July 31, 2004

Bukan SMS saje, Sureheboh pun haram. Diulangi, HARAM!

Sure Haram

(Image taken from MENJ who took it from Laman M@rhaen.)

Konsert Sureheboh TV3 pula difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Harussani Zakaria, Mufti Perak.

The Council of Malaysian Muftis The Mufti of Perak has issued a ruling declaring TV3's Sure Heboh concert carnivals as haram (prohibited in Islam) as it "encouraged vice and immoral activities" among Muslims in the country.

Perak Mufti Harussani Zakaria said today the council, which met recently, had decided that the carnival, a series of concerts held in major towns, had a negative influence on spectators. [...]

"Islam allows entertainment but it must observe the limit," he added. [...]

Harussani elaborated that while Islam did not forbid enjoyment in life, Muslims should be aware of their responsibilities. The younger generation should also not be exposed to activities which were detrimental to their future, he said. [...]

Kalau TV3 boleh hentikan serta merta pertandingan SMS setelah fatwa mengenainya keluar, bagaimana pula yang ni En. Farid Redzuan?

Dan bagaimana pula konsert Fantasia Tour Siti Nurhaliza dengan bekas2 pelajar AF tuh?


Melawat Tok Guru

Petang semalam selepas kerja aku pegi melawat Tok Guru di IJN. Masa aku sampai, Seri Paduka Baginda YDP Agung baru lepas melawat Tok Guru & sempat jugak aku bersalam dgn Baginda.

Kemudian adinda Tengku Razaleigh, Tengku Aziz sampai & dia pula masuk melawat. Semasa menunggu tu, sempat jugak aku bersembang dgn Bro. Anualbakhri Haron, SetPol Tok Guru. Dia cakap hari ni Sultan Kedah datang melawat. Tapi PM belum datang katanya, dan menteri-menteri lain pun jangan harap diorang nak tunjuk muka selagi PM tak datang .

Tok Guru nampak sihat dan sedang duduk di kerusi semasa kami masuk. Selepas bersalam, Tok Guru sempat bercerita sedikit yg esok (hari ni) dia akan menjalan pembedahan kedua melalui dada kirinya (sambil mengisyaratkan ke bahagian tersebut).

Semoga Tok Guru terus dikurniakan kesihatan untuk terus berdakwah dan berjuang, amin.

Labels:

July 28, 2004

Member baru

Blog aku dapat pelawat baru hari ni. Selamat datang, abang polis!  

P/s: Masa aku kecik2 dulu ayah aku selalu takutkan aku dengan polis, kalau buat salah nanti polis tangkap, masuk jel! Tapi bila besar baru aku sedar polis rupanya baik. Polis tangkap orang jahat saja, kalau tak buat jahat tak perlu takut. Betul tak abang polis...?


Labels:

Peraduan SMS & jenayah cinta

Berita muka depan BH hari ini:

Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan, peraduan berbayar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mendapat sambutan hangat di negara ini sekarang, adalah haram di sisi Islam kerana mempunyai unsur perjudian. [...]

"Sesuatu peraduan itu ditakrifkan sebagai loteri atau perjudian selepas tiga perkara diambil kira iaitu pembahagian hadiah, permainan atau perjalanannya secara cabutan atau nasib dan wujud sumbangan secara langsung atau tidak langsung oleh peserta." [...]

Aku: Apa reaksi penganjur peraduan SMS yg tak terkira banyaknya la ni, bagaimana pula komen pemenang2, & apa pula tindakan susulan pihak berkuasa? Kita tungguuuu... (Nasib baik aku tak pernah menang apa2 peraduan SMS sebelum ni!)

Dan ini berita yang kedua akhbar yang sama:

Seorang gadis, yang bakal menerima Ijazah Sarjana Biologi Genetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bulan depan, mati selepas dipercayai ditikam oleh bekas teman lelakinya di Bangi, petang kelmarin. [...]

Lelaki itu dikatakan bertindak demikian apabila tidak dapat menerima hakikat Norzi Ayu akan bertunang dengan jejaka pilihannya tidak lama lagi. [...]

Aku: Takziah aku ucapkan pada tunang & keluarga si mati. Cinta si pembunuh tu bukan saja buta, tapi bisu, pekak dan cacat!

Labels:

July 27, 2004

Pakcik kayooo!!!

Laporan oleh seorang analyst ketika menghadiri briefing baru-baru ini:   
Ass-teruk akan mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai yang melampau-lampau untuk tahun kewangan berakhir xx.xx.2005 nanti.

Anda tak caya?? Ada 10 sebab: 
  1. Peningkatan langganan di seluruh kawasan di Sabah & Sarawak
  2. Peningkatan langganan di Semenanjung, di kawasan seperti Gombak, Wangsa Maju, Petaling  Jaya dan Putrajaya
  3. Peningkatan langganan di sesetengah tempat di Brunei
  4. Peningkatan langganan oleh ahli UMNO Putrajaya (alasan)
  5. Peningkatan langganan di kalangan bomoh di Perak (alasan : baca surat Ketua Penaja Persatuan Bomoh Seluruh Perak)
  6. Lebih 50% keuntungan disumbangkan oleh peminat fanatik pelajar AF sanggup menghabiskan RM100-200 setiap minggu dan lebih RM200 pada malam konsert kerana mengundi.
  7. Hampir 15% keuntungan dikaut melalui Channel @15 di mana peminat fanatik pelajar selalu bergaduh, mengejek dan mengutuk sesama sendiri kerana menyokong pelajar yg berbeza.
  8. Lebih 5% keuntungan adalah hasil dari jualan tiket konsert setiap minggu.
  9. Lebih 5% keuntungan adalah hasil dari download gambar, ringtone, theme & logo oleh peminat fanatik AF2 (refer Channel @15)
  10. Peningkatan yuran langganan sebanyak RM5 untuk meningkatkan mutu siaran. (baca: mutu apa mutu, muthusamy ada laaa, lantak le movie otai ker, siaran tergendala time hujan ke, janji pakcik kayoooo!!!)

Apa yang pasti TAK akan gelak besar pegi bank…… har har har!!!


Labels:

July 22, 2004

Demam datang balik!

Read this to spark off your celebration of the eagerly-awaited football party, soon coming to your screen… (or kedai mamak’s screen!)

[...] The professor, the poker player and the fiery Scot....sounds like the start of very fascinating story.

Ohh, I just can't wait!!

p/s: Long live MU!

Labels:

July 20, 2004

Dah jadi sedara syaitan!

In NST today, Page 4:

Another landmark is coming up in the federal administrative centre to embody the contributions of the country’s prime ministers.

The RM40 million Mercutanda Perdana will give Malaysians an insight into the national ethos framed by the four past prime ministers as well as the leadership of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.[...]

Note: The project is going to be funded by donation from public and private parties.

Then read this, on Page 9:

No electricity, no treated water and a 12-hour walk along a rutted 40km trail to reach civilisation — all part of the job for three teachers posted to remote SK Sungai Magandai.[...]

What keeps the three teachers going is the satisfaction of imparting knowledge to children who had been deprived of education until a school was built there in 1996.[...]

"When we came here there were no teachers' quarters. We had to put up at the dilapidated Balai Raya in this village," he said. Later, the three teachers moved to a hostel built by a group of volunteers in 2002 for children who would otherwise have to walk several hours to school.[...]

Takde kerja lain, tahu nak habiskan taxpayers' money aje! Ni dah kira membazir tahap khinzir buta nie! Padehal banyak lagi benda baik & bermanfaat yang boleh dibuat dgn RM40 juta tuh!


Labels:

July 15, 2004

Biliary artesia

Kematian adik Nuratiqah Najwa memilukan aku. Kisah begini sudah acap kudengar, dan aku juga pernah menulis isu ini yang pernah disiarkan di Utusan Malaysia tidak lama dulu.

Berapa nyawa lagikah yang harus dibiarkan pergi akibat kerenah birokrasi memualkan? Aku pijar dalam mencari nilai nyawa...

Adik Atiqah baru mengecap nikmat nafas hanya 14 bulan, namun pihak-pihak tertentu lebih rela menegakkan birokrasi bodoh mereka biarpun anak kecil tak berdaya itu sedang bertarung dengan maut, ohh...!

Berikut adalah tulisanku seperti yang tersiar di Utusan, mungkin sedikit panjang...

Labels:

Halwa telinga

Pukul 11 malam, aku terpaksa keluar mencari sumber makanan dek kerana terlampau lapar, dan akhirnya mee goreng mamak menjadi habuan aku. Kebetulan ternampak cybercafe, bagai ditarik untuk singgah. Mulalah aku terfikir-fikir apa yang aku nak ubah kat blog aku nie.

Melangkah masuk ke cc ni, mak aiii dah jadi macam disko! Muzik ke tahap boleh memecahkan datuk (bukan anak) telinga! Hard-rock music, kalau dah dipasang peringkat 100dsb, korang boleh bayangkan bagaimana bingit maut telinga aku! Aduuhh...

Halwa telinga aku, pastinya yang easy listening, ia buatkan dada terbuka lapang, jasad bingkas bugar, hati menempa tenang, minda terasa segar, dan pastinya bicara kian indah...

Apa halwa pilihan telinga korang?

p/s: Btw, aku berjaya tukar ke Shoutbox; a lot better than Tagboard, I guess. All shouts archiveable, more colorful smilies, and customizable-to-the-bone! Yeahhaaa, specially for you, guys!

Labels:

July 13, 2004

Menuju syahid...

Hari ini aku ingin membawa satu isu serius, amat serius dan amat penting. Moga ia mampu mengetuk minda dan menjentik benak semua, sebagai peringatan dan panduan, menjadikan kita hamba Tuhan yang mampu bersyukur dan kuat pegangan...

Dan janganlan dek kerana badai AF sekarang ini begitu kuat melanda, kita melupakan keadaan saudara seagama yang sekarang ini tidak ada masa langsung untuk berehat-rehat dan menghabiskan masa menonton rancangan kesukaan mereka!

Setiap minit dan saat mereka diburu oleh mata peluru musuh yang buta tidak kenal sesiapa, bedilan kereta kebal dan roket yang acap mensepaikan tubuh dan melayangkan nyawa, apalah lagi yang diharapkan pada kehidupan dunia... Dapat hidup sehingga ke hari ini, pagi ini, jam ini, minit ini dan saat ini pun cukup rahmat bagi mereka, seribu syukur dipanjat kerana usia dipanjang dan mampu terus berjuang...

Hanya Tuhan menjadi saksi, menjadi paksi, menjadi asbab dan menjadi harap penerus perjuangan demi agama, demi maruah, demi Tuhan, dan kesudahannya... syahid jadi impian!

Monolog keinsafan aku ini lantaran terbaca berita "Akhbar, ahli politik Britain kutuk Qaradawi" di BH baru-baru ini. Biarlah apa sekalipun tindakbalas yang diterima, ketegasan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi tidak mampu digugah dan diubah, jelas dan terang, tiada sebarang keraguan lagi.

Isu utama – PENGEBOMAN BERANI MATI DI PALESTIN... Fatwa ini boleh menjelaskan pandangan Islam:

Excerpt from first fatwa.
The late Azharite scholar and the head of the Sunni Egyptian Institutions in Egypt, Sheikh Fu'ad Mukhaymar, states the following:

"The view adopted by the majority of our contemporary Muslim scholars, describing as martyrs the Palestinians who blow themselves up in the occupied land in showing resistance against the aggression, is correct for the following reasons:

A person who blows himself up sacrifices his life for the survival of others. He dies for his homeland and his holy sites.

Those disarmed people are annihilated every day. Their houses and factories are destroyed and their farms are devastated. They stand with their hands tied before the tanks and armored vehicles of their enemies. The least they can offer is this sacrifice. A person who does this operation is considered by Ulama as a martyr especially as he sacrifices his life, not for a material gain, but for the sake of Allah."

Juga fatwa ini.

Excerpt from second fatwa:
"...issued by Sheikh Faysal Mawlawi, deputy chairman of European Council for Fatwa and Research:

"Martyr operations are not suicide and should not be deemed as unjustifiable means of endangering one's life. Allah says in the Glorious Qura'n: "And spend of your substance in the cause of Allah, and make not your own hands contribute to (your) destruction; but do good; for Allah loveth those who do good." (Al-Baqara:195).

This means that martyr operations are totally different from the forbidden suicide. Concerning the Palestinians, they carry out the operations in showing resistance to the aggression launched by the enemy who has occupied their land, destroyed their houses, desecrated their sacred places and driven about four million of them out of their houses, replacing them with even larger numbers of Jewish settlements.

The enemy relies on sophisticated military equipments while, at the same time, denying the Palestinians their basic human rights, killing their women, children and men mercilessly, and rendering the Palestinians powerless and incapable of defending themselves – even all the Arab countries face the same fate, lacking necessary weapons.

So the Palestinians have nothing in their disposal but stones which they throw at their enemy in order to defend their country. This, despite its indication of a high morale, cannot deter the enemy this way. So the Palestinians resort to martyr operations, in which the martyr blows himself/herself up, sacrificing his life for the sake of his country and inflicting serious but reciprocal harms on the enemy.

In the light of the above-mentioned facts, I believe that those missions are a sacred duty carried out in form of self-defence and resisting aggression and injustice. So whoever is killed in such missions is a martyr, may Allah bless him with high esteem. I call on every Palestinian not to hesitate in carrying out such operations as long as they are the only way of making Jihad and are made with an intention of sacrificing one's life for the Sake of one's religion and nation. I wish that other scholars who hesitate concerning such a matter to reconsider their views according to what I have said and what other scholars have said. May Allah guide us all to what is right."

Muslim Wakeup pula melihat dari perspektif psikologi pengebom berani mati:

"Both suicide and suicide bombing express the same underlying anger at those surrounding the suicidal person for having been unable to help alleviate (or in the case of Israeli occupation, for having actively contributed to) the unbearable environment from which death is perceived as the only escape. So regardless of what the Western media says, one cannot overlook the suicidal act involved in suicide bombing. Acknowledging this will always lead to the question of the cause of the suicide, which leads us again to the Israeli occupation.

The fact is that the attention focused on suicide bombing by the Western media largely ignores the brutality and hopelessness of Israeli occupation which causes it. This one-sided journalism oversimplifies the issue and turns it into yet another catchphrase to paint Palestinians as terrorists inspired by a murderous Islamic religion. This sort of religious reductionism removes responsibility from the Israeli government policies which have created an oppressed, desperate and hopeless Palestinian population, one in which suicide and the violence of suicide bombing are obviously symptoms of a greater, overlooked psychological illness."

Menj juga banyak menyentuh isu penting ini di Bismikaallahumma (klik current events).

Syahid atau menang, ia sunnnah orang berjuang...

Labels:

July 11, 2004

A weekend of my new life

It's almost a week I'm back to my bachelor life, maksud aku bujang sekejap sementelah wife and my son dah balik kampung dan aku masih kat sini. For the next 4 months, I'll be staying at Cheras, Apartment Tun Perak, belakang Plaza Phoenix tu.

Rumah baru
Nasib aku baik, kebetulan adik kak ipar wife aku (isteri abang wife aku bukan kak aku aaa... ish nak panggil pangkat apa ni hah?) is looking for a new housemate after his ex-hsemate moved to a new workplace in Penang.

Tapi yang aku paling tak best, nak pegi kerja jalannye jem teruk. Korang kalau biasa jalan-jalan kat Taman Connaught tu tahu la macamana tahap teruknya jem kat situ. Dari apartment aku tu, keluar ikut Alam Damai, terus ke Taman Connaught dan akhirnya sampai ke highway Cheras dan keluar ikut Sg. Besi. Paling jem kat Sg. Besi sampai Jln. Tun Razak. Dah beberapa kali aku hampir2 terlanggar buntut kereta yang beratur panjang kat Jln. Tun Razak tuh.

