari neraka (wa nauzubika min sakhhotika wan naar)

Dua yang terakhir itu merupakan doa yang dibacakan Imam selepas setiap empat rakaat Tarawikh.

Dan tengahari tadi, Imam Masjid KLCC, Ustaz Shazilli Abdullah, yang merupakan senior aku di sekolah menengah dulu, seorang lepasan Mesir, datang memberi kuliah Zohor di kampeni aku. Berikut yang sempat aku catit:

Betapa gembiranya para sahabat dan umat terdahulu menerima kedatangan Ramadhan dapat dilihat dengan peningkatan ibadah mereka dalam bulan tersebut, contohnya:

  • Saiyidina Umar al-Khattab di malam Ramadhan bersembahyang Isyak berjemaah, dan pulang ke rumah meneruskan solat dan ibadat sehingga ke pagi, hinggakan ketika dia wafat pun masih kelihatan kesan-kesan ibadat dan puasanya.
  • Tamim al-Dari berjaya khatam satu Quran hanya di dalam satu rakaat ketika beribadat di bulan Ramadhan, dan mengulang-ulang ayat yang dia terlampau asyik sehingga ke pagi (Umat terdahulu faham dan tahu makna setiap ayat Quran, kekadang mereka menangis bila tiba ayat yang menceritakan perihal neraka, kekadang mereka tersenyum dan mengulang2 ayat yang menceritakan perihal syurga)
  • Sepupu & menantu Nabi, Ali Abi Talib khatam Quran setiap hari di bulan Ramadhan sebanyak 8 kali.
  • Uwais al-Qarni dalam ibadatnya pernah rukuk dan sujud hingga ke pagi, bahkan pada satu malam yang dia merasakan hendak melaksanakan ibadat rukuk, dia akan rukuk sehingga ke pagi, dan kalau merasakan hendak sujud, dia akan bersujud hingga ke pagi.

Demikian kisah buat panduan kita semua sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.


Labels: