September 30, 2004

Babi tu haram

Baru-baru ni heboh dengan cerita ayam campur babi. Dalam Buletin Utama TV3 ditunjukkan penguatkuasa sudah membuat rampasan di kilang menyembelih ayam tersebut di Serdang. Memang nampak ayam dan anak babi (jelas nampak hidung kontot tau!) yang dah siap diproses disimpan bercampuraduk di kilang tersebut.

"Kita akan bertindak segera," "Kita akan arahkan pemilik kilang itu menutup premisnya serta merta," "Kita akan dakwa pengusaha tak bertanggungjawab itu mengikut akta bla... bla..." Ayat tu dah macam tersiap sedia bila ada sebarang kes yang meminta penguatkuasa bertindak. Skrip basi...

Itulah penyakit penguatkuasaan di negara kita, ada aduan baru nak bertindak, ada laporan baru la terkebil2 nak bergerak, kalau tak ada diam saja, main telur, makan rasuah.

Entahkan kilang tersebut dah beroperasi bertahun-tahun dulu, dah bertan-tan ayam yang dicampur babi tu dibekalkan ke merata tempat, dihantar ke pasar besar dan pemborong Melayu di kawasan Selayang, Damansara dan Pandan dan TTDI.

Bayangkan jika ayam yang kita beli di pasar besar tu rupanya datang dari kilang haramjadah tu, atau bayangkan kedai yang kita selalu makan nasi ayam, nasi lemak ayam, atau nasi goreng ayam adalah salah satu kedai yang menerima bekalan dari kilang tu... ohhh tidak! (teringat kedai nasi lemak ayam tempat aku selalu makan tu, takpe Cheras dapat supply dari kilang lain).

Orang Islam ni kalau sebut bab makanan haram ni memang cukup pantang. Perkataan babi tak boleh dengar langsung, sensitif! Perkataan babi dah hampir pupus dalam Kamus Dewan, dah diganti dengan khinzir. Mat rempit pun dah tak sebut babi, kalau nak maki diorang sebut gila babeng. Diorang tahu haram sebut babi.

Sebut bab haram ni, apsal benda lain yang haram tak berapa mendapat tempat sangat di hati peminat orang Islam ni ha?

Macam tak kisah pula bila makan rasuah a.k.a politik wang, macam seronok pulak tonggang arak & beer, macam bangga pulak masuk kedai Magnum 4D, Sport Toto, macam rileks saja bila dedah rambut, dedah dada, dedah buah dada, macam takde apa2 pulak bila langgan betina, main belakang.

Dan bila Mufti kata peraduan SMS haram, aku tengok kat paper makin banyak peraduan tu, bila Mufti kata Sureheboh haram, apsal makin ramai orang serbu? Hmm....

p/s: Dulu rokok pun pernah kena isytihar haram.

Labels: ,

September 28, 2004

Rokok lagi...

Matjan dah tulis pasal isu rokok, ni ha aku ada berita dari Dow Jones newswire, pasal larangan penjualan rokok.

28 Sep 2004 09:55

KUALA LUMPUR (Dow Jones)--The Malaysian government has banned the sale of small packs of cigarettes from Sept. 23 as part of anti-smoking efforts, a Health Ministry spokesman said Tuesday.

"Yes, the new regulation on packs of less than 20 sticks has been gazetted," the spokesman told Dow Jones Newswires.

But he declined to elaborate, saying, "There are no details yet."

The rule is part of the Tobacco Product Control Regulations 2004, industry officials said. They added, however, that the rule may not have been implemented yet due to existing inventory.

"We are still working with the government on a compliance timeline," said a representative from one cigarette maker.

Cigarette packs of less than 20 sticks are popular with lower-income and younger consumers as they are cheaper than the bigger packs.

Malaysia has 3.6 million smokers among its 24 million population. About 20 billion sticks of duty-paid cigarettes are sold in Malaysia each year while the contraband market is estimated at 20% of the legitimate one.

The ban on small cigarette packs follows a steep increase in import and excise duty on tobacco products from Sept. 13 as part of the government's 2005 budget.


Kah! kah! kah!, padan muka korang wahai pemegang status PS!(permanent smoker)

Nasib baik aku hisap paip ja...

Labels:

Cerita bangunan

Dalam bulan September ni saja dah ada empat cerita pasal jatuh/terjun bangunan.

  • Dua beradik terjun dari tingkat 17 sebuah bangunan setelah dipujuk oleh ibunya. Kedua beradik itu cedera parah dan masih dirawat. (27 Sept)
  • Seorang budak perempuan mati terjatuh pangsapuri tingkat 10 kerana menjenguk ke tingkap ketika hendak mengambil patung arnabnya yang terjatuh. (25 Sept)
  • Seorang lelaki dipaksa terjun dari tingkat 3 sebuah bangunan oleh Along kerana tidak membayar hutangnya. Kedua2 kakinya patah.(16 Sept)
  • Seorang budak lelaki yang berangan menjadi Spiderman, akhirnya patah kedua2 kakinya apabila terjun dari tingkat 4 rumahnya di Terengganu. "...tali tak keluar," katanya. (9 Sept)

Bangunan tinggi dah mula jadi tempat nyawa hilang atau cedera parah. Tapi aku rasa jalanraya masih lagi pegang rekod "laman maut" di Malaysia.

Labels:

September 27, 2004

Lawak Padang Mahsyar

Lawak sekarang dah takde lagi hal2 dunia. Lawak sekarang dah naik pangkat, dah masuk bab Padang Mahsyar pulak.

Rupanya ada juga orang besar kita buat lawak macam tu, maknanya dia ingat nanti kat Padang Mahsyar boleh main sembunyi-sembunyi, ehh kau tak boleh jumpa aku, aku taknak jumpa kaulah!.

Bila dia minta orang yang tak undi dia jangan cari dia di Padang Mahsyar, maknanya dia kata "korang semua jangan cari aku sebab aku tak kasi duit kat korang, duit korang dapat tu orang lain yang kasi."

Dan bila dia kata dia tak mahu jumpa orang yang undi dia di Padang Mahsyar nanti, dia maksudkan "korang jangan cari aku, nanti korang akan jadi saksi depan Tuhan kata aku tabur duit beli undi korang, mampus aku!"

Ni la kepala otak bakal pemimpin kita yang pandai buat lawak...

Labels:

September 24, 2004

Setia bersama CELCOM

Aku akan terus "bergayut" pada Celcom. Confirmed!

No. hp aku sekarang no. KL, promotion Gemilang dulu, monthly fee RM30 ja. Tapi aku kena tukar jugak nanti pasal promotion Gemilang tu abis bulan 10 ni, after promotion naik balik RM60. Gila punya tinggi, mana ada dah telco company yang charge RM60 skrg ni, tu zaman aku mula2 pakai hp dulu ja. Time tu hp sama size dengan bata buat rumah kalu baling kena kepala sure mati punya! Tapi itulah yg customer service rep Celcom cakap kat aku masa aku tanya haritu...

Lagipun aku tau aku tak lama kat KL ni, mungkin paling lama sampai awal bulan 11 nie, pastu aku balik kampung, so nanti dok kampung kena tukar no. sana pulak ler...

Nak jadi rezeki aku, ada sorang mamat mktg Celcom ni mai buat promotion kat ofis aku, monthly fee RM0, diulangi RM KOSONG sahaja! Kenape, tak percaye...?? (tak perlu tunggu sampai tumbuh janggut dan jadi tua macam iklan satu bank tu, mai jumpa aku, nanti aku cita...), takde deposit, takde connection fee, cuma kena bayar RM8 je setiap bulan untuk VAS (Value Added Services), pastu call 019 ke 019 dapat 50% discount. Bessst ooo!!!

Tunggu nanti aku bagitau korang no. baru aku, tapi untuk yang berkenaan saja.

Celcom, it's in your hands.

Labels:

September 22, 2004

Ah Long

Tahu Along?

Ia syarikat kewangan (tidak?) berdaftar, tapi cukup berpengaruh, dengar2nya dinaungi geng Tan Sri & Datuk (tapi ada orang nafi, hmm... sebab apa ye?), ada sumber kewangan yang kukuh serta mempunyai senarai peminjam yang berjela2 panjangnya.

Aku dengar senang je nak operate Syarikat Along ni, kena setup dua department je, pastu kelengkapan yang diperlukan adalah:

Marketing Department:

  • No. telefon untuk dihubungi, selalunya line prepaid yang mudah ditukar.
  • Kad kecik dicetak beribu-ribu keping (macam kaedah kempen pemilihan U**O pulak), selalunya taruk kat peti surat.
  • pelekat kecik, dilekat kat tiang letrik, tiang lampu, peti wayar telefon tepi jalan, belakang papan tanda, tiang lampu isyarat, kat bus stand, kat dinding belakang bangunan & lain-lain tempat yang difikirkan strategik.
  • Borang, lebih kurang macam ni la.

Collection Department:

  • Pistol
  • Senapang/pumpgun
  • Parang pendek
  • Pisau pemotong daging
  • Besi tajam pemecah ais

(p/s: Kalu dah Tan Sri & Datuk jadi dalang, boleh ke cadangan ni nak berjalan?)

Labels:

September 21, 2004

Kebangkitan semula The Devils!

Pagi tadi aku berjaga menyaksikan perlawanan "The Red War," Man United bertembung Liverpool. Disifatkan perlawanan terbaik United musim ini, ia mengiringi kemunculan semula pertahanan sensasi, Rio Ferdinand, setelah "berehat" panjang sejak awal Januari lalu.

2 gol hasil tandukan tajam Silvestre sudah cukup meleburkan hasrat Liverpool untuk menang, di mana petunjuk kekalahan mungkin sudah dapat dihidu apabila kapten Steven Gerrard terhincut-hincut keluar padang pada minit 40 akibat kecederaan.

Setelah permulaan terburuk musim ini dengan 1 menang, 1 kalah dan 3 seri yang memperosok United di tangga 13 liga pada satu ketika, kini dengan kemunculan semula pemain-pemain penting, samada pulih dari kecederaan atau tamat penggantungan, musim 2004/2005 sebenarnya baru bermula untuk United.

The Devils pasti terus perkasa apabila penyerang muda England, Rooney dijangka mempamerkan kemunculan sulung dengan jersi No. 8 United ketika bertemu Boro pada 3 Oktober nanti.

Tirai kekalahan pertama skuad The Gunners akan tersingkap apabila mereka bertemu United 26 Oktober nanti, awas Arsenal!

Labels:

September 20, 2004

AF2 - aikk...?

Masa aku jalan2 kat kedai buku tempohari, aku ternampak muka depan URTV terbaru, ada gamaq Linda AF2, ala budak recycle tu la, siap dapat nombor dua lagi, kata MatJan.

Fuhh, baru ja sebulan habih AF2, dah dahsyat dia nye pakaian! Kalau angel kamera tu alih sikit, aku tak tau la apa yang bakal tersembul (my wild imagination laa...)

Aku terfikir, masa AF2 dulu memang ramai peminat2 Linda nih, yang bagai nak gila bila dia kena tendang keluar, pastu pulun ngundi AFMASUK dia balik, pastu sanggup lagi ngundi bagi dapat nombor 2 masa final, ramai followers si Linda nih.

Dia dah jadi idola pada sebahagian anak muda. So, seolah2 satu ikatan telah terbina di antara Linda dengan peminat2 dia sepanjang dia di kuliah AF2 dulu, dan aku pasti, peminat dia akan terus mengikuti perkembangan dia dalam dunia seni lepas ni...

Cuma, yang aku sedih, dia sebagai idola sudah pasti akan memberi contoh pada generasi muda harini, dari segi pakaian umpamanya....

Hmm.... apa daya aku??

Labels:

September 15, 2004

Avanza, anyone?

Avanza, 6-seater, 1.3 ltr, priced around 55-60k, reported a big hit in Indonesia. Hmm....

Avanza

For more, read here.

Labels:

September 11, 2004

Bajet 2005 (2)

Nothing new in the 2005 Budget unveiled by Pak Lah yesterday, except one thing I must say; the Goods and Services Tax (GST), one single consumption tax to replace current sales and services taxes effective Jan 1, 2007.

GST, as we call it, is somewhat similar to Value Added Tax (VAT) - it is a consumption tax which is levied at each stage of production based on the value added to the product at that stage.

Ultimately, the final consumer bears the tax. It is not a charge on companies. It is charged as a percentage of price, which means that the actual tax burden is visible at each stage in the production and distribution chain.

It is collected fractionally, via a system of deductions whereby taxable persons (that is, VAT-registered businesses) can deduct from their VAT liability the amount of tax they have paid to other taxable persons on purchases for their business activities.

This mechanism ensures that the tax is neutral to the company regardless of how many transactions are involved.

Paklah has assured us that GST wont burden the lower income group, as basic goods & services will either be zero-rated or exempted from this tax.

However, Deloitte KassimChan Tax Services executive director Theresa Goh cast doubt over the impact from GST, as she inquired, "The question now is how much savings from the proposed reduction of individuals' and companies' income tax against the rate of GST to be applied in year 2007?"

"Hopefully, businesses would not start to raise their prices of goods and services to take advantage of this advance announcement as per the experiences from other countries."

Lets pray what she fears wont happen.

