February 27, 2006

Kuasa peminat

Aku melihat kemenangan Mawi sebagai Bintang Paling Popular malam tadi adalah sebagai kemenangan peminat. Peminat berkuasa menaikkan artis yang diminatinya.

Peminat menaikkan Mawi kerana peminat boleh menerima dia. Penerimaan peminat Malaysia terhadap seseorang artis baru ni sebenarnya sukar untuk diramalkan. Kalau dibuat kajian pun aku khuatir sama ada kajian tersebut mampu menghasilkan findings yang konkrit untuk meyimpulkan sebab utama mengapa peminat meminati artis pilihan mereka. Mengenai Mawi, sifu M. Nasir sendiri pun pernah menyebut yang beliau tidak tahu mengapa orang ramai minat sangat kat "budak bertuah" Mawi ini. Mungkin aku boleh simpulkan, there’s something unexplainable he has that wins the people’s hearts.

Namun untuk menjatuhkan peminat, aku rasa artis itu sendiri play a part untuk menjatuhkan dirinya sendiri, selain daripada kuasa peminat menjatuhkannya. Maksud aku, artis mempunyai pilihan dalam menentukan panjang pendek tempoh umur kerjaya mereka di dalam bidang seni. Setiap perbuatan mereka sebenarnya akan diadili oleh peminat. Baik di balas baik, buruk terima padahnya.

Bagaimana pula kuasa peminat ini diterjemahkan kepada kuasa rakyat dalam menaikkan dan menjatuhkan pemimpin dan kerajaan? Hmm...

p/s: Mengapa perlu Fazura, Fasha, Nana dan Jaclyn mendedahkan dada sebegitu rupa, walaupun mereka itu berbakat besar? Adakah berpakaian sebegitu menambahkan populariti mereka? Amat berbeza dengan Siti, Fauziah Latif, Farah Fauzana, Marsha yang aku lihat lebih bersopan.

Labels: