Kesan judi bola
Dalam kebanyakan peminat bolasepak meraikan kemenangan atau bersedih atas kekalahan pasukan yang disokong, ada manusia yang melompat gembira atau hampir gila kerana menang atau kalah pertaruhan.
Judi dan bolasepak seperti kembar siam yang melekat di kepala atau punggung yang kalau dipisahkan maka matilah mereka. Aduhh... begitu kronik!
Terfikir sejenak aku berapa kerat sangatkah yang betul-betul meminati bolasepak kerana bolasepak itu sendiri, dan berapa ramaikah yang lain meminatinya dek kerana berpeluang meraih keuntungan segera melalui pertaruhan?
Aku tak pasti adakah AFC sudah mengkaji kesan menyeluruh cadangan mereka dalam menyelesaikan masalah sendiket pertaruhan bolasepak haram. Penulis ini juga seolah-olah hendak menyogokkan pembaca bahawa menghalalkan pertaruhan adalah satu-satunya jalan penyelesaiannya.
Leslie Lau boleh menceritakan betapa serius kesan langsung dari judi bolasepak ini.
Labels: Bola