March 26, 2006

Kisah suami isteri 1

Sebuah kisah benar suami isteri.

Suami: Sayang, cuba awak baca ni, (sambil tunjukkan akhbar yang dibacanya).
Isteri:"Seringkas mana pun isteri masak, ia akan mengeratkan hubungan suami isteri. Air tangan isteri itu tak dapat dicari di mana-mana."
Suami: Sebab tu la saya suruh awak masak.
Isteri: Yela, yela memang saya masak untuk abang pun.

Suatu hari yang lain, ketika suami dan isteri baru menamatkan lunch mereka.
Isteri: Apa kata abang pulak yang masak malam ni? Dah lama saya tak rasa air tangan abang...
Suami: Air tangan abang? Senang aja, sekarang pun boleh.
Isteri:??? (Confused)
Suami terus bangun ambil air semangkuk dan letak depan isterinya. Selepas mencelup tangan yang belum berbasuh tu, "ni ha air tangan abang."
Isteri: Abaaannngg!!!

Malamnya si suami tidur di luar, isteri mengunci diri dalam bilik dan tidur seorang diri...

(Kecuali part tidur luar tu, kisah di atas adalah benar seperti yang diceritakan kembali oleh isteriku yang mendengar cerita itu dari rakan setugasnya di sekolah.)

Labels: