Halwa telinga
Pukul 11 malam, aku terpaksa keluar mencari sumber makanan dek kerana terlampau lapar, dan akhirnya mee goreng mamak menjadi habuan aku. Kebetulan ternampak cybercafe, bagai ditarik untuk singgah. Mulalah aku terfikir-fikir apa yang aku nak ubah kat blog aku nie.
Melangkah masuk ke cc ni, mak aiii dah jadi macam disko! Muzik ke tahap boleh memecahkan datuk (bukan anak) telinga! Hard-rock music, kalau dah dipasang peringkat 100dsb, korang boleh bayangkan bagaimana bingit maut telinga aku! Aduuhh...
Halwa telinga aku, pastinya yang easy listening, ia buatkan dada terbuka lapang, jasad bingkas bugar, hati menempa tenang, minda terasa segar, dan pastinya bicara kian indah...
Apa halwa pilihan telinga korang?
p/s: Btw, aku berjaya tukar ke Shoutbox; a lot better than Tagboard, I guess. All shouts archiveable, more colorful smilies, and customizable-to-the-bone! Yeahhaaa, specially for you, guys!
Labels: Hiburan