Tiqah's new baby
Petang Sabtu lepas, walaupun hujan rintik-rintik, aku pergi jugak Gleneagle tengok Tiqah and her newly-born son. Mula2 tu pun aku hampir tak kenal langsung Tiqah, dengan muka berisi dan pipi tembamnya tu, nampak sangat kuat makan masa pregnant dulu...

Congratulations to Tiqah, jelas terpancar kegembiraan di wajah Tiqah dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. The soon-to-be-named-as-Amir-Irfan baby was very much resembling the likes of newly born of my son mor than a year ago. Rambut hitam lebat, pipi tembam, hidung pesek sikit dan berat 3.8kg, lebih sikit dari anak aku. Aduhh... teringat anak aku la pulak!

Aku beredar selepas lebih kurang setengah jam, dan tak sempat berjumpa suami Tiqah pun.

Akademi Fantasia
Saturday night, aku tidur rumah member kat Wangsa Maju, dan layan konsert ke-5 AF. I think tonight's concert is the best of AF2 for now. It's very entertaining and I really enjoy it! Zahid has showed great improvement over weeks, Adam too. Linda macam biasa, dia memang dah ada kekuatan vokal, confidence and versatility. Zarina, aku dah rasa dia macam hantu, boleh ganti Maya Karin dahh! Farah, macam biasa saja. Kaer, as if he is exhausted and not giving his 100%. Bob, saved for last night performance, not up to the mark. Mas, simply cannot sing English song, and Nurul, hmmm... she's next to be voted out.

Penyingkiran Anding dah diagak (refer to my previous post). Lepas ni Nurul, and after her it'll be a bit hard to guess who to be voted out, perhaps Farah, then Bob, and Mas, to leave the last 5 of Zahid, Adam, Linda, Zarina, dan Kaer to fight in the last concert. They are my choice.

Anybody have the same choice as mine, or yours is different?

Labels: ,

July 9, 2004

Your superhero

Budak: Spider-man 2 bang, Spider-man 2!
Aku: Ehh, dah keluar vcd ke? Gambar cantik tak?
Budak: Cantik bang, terang bang. Ini dvd copy punye!
Aku: Tarak lah, mana ada dvd keluar lagi. Awak tipu sayalah...
Budak: Tapi gambar memang elok bang, RM5 jer.
Aku: (Issh, dah ler susah nak cari vcd pirate sekarang nih) Dik, kasi satu yee...


Aku terkial-kial cari duit RM5 dalam wallet, tapi ada 4 keping RM1 ajer, yang lain not RM50 (macam banyak duit!). Lastly aku kasi dia RM4.50, mana ntah aku jumpa 50 sen dalam poket seluar. Sambil kata sori dan buat muka selebet, aku blah. Aku rasa budak tu mesti hangin punya kat aku.

Dan semalam baru aku sempat layan citer Spider-man 2. Menarik jugak citer tu. Kepada yang belum tengok, cukup la aku katakan akan ada Spider-man 3 nanti. So, tengok ler cepat2...

Kalau aku tanya korang sapa superhero korang, musti sekarang ni korang jawap "Spider-man". Betul takk?

Maklumlah demam Spidey tengah hangat sekarang. Aaa, lagi satu, ada Spider-man Collector's Fair mulai 9 hingga 11 Julai ini kat Midvalley. Aku rasa mungkin aku akan jadi salah sorang pengunjungnye nanti. Member aku lecturer UIA tu (iiu972: you know who) sure pegi punya!

Tapi aku rasa aku lebih suka Superman, tak tau apsal. Mungkin sebab Superman adalah hero komik yang antara terawal difilemkan. Aku minat Superman dari tengok filem dulu-dulu, pastu tengok The Adventure Lois and Clark, dan sekarang ni layan Smallville pulak. Smallville musim ke-3 akan datang ke TV3 tak lama lagi.

Aduhh, ni yang nak jadi budak semula nih...

Labels:

July 7, 2004

Kesan judi bola

Dalam kebanyakan peminat bolasepak meraikan kemenangan atau bersedih atas kekalahan pasukan yang disokong, ada manusia yang melompat gembira atau hampir gila kerana menang atau kalah pertaruhan.

