March 16, 2006

Dewa 19 - Laskar Cinta

Aku bukanlah peminat setia Dewa 19, tetapi ada di antara lagu2nya yang aku minat contohnya Roman Picisan, Risalah Hati, Satu dan Pupus. Sebenarnya aku langsung tidak pernah mendengar lagu Pupus dinyanyikan Dewa sebelum Mawi nyanyikan dalam konsert ke-8 AF3 yang lalu, tetapi selepas konsert itu lagu Pupus seolah2 melekat di kepalaku.

Buah tangan terbaru dari Dewa 19, dengarkan album Republik Cinta, dan lagu utama yang sering bermain-main di corong radio sekarang ialah Laskar Cinta.

Hayati lirik lagu tersebut.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang berhati-hatilah dirimu
kepada hati-hati yang penuh kebencian yang dalam
Karena sesungguhnya iblis ada dan bersemayam
di hati yang penuh dengan benci
dan di hati yang penuh dengan prasangka

Reff:
laskar cinta...
Sebarkanlah benih-benih cinta
musnahkanlah virus-virus benci
virus yang bisa rusakkan jiwa
dan busukkan hati

laskar cinta...
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
karena cinta adalah hakikat
dan jalan yang terang
bagi semua umat manusia

**Jika kebencian meracunimu...
kepada manusia lainnya
maka sesungguhnya iblis sudah berkuasa atas dirimu
maka jangan pernah berharap
aku akan mengasihi menyayangi manusia-manusia
yang penuh benci seperti kamu.

Back to reff:
Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu
mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati.

Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita
dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata


Dewa dan Ahmad Dhani mempunyai idealisme mereka tersendiri, dan ia sangat jelas dalam lirik-lirik lagu mereka. Apatah lagi lagu2 mereka kebanyakan dihasilkan oleh Ahmad Dhani sendiri. Tetapi bukanlah hak aku untuk menentukan kebenaran apa yang diperjuangkan mereka, tetapi yang pasti mereka bukanlah artis "kosong" yang semata-mata menyanyi atau mencari makan dengan menyanyi.

Aku tak mahu mengulas lagu2 terdahulu, tetapi aku nak tumpukan pada Laskar Cinta.

Liriknya tidak sukar difahami secara literal tetap mempunyai maksud yang amat mendalam. Secara kasarnya ia berkenaan laskar cinta (dalam bahasa Inggeris "Warriors of Love" - mengikut kata Ahmad Dhani sendiri) yang mengajak semua manusia supaya cinta mencintai dan jangan benci membenci, dan mereka mengajarkan atau mendidik manusia tentang hakikat cinta yang sebenar.

Aku sedikit khuatir pada ayat "aku akan mengasihi menyayangi manusia-manusia." Aku tidak pasti siapakah aku yang dimaksudkan di situ. Adakah ia merujuk kepada Tuhan atau laskar cinta itu sendiri, atau orang lain. Korang fikirkan.

Melihat pada video klip lagu tersebut, ia berlatarbelakangkan padang pasir, dan kelima-lima anggota Dewa dilihat bermain alat muzik masing-masing. Juga ditunjukkan Ahmad Dhani berpakaian jubah hitam dan memegang benda panjang seperti tongkat atau lembing (aku tak berapa pasti).

Ada beberapa ketika ditunjukkan gambaran syaitan (mungkin ketika lirik "sesungguhnya iblis ada dan bersemayam" dan "iblis sudah berkuasa ke atas dirimu" berupa makhluk bertanduk berwarna merah.

Selepas itu ditunjukkan Ahmad Dhani dan ahli bandnya serta sekumpulan orang yang mungkin laskar cinta yang kebanyakannya berserban berjubah beratur beramai-ramai sambil menepuk tangan ke atas berkali-kali. Gerakan mereka tersusun dan kemas serta menunjukkan bahawa seolah mreka bersedia untuk melakukan sesuatu.

Di akhir video ini ditunjukkan gambar-gambar slideshow peperangan di Palestin, gambar budak Palestin dengan lastik, pemuda yang menutupi mukanya dengan serban (seperti pengebom berani mati di Palestin), kereta kebal dan lain-lain yang aku tak berapa ingat dah.

Ok itu sahaja. Aku tidak mahu memutuskan apa-apa. Aku sekadar berkongsi cerita. Oh ya, Dewa akan bertandang di Muzik@ria pada ??.??.2006 nanti (aku akan update)

Labels: