Cerita bangunan
Dalam bulan September ni saja dah ada empat cerita pasal jatuh/terjun bangunan.
- Dua beradik terjun dari tingkat 17 sebuah bangunan setelah dipujuk oleh ibunya. Kedua beradik itu cedera parah dan masih dirawat. (27 Sept)
- Seorang budak perempuan mati terjatuh pangsapuri tingkat 10 kerana menjenguk ke tingkap ketika hendak mengambil patung arnabnya yang terjatuh. (25 Sept)
- Seorang lelaki dipaksa terjun dari tingkat 3 sebuah bangunan oleh Along kerana tidak membayar hutangnya. Kedua2 kakinya patah.(16 Sept)
- Seorang budak lelaki yang berangan menjadi Spiderman, akhirnya patah kedua2 kakinya apabila terjun dari tingkat 4 rumahnya di Terengganu. "...tali tak keluar," katanya. (9 Sept)
Bangunan tinggi dah mula jadi tempat nyawa hilang atau cedera parah. Tapi aku rasa jalanraya masih lagi pegang rekod "laman maut" di Malaysia.
Labels: Kritik