September 27, 2004

Lawak Padang Mahsyar

Lawak sekarang dah takde lagi hal2 dunia. Lawak sekarang dah naik pangkat, dah masuk bab Padang Mahsyar pulak.

Rupanya ada juga orang besar kita buat lawak macam tu, maknanya dia ingat nanti kat Padang Mahsyar boleh main sembunyi-sembunyi, ehh kau tak boleh jumpa aku, aku taknak jumpa kaulah!.

Bila dia minta orang yang tak undi dia jangan cari dia di Padang Mahsyar, maknanya dia kata "korang semua jangan cari aku sebab aku tak kasi duit kat korang, duit korang dapat tu orang lain yang kasi."

Dan bila dia kata dia tak mahu jumpa orang yang undi dia di Padang Mahsyar nanti, dia maksudkan "korang jangan cari aku, nanti korang akan jadi saksi depan Tuhan kata aku tabur duit beli undi korang, mampus aku!"

Ni la kepala otak bakal pemimpin kita yang pandai buat lawak...

Labels: