Abang yang kurang berani
Abang di depan tonton tv. Ummi kat depan jugak ntah buat apa, but somewhere nearby abang. Aku dalam bilik sedang tangguk adik (orang Kedah kata tangguk untuk tidurkan anak dalam buaian).
Ummi masuk bilik mandi. Abang terlampau asyik tonton tv tak sedar ummi dah takdak dekat dia. Tiba2 sepantas kilat dia terpa masuk bilik dok sebelah aku, tinggal tv dok terbuka sorang-sorang.
Aku terkejut.
"Awat abang?"
"Takut!"
"Laa, ummi mana?"
"Tak tau, pi bilik air kut."
"Abang takut apa?"
"Hantu."
"Mana ada hantu dalam dunia ni..."
"Kat luar dunia tu adaaa..." (Aku nak tergelak)
"Abang anak jantan, mana boleh takut. Abang anak apa?"
"Abang anak soleh!" (Aku tergelak...)
Adik mengeliat sebab aku berhenti tangguk dia... dalam hati, "bertuah punya abang".
Aku sambung, "Abang anak jantan, boy. Boy mesti berani, tak boleh takut-takut. Dah pi tengok tv balik."
Abang jawab, "satgi hantu mai..."
"Hmm...." aku garu kepala.
Nota: Anak sulung aku, if I can say suffer, is suffering of very low self confidence, and seorang yang amat tidak berani (takut). Kalau aku dan isteri kat depan, suruh dia pegi buang sampah kat dustbin kat dapur, jangan harap dia nak pegi.
Kalau tiba-tiba blackout, gelap gelita, abang yang paling kuat nangis berbanding adik selagi aku tak nyalakan lilin.
Err, kalau korang tahu the solution or have experience dealing with this type of kids, then please help me...
Labels: Anak2