November 24, 2004

Ada ria ada raya

Kiranya demam raya dah kebah, mabuk kuih raya pun dah hilang. Demam makan kenduri pulak yang melanda. Weekend ni ada kenduri, minggu depan pun ada, awal Disember ada, awal tahun baru 2005 pun ada. Ada member, ada adik beradik, ada jiran, ada kawan dan rakan yang melangsungkan kenduri. Musim kenduri kendara ni boleh la orang rumah berehat tak payah masak lunch.

Anak aku beraya kali ini dengan lesung pipit kaler merah hitam, sebab pipi dia luka kena bara bunga api, kasihan dia... Malam raya seronok sangat main bunga api dengan sepupu sepapat dia, tiba-tiba macamana entah ada bara bunga api jatuh betul-betul kat atas pipi kanan dia. Kulit pipi budak-budak ni kan halus dan lembut, terus mengelembung dan akhirnya jadi luka. Mujurlah dia tak menangis.

"Ada ria, ada raya..." dah jadi trademark raya tahun ni. Suka aku dengar Pakcik Abas kata ayat tu sambil tersenyum simpul. Tapi konsep raya kita ni kena la betul. Kita beraya bukan kerana dah ada mangkuk Astro terpasang kat bumbung rumah atau dah ada channel Astro Ria kat tv, tapi kita meraikan hari raya kerana kita berjaya menamatkan puasa genap 30 hari dan menghayati Ramadhan dengan jayanya. Malah, kita tak tahu adakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan, tak gitu?

Harian Metro Edisi Utara beberapa hari sebelum raya memaparkan berita golongan tua sebaya Pakcik Abas adalah yang paling ramai ditangkap tak berpuasa di daerah Kubang Pasu, Kedah, dalam bulan puasa yang lalu. Hmm... macam-macam ada!

Labels: ,