Bertemu raja blog!
Pagi tadi aku menyelesaikan banyak urusan di Alor Setar; ke Bank Muamalat bank-in yuran pendaftaran KPLI isteri, ke Alliance Bank bayar installment kereta, ke Amfinance dan Public Bank tanya pasal refinance kereta aku, ke pejabat pos beli setem hasil, dan ke pejabat abang aku ambil dokumen.
Semua urusan aku siap sebelum pukul 12 tghari, dan pukul 12.20 tghari aku dan isteri dah terpacak di depan rumah Matjan, menghadiri kenduri kahwin kak Max (err... terbiasa panggil kak walaupun aku lebih tua daripadanya). Team marhaban lama sungguh mengasah lidah mereka, last-last Paklong (ayah Matjan)tak tunggu marhaban tamat terus suruh tetamu yang datang makan dulu.
Aku asyik mengintai-intai kut terpandang Matjan, tapi tak nampak bayang pun. Makan dulu, sempat bersms dengan op dan purbe, op cakap dia tak datang, tunggu Matjan kawin baru nak turun Kedah. Lepas makan aku nampak member-member kak Max masuk ke rumah nak jumpa pengantin, aku pun menempel sekali dengan isteri. Orang masuk nak tengok pengantin, aku masuk tanya "Matjan ada?" Ada ka patut...
Sekali Matjan keluar ke ruang tamu, mak aiii, aku ingat akulah paling tinggi macam galah, rupanya Matjan lebih galah dari aku! Seperti biasa, Matjan sentiasa control macho, sembang dengan aku sepatah dua sahaja. Aku dapat anugerah ahli GJ yang pertama sampai ke kenduri kak Max. Bila aku tanya "hang bila pulak nak kawin?" Matjan tersengih tersipu-sipu, malu la pulak! Dalam blog bukan main lagi, kat luar alahai... ayunya! he he!!
Memang Matjan seorang yang pemalu orangnya, so makcik-makcik yang baca blog ni, saya sokong 200% peratus kalau nak buat Matjan sebagai menantu!
Labels: Kawan2