While Prof. Dr Chiam Heng Keng, a Human Rights Commissioner and academician, immediately snub it by saying “the GST will increase our cost of living, such as in Singapore and other developed countries."

It is believed that the GST would have a greater impact on the lower income group who generally do not pay any income tax currently, despite Government assurances that certain staples and basic goods such as rice would be exempted from the new tax.

Like Jeff said, "How would Joe Public fare in the face of GST in two years' time?"

Meanwhile, I welcome tax experts out there to shed more lights on this.

Labels:

September 10, 2004

Bajet 2005

Pagi tadi aku tengok MHI kat TV3, Dahlan Maamor dan Ally Iskandar hoskan. Sibuklah mereka berceloteh pasal Bajet 2005 yang bakal Pak Lah bentangkan petang ni.

Ramai penonton yang telefon bagi komen dan harapan mereka. Ada yang minta turunkan tol semasa musim perayaan, pengeluaran KWSP umur 45 tahun, bonus 2 bulan, turun harga kereta, dan yang paling utama, di mana hampir semua pemanggil meminta agar cukai rokok dan minuman keras naik.

Pastu ada sorang makcik ni telefon, perbualan mereka lebih kurang macam ni la:

Makcik: Saya tak setuju kalau cukai rokok naik!
Dahlan: Aikk, lain nampaknya dari yang penonton minta sebelum ni?
Ally: Kenapa tu makcik?
Makcik: Bukan apa, kalau rokok naik harga nanti, orang yang hisap rokok ni tetap beli jugak. Suami saya tu pun mesti tak akan berhenti beli punya. Yang jadi mangsa, kitalah!

Dahlan: Macamana tu makcik?
Makcik: Mana taknya, belanja dapur la yang dikurangkan sebab diorang nak cover harga rokok yang dah melambung!
Ally: Hmm.. betul jugak kata makcik. Susah jugak bila jadi camni ye!
Dahlan: Ok terima kasih makcik.
Makcik: Itu jelah harapan saya, harap-harap harga rokok kekal, takde la nanti makcik pulak yang kena keluarkan lebih duit untuk belanja rumah...
Ally: Baiklah makcik. Assalamualaikum.
Makcik: Waalaikumussalam


Dahlan dan Ally pun tersenyum sumbing memikirkan kebenaran kata2 makcik tuh. "Yang penting jangan hisap rokok!" kata Dahlan lepas dah makcik tu letak telefon.

Aku pun tutup TV sebab dah nak pegi kerja. Dalam hati aku, ada jugak laki tak guna macam suami makcik tuh!

Labels:

September 9, 2004

Konsert oh konsert!

Buka muka 25 The Star hari ni, satu muka penuh iklan konsert, seperti berikut:

  • Best of Blue, 28 September, Bukit Kiara equestrian Indoor Arena
  • Alicia Keys World Tour 2004, 1 Oktober, Stadium Negara
  • Bond “Classified” Tour, 8 Oktober 2004, Stadium Negara.
Tu belum termasuk konsert band Indonesia, Cokelat pada 11 September (Bukit Kiara) dan konsert Scorpion pada 13 September 2004 nih (Stadium Merdeka).

Hari 12 September bersamaan 27 Rejab adalah Hari Israk Mikraj, salah satu hari kebesaran umat Islam.

Anugerah Era pada 25 September nanti pun dijamin ada konsert juga.

Pada page 24 sebelah tu, ada berita PAS minta konsert Scorpion dibatalkan. Kata Salahuddin Ayub:

"...such artistes were not appropriate role model for young Malaysians"

Masa demam AF melanda dulu, 10 minggu berturut2 rakyat Malaysia dijamu dengan konsert, belum kira lagi konsert Malaysian Idol, Who Will Win, dll. Belum termasuk konsert Sureheboh TV3, konsert Fantasia Tour Siti Nurhaliza, dan juga konsert sambutan Merdeka baru-baru ini.

Konsert dah jadi sebahagian darah daging rakyat Malaysia. Hidup rakyat Malaysia bolehlah diumpamakan:

"Makan konsert, minum konsert, belajar konsert, sembah konsert, mati dalam konsert!"

Labels:

September 2, 2004

Islam Liberalm (Part last)

As promised earlier, you may read my piece on the subject which is solely based on writings by Hafiz Firdaus Abdullah, and Majalah i August edition, here.

It is a combined of Part 1 which I posted earlier in my blog, and the last part.

Enjoy reading. May Allah guide us to the right path. Ameenn.

Labels: