Monolog merdeka seorang aku...
Merdeka......... bebaskah aku?
Aman......... tenangkah aku?
Damai......... tenteramkah aku?
Aku meraikan hari merdeka,
kerana negaraku bebas dari penjajah,
namun diri dan fikiranku masih terjajah!
Aku meraikan keamanan,
kerana negaraku tiada peperangan,
namun ketenangan seolah menjauhiku.
Aku berbangga dengan kedamaian,
kerana negaraku makmur sejahtera,
namun ketakutan seolah-olah memburuku.
Ahhh...
bukan merdeka sebegini yang kucari!
bukan aman sebegini yang kuimpi!
bukan damai sebegini yang bererti!
Aku mahu merdeka jiwa dan minda,
aku mahu aman dari kejahilan akal dan agama,
aku mahu damai dari kerosakan budaya dan akhlak,
Oh Tuhan,
merdekakanlah aku,
amankanlah aku,
damaikanlah aku....
P/s: Baru 4 Ogos, tiba-tiba idea merdeka aku menjengah...