Harapkan pagar
Membaca berita ni menyenakkan perut aku.
Pontian: Polis akan memanggil sekurang-kurangnya 10 individu, termasuk kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah bagi memberi keterangan berhubung penjualan papan tanda milik jabatan itu kepada kedai besi buruk.
Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan daripada pemilik kedai besi buruk berkenaan yang membeli papan tanda jalan itu kerana mendakwa ia mahu dilupuskan jabatan berkenaan.
Selain itu, pemilik kedai berusia dalam lingkungan 40-an itu turut mendakwa bahawa lori JKR digunakan untuk mengangkut semua papan tanda jalan ke premisnya.
Inilah dia, harapkan pagar pagar makan padi. Harapkan JKR, JKR dah jadi Jual Kerajaan punya Reta (harta). Kambing betul!!
Tapi bila aku fikir balik, terus hilang senak aku. Biasalah tu... Kes pecah amanah, kes rasuah, kes makan suap tu semua antara rekod rakyat Malaysia, cuma tak masuk Malaysia Book of Records aje.
Jenayah kolar sekarang bukan setakat putih ke biru, tapi dah jadi merah, hitam, kuning langsat, hijau pokok pisang dan macam-maca kaler lagi. Dah jadi macam gaya mutu keunggulan hidup rakyat Malaysia sekarang, dari yang seatas-atasnya sampailah yang semacai-macainya.
Kat Metro hari ini, seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat ditangkap pada hari terakhir dia bekerja sebelum bersara kerana terima rasuah RM8000 untuk dapatkan MyKad pada orang Sabah yang takde kad pengenalan.
Semalam ada berita seorang kakitangan bank di Alor Setar ditangkap kerana pecah amanah RM19 juta.
Bulan lepas ada berita 30 pegawai polis yang jadi barua tokei pusat hiburan, diorang kasi maklumat pasal serbuan polis kat tokei-tokei berkenaan.
Ada juga berita rasuah dulu heboh dicerita di pejabat tanah & PBT, tak ingat kes orang besar MPAJ kena tangkap dulu tu? Aku ingat namanya sungguh kudus!
Tahun lepas ada berita pegawai polis trafik di Johor ditangkap kerana terima rasuah RM3000 dari seorang pesalah lalulintas.
Hmm... rakyat Malaysia dan rasuah, dulu kini dan selamanya.
Disclaimer: Cerita di atas adalah kisah benar yang sumbernya dari akhbar tempatan. Ia hanya melibatkan pegawai-pegawai tahap rendah (baca: macai) dan orang-orang biasa sahaja, tidak ada kena mengena dengan ahli politik atau pegawai atasan kerajaan. (Cerita rasuah ahli politik atau pegawai atasan kerajaan tak boleh cerita kat sini, sensitif!)
Labels: Kritik