Peraduan SMS & jenayah cinta
Berita muka depan BH hari ini:
Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan, peraduan berbayar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mendapat sambutan hangat di negara ini sekarang, adalah haram di sisi Islam kerana mempunyai unsur perjudian. [...]Aku: Apa reaksi penganjur peraduan SMS yg tak terkira banyaknya la ni, bagaimana pula komen pemenang2, & apa pula tindakan susulan pihak berkuasa? Kita tungguuuu... (Nasib baik aku tak pernah menang apa2 peraduan SMS sebelum ni!)
"Sesuatu peraduan itu ditakrifkan sebagai loteri atau perjudian selepas tiga perkara diambil kira iaitu pembahagian hadiah, permainan atau perjalanannya secara cabutan atau nasib dan wujud sumbangan secara langsung atau tidak langsung oleh peserta." [...]
Dan ini berita yang kedua akhbar yang sama:
Seorang gadis, yang bakal menerima Ijazah Sarjana Biologi Genetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bulan depan, mati selepas dipercayai ditikam oleh bekas teman lelakinya di Bangi, petang kelmarin. [...]Aku: Takziah aku ucapkan pada tunang & keluarga si mati. Cinta si pembunuh tu bukan saja buta, tapi bisu, pekak dan cacat!
Lelaki itu dikatakan bertindak demikian apabila tidak dapat menerima hakikat Norzi Ayu akan bertunang dengan jejaka pilihannya tidak lama lagi. [...]
Labels: Kritik