Judi dan bolasepak seperti kembar siam yang melekat di kepala atau punggung yang kalau dipisahkan maka matilah mereka. Aduhh... begitu kronik!

Terfikir sejenak aku berapa kerat sangatkah yang betul-betul meminati bolasepak kerana bolasepak itu sendiri, dan berapa ramaikah yang lain meminatinya dek kerana berpeluang meraih keuntungan segera melalui pertaruhan?

Aku tak pasti adakah AFC sudah mengkaji kesan menyeluruh cadangan mereka dalam menyelesaikan masalah sendiket pertaruhan bolasepak haram. Penulis ini juga seolah-olah hendak menyogokkan pembaca bahawa menghalalkan pertaruhan adalah satu-satunya jalan penyelesaiannya.

Leslie Lau boleh menceritakan betapa serius kesan langsung dari judi bolasepak ini.

Labels:

July 6, 2004

Who dare not to care?

Membaca entry Jeff di Screenshots pasal masalah sistem pendidikan negara membuatkan aku betul-betul risau. Masalah yang tidak dapat tidak melibatkan kita dan generasi anak kita di masa depan.

Macam-macam dah aku dengar kerajaan nak buat itu ini untuk memantapkan sistem pendidikan. Dulu heboh pasal tulisan jawi kena mansuh, pastu KAFA, sekolah satu sistem sampai petang, mansuh SRP ganti PMR, sistem terbuka SPM, meritokrasi, teaching Science and Math in English, makmal runtuh, notebook kena curi, buku teks terhad, guru super, mula2 jadual anjal pastu jadual standard pulak, teleconferencing, dan macam-macam lagi.

Mungkin patut juga dibaca komen bekas TPM Tan Sri Musa Hitam dalam isu ini.

Who dare not to care?

Labels:

July 2, 2004

Hanif bebas... begitu juga pembunuh Noritta.

Aku dapat tahu keputusan mahkamah mengenai kes sensasi ini pukul 4.30 petang semalam. Tahniah aku ucapkan pada Hanif. Kata-kata pertama Hanif, mengikut laporan The Star,

"I want to make up for lost time and I want to be with her (his wife Noraidah Mohamad) when she gives birth to our baby in August." These were the first words Hanif Basree uttered after he walked out a free man for the first time in six months.

"I look forward to spending time with my family, who have been my pillar of strength during this ordeal," he said, adding that he had resolved to further strengthen his faith in Allah.

Terharu jugak aku membacanya. Harapan aku moga dia akan mengotakan janjinya. Apa yang pasti Allah masih membuka peluang untuknya kembali ke landasan yang sebenar sebagai seorang Muslim.

Hanif sudah bebas, maka penjenayah sebenar mesti menerima hukuman setimpal walaupun dia seorang VIP, Menteri Besar atau anak raja. Jika tidak, kredibiliti polis yang sedia tercalar akan semakin pongah.

Labels:

July 1, 2004

Bulan Membaca Kebangsaan 2004

Hari ini hari pertama Julai, dan maknanya kita melangkah masuk ke second half of 2004.

Hari ini juga bermulanya kempen Program Bulan Membaca Kebangsaan 2004 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Semoga kempen ini berjaya memupuk dan meningkatkan minat membaca rakyat Malaysia.

Tidak kiralah apa jenis bahan bacaan sekalipun, tabiat membaca perlu ada dalam diri rakyat Malaysia untuk memartabatkan diri ke arah masyarakat berilmu dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Bagaimana kita rate tahap minat membaca kita?

Tegar - Buku adalah segala2nya, tidur buku, makan buku, minum buku.
Kuat - Pantang ada waktu terluang, membaca adalah aktiviti pertama.
Sederhana - Kekadang membaca, kekadang menonton. Membaca 1/2 jam, tengok TV 2 jam.
Kurang - Malas nak membaca, sakit mata. Apalah ada pada buku...?
Hampeh - Nonton TV, wayang, main computer games, PS2 menjadi rutin dalam hidup. Buku, apa tu?

Aku? Sederhana kut...

Labels: