Pakcik kayooo!!! (2)
Sebelum konsert pertama AF2:
Tahun ni pakcik perlu kumpul duit banyak2. Pakcik target nak jadi orang Malaysia terkaya di Asia sekaligus meningkatkan kedudukan antara 5 terkaya di dunia...
Pakcik tak akan biar kali ni, pakcik akan perah betul2 duit rakyat Malaysia semua, lebih2 lagi orang-orang sabah dan Sarawak tahun ni!
Selepas konsert kelapan:
Yeeha...strategi pakcik berjaya! taktik pakcik menjadi! Pakcik kayooo! Pakcik kayooo!
Tapi pakcik tamak, ketamakan pakcik bukan tahap biasa, tapi tahap maharaja dewa. Pakcik tak puas hati, pakcik rasa tak puas lagi menyonglap duit diorang, hmm... camne ya?
Pagi 7hb Ogos, sebelum konsert ke-9 AF2, Pakcik pun menelepon penasihatnya...
Pakcik: Aku nak kau fikirkan strategi baru untuk tambah keuntungan kita!
Penasihat: Tambah keuntungan? Ohh itu senang saja!
Pakcik: Apa idea engkau?
Penasihat: Pakcik tahu kan seluruh Sabah sekarang dah demam Linda & Mas, serta Adam, dan Sarawak pulak dengan Bob & Nurulnya. Zarina pula ramai peminat fanatiknya...
Pakcik: aku tahu itu, tapi bagaimana?
Penasihat: Malam ini Mas akan terkeluar, Linda dah pun terkeluar, begitu juga Nurul & Zarina, tinggal Bob saja dan Adam sahaja. Jadi, peminat2 fanatik Linda, Mas, Nurul & Zarina dah tak mengundi dah. Saya cadangkan ...bla bla... ...bla bla... ...AFMASUK bla bla....semua akan mengundi balik... bla bla...
Pakcik: Ohh, engkau memang bijak, bijak!
Penasihat: Malam ini saya akan arahkan Pengetua AF2 buat pengumuman baru itu, biar nampak seolah2 kejutan!
Pakcik: Kau memang bijak! Huh, nampaknya untung kita tak akan terjejas walaupun sehingga konsert terakhir AF2! Seminggu yang ada ini pun sudah pasti berjuta-juta keuntungan kita akan bertambah!
Penasihat: 5% bahagian saya, jangan lupa... heh heh!
Demikianlah adanya...
Labels: Kritik