March 19, 2006

Adik, hidung dan balas dendam

Aku pantang tengok hidung anak2 aku tak bersih. Mesti bersih. Kalau ada tahi aku tolong korekkan, walaupun jari kelingking aku lebih besar dari lubang hidung anak2 aku. Kalau ada hingus aku mesti lap dgn tisu atau kain, atau aku sedut dgn mulut aku sendiri.

Ya, aku sedut. Jangan terkejut. Dan aku ludah kembali dalam sinki. Aku bukan seorang pemakan hingus anak sendiri.

Terutamanya adik.

Adik, kalau demam dan berhingus, akan jadi teruk sehingga sesak nafas. Selalu bila demam selsema adik dapat acute bronchiolitis. Kalau adik demam aku tak akan biarkan hidung dia tersumbat. Adik pernah masuk hospital 3 hari sebab sesak nafas bila demam selsema. Adik pernah di"asap"kan kat klinik beberapa kali sebab sesak nafas.

Kadang-kadang adik sampai menangis bila aku "cuci" hidung adik. Hidung adik merah. Aku tau, adik tak selesa bila hidung dia di"cuci" aku. Tapi adik lega selepas itu sebab aliran udara hidung jadi semakin luas.

**********

Aku baring-baring. Mengantuk. Adik main-main sebelah aku. Ummi tak ada. Abang main dengan sepupu kat luar. Aku tertidur...

Adoiii!!! Aku terjaga. Bingkas terduduk. Hidung aku pedih. Aku raba2 hidung aku. Cecair dingin merembes keluar. Merah. Darah. Tengok adik, dia senyum. Sambil tunjuk jari dia kat aku.

Sampai hati adik balas dendam kat aku...

Labels: