December 24, 2004

Muka masuk TV

Malam Khamis lalu pukul 10 malam, riuh rendah sekejap rumah aku sebab muka aku keluar TV3, dalam rancangan Sempurnakan Harimu. Aku dan isteri dah tahu malam tu giliran aku akan ke udara tapi kitorang buat diam saja, nak kasi surprise sikit.

Ini adalah di antara isi SMS dan call daripada sedara mara dan member yang sempat tengok rancangan tu, yang mengutuk dan memerli ada:

"Adakah hari anda telah sempurna?" (sms sinis dari member aku yang lama dah tak contact, sebaik saja tamat program tuh.)

"Oh yaaa, patut la dah tak kerja, hariku telah sempurna dan aku telah menang dengan berjuta-juta... rupiah!" (perli member aku bila dia dapat tahu aku dah tak kerja kat KL lagi.)

"Ini panggilan dari Wayang Tinggi Production, nak ambil anda berlakon satu adegan best, err... adegan di ranjang, amacam?" (call dari member baik di Gombak yang secara terang-terangan mengutuk penampilan julung kali aku di TV, ceh buang karan!)

"Woi, hang dok meghela apa masuk rancangan tu, woi buat malu geng saja." (sms dari member satu sekolah dulu yang sekarang ni stay kat Ampang.)

Dan tak kurang jugak yang memuji, hehe...

"Amboi depa masuk tv no, glamer abih aihh, sempurnakan harimu, roger!" (sms sepupu aku.)

"Akum, hehe, abah ...(nama baby aku) masuk tv, wah glamournya!" (sms dari kawan wife aku.)

"Hensem hang kat TV3, tahniah!" (sms dari member lama, la ni kerja cikgu kat Bahau N9.)

"Tahniah, rezeki ganti bonus. Allah Maha Kaya." (sms dari bekas rakan sekerja. Aku berhenti kerja sebelum raya so tak dapat bonus hujung tahun, apa nak buat.)

"Boleh belanja air kut, takkan RM1900 dah abih dah...!" (kata jiran aku sambil tersengih sebaik saja aku keluar dari kereta sampai ke rumah)

P/s: Baby dah sihat, doktor kata tak payah bawak pegi checkup lagi. Dan dah selamat cukur kepala, tali pusat pun dah luruh.

Minggu lepas aku bawak si abang pergi gunting rambut buat pertama kali selepas hampir dua tahun, sejak-sejak dia cukur kepala lepas bersalin dulu, ini baru gunting pulak. Rambut nipis katakan, panjang pun tak tebal dan tak serabai...

Labels: