August 8, 2004

Islam agama yang benar, tiada lain.

Membaca posting Sajen bertajuk "Sampai bila nak melindungi," aku terasa perlu memberikan sedikit pandangan peribadi.

Kita meraikan kebebasan beragama di negara kita. Semua rakyat pelbagai agama diberikan ruang seluas2nya untuk mengamalkan tuntutan agama masing2. Ini termaktub dalam perlembagaan undang2 negara kita. Malah jika perlembagaan yang ada sekarang ini diubah selaras dengan hukum dan perundangan Islam, kebebasan beragama akan tetap kekal. Ini kerana ia telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sendiri sejak dulu lagi di Madinah.

Teguran Ustaz Idris sedikit sebanyak mengambil kira keadaan umat Islam di Malaysia sekarang ini yang semakin ramai yang murtad, malah terang2 mencabar agama Islam selepas mereka murtad (macam kes mahkamah baru-baru ini). Dan berapa ramai pula yang murtad ini hasil daripada gerakan dan perancangan tersusun missionaries Kristian yang siang malam bekerja keras untuk meningkatkan penganut agama mereka at the expense of agama lain.

Begitu juga dengan keadaan wujudnya golongan-golongan yang mengaku memahami Islam, mengaku memperjuangkan Islam, namun agenda utama mereka ialah mengubah ajaran Islam yang dilihat tidak selari dengan perkembangan zaman sekarang, dan dilihat seolah-olah akan membawa umat Islam ke belakang. Hatta ke tahap mereka ingin mengubah apa yang telah ditetapkan secara qat'ie oleh Allah melalui Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas! Tidak perlu kusebut siapa mereka ini kerana pegangan dan sikap mereka cukup jelas terang membuktikan apa yang kukatakan ini.

Lihat sahaja tulisan dalam buletin Majlis Peguam yang seolah-olah hendak menyamakan azan bunyi "bising" dari masjid dengan salakan anjing! Malah mengatakan bunyi "bising" itu akan menganggu masyarakat setempat yang bukan Islam. Tulisan sebegini bagiku cukup menghina seruan suci umat Islam itu.

Semua ini berlaku di celah-celah lanskap umat Islam sekarang yang tidak faham & tidak yakin dengan agama mereka sendiri, tidak beramal dengan tuntutan agama yang sebenar, dan hanyut dengan hawa nafsu dan keduniaan. Kecelaruan kefahaman terhadap agama sendiri ini akan membuahkan taklid buta yg mengikut acuan Barat dalam setiap urusan agama Islam.

Melalui tegurannya, Ustaz Idris menyatakan kebimbangan beliau sekiranya tindakan seorang PM yang beragama Islam di sebuah negara umat Islam akan dilihat seolah2 menggambarkan Islam membenarkan agama Kristian dan meredhai mereka. Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa agama Kristian sekarang bukanlah agama yang sebenar sebagaimana ketika agama tersebut diturunkan kepada Nabi Isa al-Masih. Ianya telah ditokok tambah dan disesuaikan mengikut kehendak peredaran zaman oleh penganutnya sendiri.

Dan dalam keadaan umat Islam seperti yang ada sekarang ini, teguran itu juga meminta PM mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh dilihat oleh umat Islam sebagai "merestui" tanggapan bahawa agama-agama lain adalah setara dengan agama Islam. Tindakan seorang pemimpin tertinggi negara sememangnya boleh memberi kesan besar kepada rakyat seluruhnya. Dan lantaran tindakan PM itu kemungkinan terdapat sebahagian umat Islam di Malaysia yang akan menganggap bahawa semua agama adalah benar dan sama di sisi Tuhan.

Kita amat takut sekiranya tindakan "pembenaran" agama lain selain Islam akan menjatuhkan kita kepada keadaan seolah2 kita menafikan perisytiharan Allah seperti dalam Al-Quran, Ayat 19 Surah Ali-Imran, mafhumnya:

Bahawa sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.

...dan mencabar amaran Allah seperti pada ayat 85 surah yg sama, mafhumnya:

Barangsiapa yang mencari (dan mengakui) agama selain dari Islam, maka (pencarian mereka itu) tidak akan diterima oleh Allah dan di akhirat nanti mereka itu dari kalangan orang-orang yang rugi.

Apa yang perlu kita beri tumpuan sekarang, ialah mengajak umat Islam kembali cintakan Islam, menghapuskan kecelaruan umat dengan memahamkan mereka dengan ajaran Islam yang sebenar, satu-satunya agama samawi yang masih dan tetap benar, yang kekal benar di setiap dan sepanjang masa, tempat dan keadaan. Mengajak umat Islam kembali bersatu di bawah panji2 Islam dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar. Dan meyakini bahawa Islam itu tertinggi mengatasi agama lain.

Pandangan ini adalah bersifat peribadi dan merupakan kesimpulan yang dapat kubuat dari teguran Ustaz Idris itu. Kuharap moga diskusi sebegini akan terus bercambah demi kebaikan umat Islam. Terima kasih Sajen.

Menj turut menyentuh isu ini di sini dan sini.

Related articles:
1. Dialog antara agama atasi salah faham
2. Tidak wajar Abdullah rasmi Perhimpunan Majlis Gereja Sedunia – Ustaz Idris

Labels: