Islam agama yang benar, tiada lain (2)
Aku setuju sangat sajen. Apa yang kau tulis in fact answered the whole issue here. Here I quoted:
Dan juga ini,Di dalam Tafsir Hamka ada menceritakan satu keadaan di mana di zaman Nabi (saw), baginda telah berjumpa dgn beberapa orang ketua2 agama Nasrani selama tiga hari utk membincangkan ttg beberapa perkara dan masalah yg timbul pd ketika itu. Sepanjang perjumpaan tersebut yg diadakan di dalam masjid, mereka (org2 Nasrani) bebas utk keluar masuk masjid dan tindakan mereka tidak langsung dilarang oleh baginda (saw). Pada hari terakhir perjumpaan tersebut yg kebetulan jatuh pd hari Ahad (mungkin hari rasmi utk org2 Nasrani beribadat), baginda telah membenarkan mereka mengerjakan sembahyang di dalam masjid, mengikut cara mereka sendiri (cara sembahyang org2 Nasrani).
Di zaman Khalifah Umar Al-Khatab (ra) juga, di mana beliau telah dijemput oleh seorang paderi utk melawat sebuah gereja dan bila masuknya waktu solat, beliau telah menunaikan solat di luar kawasan gereja tersebut. Apabila ditanya oleh beberapa sahabat mengapa beliau solat di luar gereja dan tidak di dalamnya, jawabnya beliau khuatir orang2 Islam selepas zaman tersebut akan menukar gereja tersebut menjadi masjid.
Rumusan:
Ketelitian Khalifah Umar dalam setiap tindakan beliau adalah untuk mengelakkan salah faham umat, apatah lagi dalam isu yang berkaitan aqidah. Kalau Nabi sendiri menghadapi situasi demikian, maka baginda pun akan bertindak seperti Khalifah Umar.
Tindakan Nabi menunjukkan Islam amat terbuka dan meraikan agama lain. Dalam situasi Paklah, keterbukaan kita ialah dengan membenarkan persidangan itu diadakan di Malaysia. Namun Paklah sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, beliau patut bertindak bijak dengan menyuruh menterinya yang bukan Islam mewakili kerajaan merasmikan persidangan tersebut. Langkah berhati-hati sebegini wajar sebagai mengambil iktibar tindakan Khalifah Umar.
Situasi masjid sekarang yang tidak menjadi pusat aktiviti pemerintahan, penyebaran ilmu, kemasyarakatan dan kebajikan adalah hasil penjajahan Barat di Malaysia. Banyak lagi contoh sebenarnya, seperti pengasingan kuasa pemerintahan Islam kepada negeri2 di bawah raja, setelah kuasa raja sendiri dikecilkan skop kepada hal2 yang berkaitan agama sahaja bukan pemerintahan negara semasa zaman Kesultanan Melaka dulu. Sejarah telah membuktikannya.
Semua situasi pada zaman Nabi & Khalifah Umar adalah semasa kerajaan Islam tertegak, memerintah dan merupakan kuasa tertinggi, mampu menjaga dan memelihara agama Islam dari diceroboh, dicemari dan diubah-ubah, dan ianya sangat berbeza dengan situasi sekarang.
Wallahu'alam.
Labels: Agama

