July 1, 2004

Bulan Membaca Kebangsaan 2004

Hari ini hari pertama Julai, dan maknanya kita melangkah masuk ke second half of 2004.

Hari ini juga bermulanya kempen Program Bulan Membaca Kebangsaan 2004 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Semoga kempen ini berjaya memupuk dan meningkatkan minat membaca rakyat Malaysia.

Tidak kiralah apa jenis bahan bacaan sekalipun, tabiat membaca perlu ada dalam diri rakyat Malaysia untuk memartabatkan diri ke arah masyarakat berilmu dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Bagaimana kita rate tahap minat membaca kita?

Tegar - Buku adalah segala2nya, tidur buku, makan buku, minum buku.
Kuat - Pantang ada waktu terluang, membaca adalah aktiviti pertama.
Sederhana - Kekadang membaca, kekadang menonton. Membaca 1/2 jam, tengok TV 2 jam.
Kurang - Malas nak membaca, sakit mata. Apalah ada pada buku...?
Hampeh - Nonton TV, wayang, main computer games, PS2 menjadi rutin dalam hidup. Buku, apa tu?

Aku? Sederhana kut...

Labels: