December 5, 2004

Terkenang semasa dulu

Meyaksikan anak buah aku masuk jawi aka bersunat atau berkhatan kelmarin membuatkan aku jeles kat diorang, rasa macam nak jadi budak balik dan bersunat pada zaman sekarang ni.

Tak perlu takut pada pisau tok mudim, tak perlu bimbang nak duduk atas batang pisang, tak perlu risau dengan ugutan orang-orang tua dulu yang tok mudim akan potong "semua." Tu semua hanya ada pada zaman aku dulu saja. Zaman tok mudim asah pisau yang menjadi mimpi ngeri budak-budak sebaya aku dulu.

Sekarang dah senang, bersunat boleh buat kat klinik. Sakit pun masa cucuk ubat bius saja, lepas tu tak rasa apa-apa dah. Malah, ada teknologi baru yang jadikan berkhatan lebih mudah, rendah kebarangkalian untuk berlaku kecuaian, dan cepat lega.

Mak mertua aku bagitau, masa dia pi klinik tadi doktor ada cerita ramai ibu bapa datang mintak pain-killer, "nak kasi anak kat rumah yang baru lepas bersunat," kata mereka. Tengok tu, senang budak-budak sekarang, patut la tiga hari dah boleh main basikal, kitorang dulu, maunya dekat dua minggu asyik terbaring dengan kelambu kat pinggang.

Tapi tradisi dulu ada kenduri doa selamat pada hari berkhatan, dapat duit banyak ooo...! Mana taknya, semua adik beradik, jiran dan orang-orang kampung datang ziarah, semua hadiahkan duit!

Budak-budak sekarang, kalau mak bapak dia tak buat kenduri, alamat tak dapat duit laa. Kalau dapat pun mesti sikit, sebab yang datang ziarah hanya adik beradik yang terdekat saja.

p/s: Aku mintak maaf sebab tak kerap update blog, maklumlah dah jadi student sekarang ni. Kelas semua dah start, sibuk nak beli textbook, dah ada lecturer yg kasi assignment.

Tambahan pula kenduri banyak sungguh la ni, sampai ada yang aku pi tak makan pun sebab terlampau kenyang! Ada 4 orang kawan-kawan aku yang akan berkahwin dalam bulan Disember nih, semua nak kena pi tu!