August 17, 2006

Pertembungan bangsa vs. agama

Kes Sh. Amani yg mengatakan "I may sound stupid if I speak in Malay" mengejutkan ramai pihak. Ramai yang marah2 pada dia, ramai jugak yang mempertahankan.

Pada aku, tak payahlah nak ungkit2 sangat pasal dia cakap nampak bodoh kalau dia cakap Melayu. Itulah gambaran sebenar anak muda Malaysia sekarang.

Aku lebih terkesan dengan ayat kedua "Kalau filem ini mencemar budaya, let's do it more often!"

Gubra bukan sahaja mencemar budaya, malah mencemar agama. Nilai hidup orang Islam seperti yg digambarkan dalam filem ini terlalu liberal dan terbuka dan amat memalukan Islam. Islam telah direndah2kan dan dipermainkan dengan sebegitu hina dalam Gubra.

Apa yang kita buat?

Ya! kita angkat filem ini sebagai filem terbaik! Apa kejadahnya nak marah budak tu pasal bahasa, kalau pasal agama kita tutup sebelah mata sahaja, malah bersekongkol dan mengagungkan mereka2 yang menghina agama?

Maknanya kita sama saja dengan mereka2 yang nak wujudkan IFC dan Lina Joy yang mendapat sokongan penuh dari Amerika untuk keluar Islam tu.

Labels: ,

October 19, 2004

Untuk renungan semua

Catitan aku semasa mendengar Kuliah Zohor di Tabung Haji yang ada kena mengena dengan Ramadhan:

Saiyidina Umar Al-Khattab pernah berkata: ada 6 perkara yang Allah SWT sembunyikan dalam 6 perkara yang lain:

  • RedhaNya dalam taat: maknanya ramai orang taat kepada Allah dengan melaksanakan semua perintahNya, namun kita tidak tahu samada redha Allah itu bersama dia atau tidak, itu adalah hak Allah yg tidak diberitahu kepada manusia.
  • MarahNya dalam maksiat: maknanya ramai orang yang membuat maksiat, namun seolah2 tiada balasan yang tuhan berikan pada mereka dan seolah2 mereka itu bebas meneruskan maksiat mereka.
  • Nama besar Allah dalam Al-Quran: (tak ingat apa huraiannya)
  • Malam Al-Qadr dalam bulan Ramadhan: semua arif hal ini, malam al-Qadr diturunkan oleh Allah untuk umat manusia, namun yang mencarinya sahaja akan mendapatnya, kita tidak tahu malam ke berapa dalam bulan Ramadhan merupakan malam Al-Qadr.
  • Waktu utama solat dalam waktu yang lima: Terdapat satu waktu yang utama dalam solat lima waktu yang merupakan waktu yang paling utama, namun tiada yang mengetahuinya bila.
  • Hari Qiamat dalam hari-hari biasa: Semua maklum bahawa tiada seorang pun yang mengetahui bila Qiamat akan berlaku.

Terdapat empat perkara yang sangat digalakkan di bulan Ramadhan. Dua yang pertama itu jika diamalkan dengan ikhlas akan beroleh kasih sayang dan redha Allah, dan dua yang terakhir itu adalah sesuatu yang amat kita perlukan:

  • Syahadah (asyhadu alla ilaha illaLlah, wa asyhadu anna muhammadan rasuluLlah)
  • Istighfar (astaghfirul al ‘azim)
  • Memohon syurga (allahumma inna nasaluka redhaka wal jannah)
  • Berlindung dari neraka (wa nauzubika min sakhhotika wan naar)

Dua yang terakhir itu merupakan doa yang dibacakan Imam selepas setiap empat rakaat Tarawikh.

Dan tengahari tadi, Imam Masjid KLCC, Ustaz Shazilli Abdullah, yang merupakan senior aku di sekolah menengah dulu, seorang lepasan Mesir, datang memberi kuliah Zohor di kampeni aku. Berikut yang sempat aku catit:

Betapa gembiranya para sahabat dan umat terdahulu menerima kedatangan Ramadhan dapat dilihat dengan peningkatan ibadah mereka dalam bulan tersebut, contohnya:

  • Saiyidina Umar al-Khattab di malam Ramadhan bersembahyang Isyak berjemaah, dan pulang ke rumah meneruskan solat dan ibadat sehingga ke pagi, hinggakan ketika dia wafat pun masih kelihatan kesan-kesan ibadat dan puasanya.
  • Tamim al-Dari berjaya khatam satu Quran hanya di dalam satu rakaat ketika beribadat di bulan Ramadhan, dan mengulang-ulang ayat yang dia terlampau asyik sehingga ke pagi (Umat terdahulu faham dan tahu makna setiap ayat Quran, kekadang mereka menangis bila tiba ayat yang menceritakan perihal neraka, kekadang mereka tersenyum dan mengulang2 ayat yang menceritakan perihal syurga)
  • Sepupu & menantu Nabi, Ali Abi Talib khatam Quran setiap hari di bulan Ramadhan sebanyak 8 kali.
  • Uwais al-Qarni dalam ibadatnya pernah rukuk dan sujud hingga ke pagi, bahkan pada satu malam yang dia merasakan hendak melaksanakan ibadat rukuk, dia akan rukuk sehingga ke pagi, dan kalau merasakan hendak sujud, dia akan bersujud hingga ke pagi.

Demikian kisah buat panduan kita semua sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.


Labels:

September 30, 2004

Babi tu haram

Baru-baru ni heboh dengan cerita ayam campur babi. Dalam Buletin Utama TV3 ditunjukkan penguatkuasa sudah membuat rampasan di kilang menyembelih ayam tersebut di Serdang. Memang nampak ayam dan anak babi (jelas nampak hidung kontot tau!) yang dah siap diproses disimpan bercampuraduk di kilang tersebut.

"Kita akan bertindak segera," "Kita akan arahkan pemilik kilang itu menutup premisnya serta merta," "Kita akan dakwa pengusaha tak bertanggungjawab itu mengikut akta bla... bla..." Ayat tu dah macam tersiap sedia bila ada sebarang kes yang meminta penguatkuasa bertindak. Skrip basi...

Itulah penyakit penguatkuasaan di negara kita, ada aduan baru nak bertindak, ada laporan baru la terkebil2 nak bergerak, kalau tak ada diam saja, main telur, makan rasuah.

Entahkan kilang tersebut dah beroperasi bertahun-tahun dulu, dah bertan-tan ayam yang dicampur babi tu dibekalkan ke merata tempat, dihantar ke pasar besar dan pemborong Melayu di kawasan Selayang, Damansara dan Pandan dan TTDI.

Bayangkan jika ayam yang kita beli di pasar besar tu rupanya datang dari kilang haramjadah tu, atau bayangkan kedai yang kita selalu makan nasi ayam, nasi lemak ayam, atau nasi goreng ayam adalah salah satu kedai yang menerima bekalan dari kilang tu... ohhh tidak! (teringat kedai nasi lemak ayam tempat aku selalu makan tu, takpe Cheras dapat supply dari kilang lain).

Orang Islam ni kalau sebut bab makanan haram ni memang cukup pantang. Perkataan babi tak boleh dengar langsung, sensitif! Perkataan babi dah hampir pupus dalam Kamus Dewan, dah diganti dengan khinzir. Mat rempit pun dah tak sebut babi, kalau nak maki diorang sebut gila babeng. Diorang tahu haram sebut babi.

Sebut bab haram ni, apsal benda lain yang haram tak berapa mendapat tempat sangat di hati peminat orang Islam ni ha?

Macam tak kisah pula bila makan rasuah a.k.a politik wang, macam seronok pulak tonggang arak & beer, macam bangga pulak masuk kedai Magnum 4D, Sport Toto, macam rileks saja bila dedah rambut, dedah dada, dedah buah dada, macam takde apa2 pulak bila langgan betina, main belakang.

Dan bila Mufti kata peraduan SMS haram, aku tengok kat paper makin banyak peraduan tu, bila Mufti kata Sureheboh haram, apsal makin ramai orang serbu? Hmm....

p/s: Dulu rokok pun pernah kena isytihar haram.

Labels: ,

September 2, 2004

Islam Liberalm (Part last)

As promised earlier, you may read my piece on the subject which is solely based on writings by Hafiz Firdaus Abdullah, and Majalah i August edition, here.

It is a combined of Part 1 which I posted earlier in my blog, and the last part.

Enjoy reading. May Allah guide us to the right path. Ameenn.

Labels:

August 30, 2004

Ghazwatul fikr

Agen Perosak

(Image taken from Laman M@rhaen)

Click picture for more story...

Labels: ,

August 13, 2004

Islam Liberal (Part 1)

Apakah Islam Liberal?

Definisi liberal menurut Kamus Dewan (DBP, Kuala Lumpur):

  • (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas.
  • bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada aliran pemikiran dan sebagainya).

Islam sendiri adalah agama yang bersifat liberal. Ciri2 keliberalan Islam ialah:

  • membebaskan manusia daripada perhambaan dan penyembahan sesama makhluq,
  • membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia,
  • terbuka terhadap sebarang peradaban manusia selagi ia tidak melibatkan perbuatan menyekutukan Allah (syirik), perbuatan yang menyalahi syariat Allah, dan kepercayaan yang merendahkan kedudukan manusia hingga ke taraf kebinatangan.

Justeru, kenapakah fahaman "Islam Liberal" muncul? Apakah Islam yang diturunkan Allah tidak cukup liberal bagi mereka yang menganut fahaman ini?

Sebenarnya, liberalnya "Islam Liberal" adalah kerana fahaman ini mengamalkan ciri keterbukaan dan kebebasan yang melampaui daripada yang telah ditetapkan oleh batasan syariat Islam yang diturunkan Allah.

Kelahiran fahaman Islam Liberal

Fenomena penjajahan negara-negara umat Islam oleh kuasa Barat serta fenomena tahap penguasaan sains dan teknologi umat Islam yang jauh terkebelakang berbanding Barat adalah dua situasi yang dihadapi oleh umat Islam sejak lebih kurang seabad yang lalu.

Dalam menghadapi situasi ini, sikap yang diambil umat Islam boleh dirumuskan kepada empat, iaitu:

1. Putus asa dalam kehidupan dunia

Terdapat umat Islam menjadi putus asa dan merasa rendah diri terhadap situasi yang berlaku menerimanya sebagai ketentuan yang sememangnya telah ditetapkan untuk memundurkan mereka.

2. Pemisahan agama dari kehidupan harian

Terdapat umat Islam yang berpendapat agama menjadi faktor penghalang bagi mencapai kemajuan. Justeru, agama mesti dipisahkan daripada kehidupan seharian melalui formula sekularisme yang terbukti berkesan dan berjaya dilakukan oleh Barat.

3. Membebaskan diri dari agama melalui penafsiran semula

Terdapat umat Islam yang turut berpendapat bahawa agama menjadi faktor penghalang mencapai kemajuan, namun penyelesaian yang mereka ambil adalah dengan membuka dan membebaskan agama Islam yang sebenar yang telah menjadi pegangan sejak zaman Nabi dahulu lagi. Mereka menganggap belenggu kejumudan umat Islam dalam menafsirkan dan mempraktikkan semula ajaran agama adalah penyebab kelemahan dan kemunduran umat Islam. Golongan inilah yang menganut fahaman Islam Liberal.

Kelompok Islam Liberal ini sebenarnya dihantui oleh perasaan inferiority complex dan dengan situasi penjajahan dan ketinggalan umat Islam sekarang, dan perasaan tergiur serta menyembah peradaban Barat yang maju sehinggakan menjadikan mereka hilang jati diri sebagai Muslim yang sebenar.

4. Berpegang teguh dengan agama

Namun terdapat sebahagian umat Islam yang terus memegang teguh dengan agama, dan menganggap bahawa agama bukanlah penyebab kemunduran dan kelemahan umat Islam. Punca utamanya ialah kerana umat Islam sendiri yang meninggalkan ajaran agama mereka sebenar.

Bagi mereka, kekuatan dan dan kejayaan hendaklah berteraskan neraca wahyu Ilahi yang berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, bukannya mengikut acuan Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu.

Golongan yang keempat inilah yang benar dan insyaAllah, dengan kesungguhan mereka, maka keagungan dan kekuatan Islam akan kembali ke tangan umat Islam.

P/s: Ok, cukup sekadar itu buat pengenalan. Part 2 nanti aku akan ceritakan bagaimana manhaj Islam Liberal ini terhadap agama Islam, Al-Quran, Rasulullah SAW, hadis-hadis nabi, ilmu-ilmu Islam, dan hukum-hukum Fiqh. Begitu juga akan mengenai tokoh-tokoh Islam Liberal di nusantara ini serta kewujudannya di Malaysia.

(Semua tulisan di atas dirujuk dari tulisan sdr. Hafiz Firdaus Abdullah, dan menjadi tumpuan utama Majalah i, keluaran Ogos 2004.)

Labels:

Islam agama yang benar, tiada lain (2)

Aku setuju sangat sajen. Apa yang kau tulis in fact answered the whole issue here. Here I quoted:

Di dalam Tafsir Hamka ada menceritakan satu keadaan di mana di zaman Nabi (saw), baginda telah berjumpa dgn beberapa orang ketua2 agama Nasrani selama tiga hari utk membincangkan ttg beberapa perkara dan masalah yg timbul pd ketika itu. Sepanjang perjumpaan tersebut yg diadakan di dalam masjid, mereka (org2 Nasrani) bebas utk keluar masuk masjid dan tindakan mereka tidak langsung dilarang oleh baginda (saw). Pada hari terakhir perjumpaan tersebut yg kebetulan jatuh pd hari Ahad (mungkin hari rasmi utk org2 Nasrani beribadat), baginda telah membenarkan mereka mengerjakan sembahyang di dalam masjid, mengikut cara mereka sendiri (cara sembahyang org2 Nasrani).

Dan juga ini,

Di zaman Khalifah Umar Al-Khatab (ra) juga, di mana beliau telah dijemput oleh seorang paderi utk melawat sebuah gereja dan bila masuknya waktu solat, beliau telah menunaikan solat di luar kawasan gereja tersebut. Apabila ditanya oleh beberapa sahabat mengapa beliau solat di luar gereja dan tidak di dalamnya, jawabnya beliau khuatir orang2 Islam selepas zaman tersebut akan menukar gereja tersebut menjadi masjid.

Rumusan:

Ketelitian Khalifah Umar dalam setiap tindakan beliau adalah untuk mengelakkan salah faham umat, apatah lagi dalam isu yang berkaitan aqidah. Kalau Nabi sendiri menghadapi situasi demikian, maka baginda pun akan bertindak seperti Khalifah Umar.

Tindakan Nabi menunjukkan Islam amat terbuka dan meraikan agama lain. Dalam situasi Paklah, keterbukaan kita ialah dengan membenarkan persidangan itu diadakan di Malaysia. Namun Paklah sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, beliau patut bertindak bijak dengan menyuruh menterinya yang bukan Islam mewakili kerajaan merasmikan persidangan tersebut. Langkah berhati-hati sebegini wajar sebagai mengambil iktibar tindakan Khalifah Umar.

Situasi masjid sekarang yang tidak menjadi pusat aktiviti pemerintahan, penyebaran ilmu, kemasyarakatan dan kebajikan adalah hasil penjajahan Barat di Malaysia. Banyak lagi contoh sebenarnya, seperti pengasingan kuasa pemerintahan Islam kepada negeri2 di bawah raja, setelah kuasa raja sendiri dikecilkan skop kepada hal2 yang berkaitan agama sahaja bukan pemerintahan negara semasa zaman Kesultanan Melaka dulu. Sejarah telah membuktikannya.

Semua situasi pada zaman Nabi & Khalifah Umar adalah semasa kerajaan Islam tertegak, memerintah dan merupakan kuasa tertinggi, mampu menjaga dan memelihara agama Islam dari diceroboh, dicemari dan diubah-ubah, dan ianya sangat berbeza dengan situasi sekarang.

Wallahu'alam.


Labels:

August 8, 2004

Islam agama yang benar, tiada lain.

Membaca posting Sajen bertajuk "Sampai bila nak melindungi," aku terasa perlu memberikan sedikit pandangan peribadi.

Kita meraikan kebebasan beragama di negara kita. Semua rakyat pelbagai agama diberikan ruang seluas2nya untuk mengamalkan tuntutan agama masing2. Ini termaktub dalam perlembagaan undang2 negara kita. Malah jika perlembagaan yang ada sekarang ini diubah selaras dengan hukum dan perundangan Islam, kebebasan beragama akan tetap kekal. Ini kerana ia telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sendiri sejak dulu lagi di Madinah.

Teguran Ustaz Idris sedikit sebanyak mengambil kira keadaan umat Islam di Malaysia sekarang ini yang semakin ramai yang murtad, malah terang2 mencabar agama Islam selepas mereka murtad (macam kes mahkamah baru-baru ini). Dan berapa ramai pula yang murtad ini hasil daripada gerakan dan perancangan tersusun missionaries Kristian yang siang malam bekerja keras untuk meningkatkan penganut agama mereka at the expense of agama lain.

Begitu juga dengan keadaan wujudnya golongan-golongan yang mengaku memahami Islam, mengaku memperjuangkan Islam, namun agenda utama mereka ialah mengubah ajaran Islam yang dilihat tidak selari dengan perkembangan zaman sekarang, dan dilihat seolah-olah akan membawa umat Islam ke belakang. Hatta ke tahap mereka ingin mengubah apa yang telah ditetapkan secara qat'ie oleh Allah melalui Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas! Tidak perlu kusebut siapa mereka ini kerana pegangan dan sikap mereka cukup jelas terang membuktikan apa yang kukatakan ini.

Lihat sahaja tulisan dalam buletin Majlis Peguam yang seolah-olah hendak menyamakan azan bunyi "bising" dari masjid dengan salakan anjing! Malah mengatakan bunyi "bising" itu akan menganggu masyarakat setempat yang bukan Islam. Tulisan sebegini bagiku cukup menghina seruan suci umat Islam itu.

Semua ini berlaku di celah-celah lanskap umat Islam sekarang yang tidak faham & tidak yakin dengan agama mereka sendiri, tidak beramal dengan tuntutan agama yang sebenar, dan hanyut dengan hawa nafsu dan keduniaan. Kecelaruan kefahaman terhadap agama sendiri ini akan membuahkan taklid buta yg mengikut acuan Barat dalam setiap urusan agama Islam.

Melalui tegurannya, Ustaz Idris menyatakan kebimbangan beliau sekiranya tindakan seorang PM yang beragama Islam di sebuah negara umat Islam akan dilihat seolah2 menggambarkan Islam membenarkan agama Kristian dan meredhai mereka. Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa agama Kristian sekarang bukanlah agama yang sebenar sebagaimana ketika agama tersebut diturunkan kepada Nabi Isa al-Masih. Ianya telah ditokok tambah dan disesuaikan mengikut kehendak peredaran zaman oleh penganutnya sendiri.

Dan dalam keadaan umat Islam seperti yang ada sekarang ini, teguran itu juga meminta PM mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh dilihat oleh umat Islam sebagai "merestui" tanggapan bahawa agama-agama lain adalah setara dengan agama Islam. Tindakan seorang pemimpin tertinggi negara sememangnya boleh memberi kesan besar kepada rakyat seluruhnya. Dan lantaran tindakan PM itu kemungkinan terdapat sebahagian umat Islam di Malaysia yang akan menganggap bahawa semua agama adalah benar dan sama di sisi Tuhan.

Kita amat takut sekiranya tindakan "pembenaran" agama lain selain Islam akan menjatuhkan kita kepada keadaan seolah2 kita menafikan perisytiharan Allah seperti dalam Al-Quran, Ayat 19 Surah Ali-Imran, mafhumnya:

Bahawa sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.

...dan mencabar amaran Allah seperti pada ayat 85 surah yg sama, mafhumnya:

Barangsiapa yang mencari (dan mengakui) agama selain dari Islam, maka (pencarian mereka itu) tidak akan diterima oleh Allah dan di akhirat nanti mereka itu dari kalangan orang-orang yang rugi.

Apa yang perlu kita beri tumpuan sekarang, ialah mengajak umat Islam kembali cintakan Islam, menghapuskan kecelaruan umat dengan memahamkan mereka dengan ajaran Islam yang sebenar, satu-satunya agama samawi yang masih dan tetap benar, yang kekal benar di setiap dan sepanjang masa, tempat dan keadaan. Mengajak umat Islam kembali bersatu di bawah panji2 Islam dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar. Dan meyakini bahawa Islam itu tertinggi mengatasi agama lain.

Pandangan ini adalah bersifat peribadi dan merupakan kesimpulan yang dapat kubuat dari teguran Ustaz Idris itu. Kuharap moga diskusi sebegini akan terus bercambah demi kebaikan umat Islam. Terima kasih Sajen.

Menj turut menyentuh isu ini di sini dan sini.

Related articles:
1. Dialog antara agama atasi salah faham
2. Tidak wajar Abdullah rasmi Perhimpunan Majlis Gereja Sedunia – Ustaz Idris

Labels:

July 13, 2004

Menuju syahid...

Hari ini aku ingin membawa satu isu serius, amat serius dan amat penting. Moga ia mampu mengetuk minda dan menjentik benak semua, sebagai peringatan dan panduan, menjadikan kita hamba Tuhan yang mampu bersyukur dan kuat pegangan...

Dan janganlan dek kerana badai AF sekarang ini begitu kuat melanda, kita melupakan keadaan saudara seagama yang sekarang ini tidak ada masa langsung untuk berehat-rehat dan menghabiskan masa menonton rancangan kesukaan mereka!

Setiap minit dan saat mereka diburu oleh mata peluru musuh yang buta tidak kenal sesiapa, bedilan kereta kebal dan roket yang acap mensepaikan tubuh dan melayangkan nyawa, apalah lagi yang diharapkan pada kehidupan dunia... Dapat hidup sehingga ke hari ini, pagi ini, jam ini, minit ini dan saat ini pun cukup rahmat bagi mereka, seribu syukur dipanjat kerana usia dipanjang dan mampu terus berjuang...

Hanya Tuhan menjadi saksi, menjadi paksi, menjadi asbab dan menjadi harap penerus perjuangan demi agama, demi maruah, demi Tuhan, dan kesudahannya... syahid jadi impian!

Monolog keinsafan aku ini lantaran terbaca berita "Akhbar, ahli politik Britain kutuk Qaradawi" di BH baru-baru ini. Biarlah apa sekalipun tindakbalas yang diterima, ketegasan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi tidak mampu digugah dan diubah, jelas dan terang, tiada sebarang keraguan lagi.

Isu utama – PENGEBOMAN BERANI MATI DI PALESTIN... Fatwa ini boleh menjelaskan pandangan Islam:

Excerpt from first fatwa.
The late Azharite scholar and the head of the Sunni Egyptian Institutions in Egypt, Sheikh Fu'ad Mukhaymar, states the following:

"The view adopted by the majority of our contemporary Muslim scholars, describing as martyrs the Palestinians who blow themselves up in the occupied land in showing resistance against the aggression, is correct for the following reasons:

A person who blows himself up sacrifices his life for the survival of others. He dies for his homeland and his holy sites.

Those disarmed people are annihilated every day. Their houses and factories are destroyed and their farms are devastated. They stand with their hands tied before the tanks and armored vehicles of their enemies. The least they can offer is this sacrifice. A person who does this operation is considered by Ulama as a martyr especially as he sacrifices his life, not for a material gain, but for the sake of Allah."

Juga fatwa ini.

Excerpt from second fatwa:
"...issued by Sheikh Faysal Mawlawi, deputy chairman of European Council for Fatwa and Research:

"Martyr operations are not suicide and should not be deemed as unjustifiable means of endangering one's life. Allah says in the Glorious Qura'n: "And spend of your substance in the cause of Allah, and make not your own hands contribute to (your) destruction; but do good; for Allah loveth those who do good." (Al-Baqara:195).

This means that martyr operations are totally different from the forbidden suicide. Concerning the Palestinians, they carry out the operations in showing resistance to the aggression launched by the enemy who has occupied their land, destroyed their houses, desecrated their sacred places and driven about four million of them out of their houses, replacing them with even larger numbers of Jewish settlements.

The enemy relies on sophisticated military equipments while, at the same time, denying the Palestinians their basic human rights, killing their women, children and men mercilessly, and rendering the Palestinians powerless and incapable of defending themselves – even all the Arab countries face the same fate, lacking necessary weapons.

So the Palestinians have nothing in their disposal but stones which they throw at their enemy in order to defend their country. This, despite its indication of a high morale, cannot deter the enemy this way. So the Palestinians resort to martyr operations, in which the martyr blows himself/herself up, sacrificing his life for the sake of his country and inflicting serious but reciprocal harms on the enemy.

In the light of the above-mentioned facts, I believe that those missions are a sacred duty carried out in form of self-defence and resisting aggression and injustice. So whoever is killed in such missions is a martyr, may Allah bless him with high esteem. I call on every Palestinian not to hesitate in carrying out such operations as long as they are the only way of making Jihad and are made with an intention of sacrificing one's life for the Sake of one's religion and nation. I wish that other scholars who hesitate concerning such a matter to reconsider their views according to what I have said and what other scholars have said. May Allah guide us all to what is right."

Muslim Wakeup pula melihat dari perspektif psikologi pengebom berani mati:

"Both suicide and suicide bombing express the same underlying anger at those surrounding the suicidal person for having been unable to help alleviate (or in the case of Israeli occupation, for having actively contributed to) the unbearable environment from which death is perceived as the only escape. So regardless of what the Western media says, one cannot overlook the suicidal act involved in suicide bombing. Acknowledging this will always lead to the question of the cause of the suicide, which leads us again to the Israeli occupation.

The fact is that the attention focused on suicide bombing by the Western media largely ignores the brutality and hopelessness of Israeli occupation which causes it. This one-sided journalism oversimplifies the issue and turns it into yet another catchphrase to paint Palestinians as terrorists inspired by a murderous Islamic religion. This sort of religious reductionism removes responsibility from the Israeli government policies which have created an oppressed, desperate and hopeless Palestinian population, one in which suicide and the violence of suicide bombing are obviously symptoms of a greater, overlooked psychological illness."

Menj juga banyak menyentuh isu penting ini di Bismikaallahumma (klik current events).

Syahid atau menang, ia sunnnah orang berjuang...

Labels:

June 9, 2004

Al-Khaliq, Engkau Maha Pencipta

Venus transit Semalam, keajaiban sains dan alam semesta berlaku apabila planet zuhrah melalui matahari (venus transit) yang disifatkan NASA sebagai "a celestial rarity."

Kecuali aku, semalam ramai yang menyaksikan keajaiban ciptaan Allah itu secara live yang kali terakhir berlaku pada 1882. Moga aku panjang umur sempat menyaksikannya sekali lagi pada Jun 2012 nanti. Selepas itu, ia hanya akan berlaku pada tahun 2117, dan aku yakin aku sudah tiada lagi waktu itu.

Semoga kejadian ini akan menyedarkan aku dan semua manusia betapa tinggi kuasa Al-Khaliq, Tuhan Maha Pencipta yang menguasai sekalian alam. Semua ciptaan Allah itu berputar dan tetap di atas orbitnya tanpa terkeluar atau berlanggar antara satu sama lain.

Al-Quran terlebih dahulu menyebut perkara ini dalam surah Yaasin ayat 38-40 yang mafhumnya:


"Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."
Maha suci Tuhan…

Labels:

June 1, 2004

Harun Yahya - An invitation to the truth

Pertama kali tersinggah ke website ini, aku terus tertarik untuk kembali lagi.

Interaktif, kaya maklumat dan memberi kesedaran, itu kesimpulan aku. Dan yang penting ia tidak mencari keuntungan.

Aku bangga kerana ada juga manusia yang mengetepikan financial gain hasil dari tulisan, rekacipta, penerbitan dan pengedaran buku-buku, artikel, filem dokumentari, audio, grafik dan lain-lain demi kerana satu tujuan, DAKWAH. Sedangkan dunia sekelilingnya kini sedang berlumba-lumba mencari material.

Semoga usaha dakwah saudara Adnan Oktar ini diberkati Allah hendaknya.

Labels:

May 31, 2004

Faktor kemunduran umat Islam

Aku diminta seorang teman untuk menulis esei berkenaan faktor kemunduran umat Islam. Agak tinggi dan sukar nilai tajuk itu dan kupasannya pasti panjang berjela. Namun, temanku hanya memerlukan esei sepanjang maksimum 3 mukasurat sahaja...

Kucuba cari rujukan berkaitan, dan aku ketemu satu artikel dalam Majalah Al-Manar Edisi Jun 1997, karya Dr. Wahbah al-Zuhayli bertajuk Fenomena & faktor-faktor kemunduran Dunia Islam. Ia menarik perhatianku.

Dan inilah hasilnya...

Labels: