September 10, 2004

Bajet 2005

Pagi tadi aku tengok MHI kat TV3, Dahlan Maamor dan Ally Iskandar hoskan. Sibuklah mereka berceloteh pasal Bajet 2005 yang bakal Pak Lah bentangkan petang ni.

Ramai penonton yang telefon bagi komen dan harapan mereka. Ada yang minta turunkan tol semasa musim perayaan, pengeluaran KWSP umur 45 tahun, bonus 2 bulan, turun harga kereta, dan yang paling utama, di mana hampir semua pemanggil meminta agar cukai rokok dan minuman keras naik.

Pastu ada sorang makcik ni telefon, perbualan mereka lebih kurang macam ni la:

Makcik: Saya tak setuju kalau cukai rokok naik!
Dahlan: Aikk, lain nampaknya dari yang penonton minta sebelum ni?
Ally: Kenapa tu makcik?
Makcik: Bukan apa, kalau rokok naik harga nanti, orang yang hisap rokok ni tetap beli jugak. Suami saya tu pun mesti tak akan berhenti beli punya. Yang jadi mangsa, kitalah!

Dahlan: Macamana tu makcik?
Makcik: Mana taknya, belanja dapur la yang dikurangkan sebab diorang nak cover harga rokok yang dah melambung!
Ally: Hmm.. betul jugak kata makcik. Susah jugak bila jadi camni ye!
Dahlan: Ok terima kasih makcik.
Makcik: Itu jelah harapan saya, harap-harap harga rokok kekal, takde la nanti makcik pulak yang kena keluarkan lebih duit untuk belanja rumah...
Ally: Baiklah makcik. Assalamualaikum.
Makcik: Waalaikumussalam


Dahlan dan Ally pun tersenyum sumbing memikirkan kebenaran kata2 makcik tuh. "Yang penting jangan hisap rokok!" kata Dahlan lepas dah makcik tu letak telefon.

Aku pun tutup TV sebab dah nak pegi kerja. Dalam hati aku, ada jugak laki tak guna macam suami makcik tuh!

Labels: