Ah Long
Tahu Along?
Ia syarikat kewangan (tidak?) berdaftar, tapi cukup berpengaruh, dengar2nya dinaungi geng Tan Sri & Datuk (tapi ada orang nafi, hmm... sebab apa ye?), ada sumber kewangan yang kukuh serta mempunyai senarai peminjam yang berjela2 panjangnya.
Aku dengar senang je nak operate Syarikat Along ni, kena setup dua department je, pastu kelengkapan yang diperlukan adalah:
Marketing Department:
- No. telefon untuk dihubungi, selalunya line prepaid yang mudah ditukar.
- Kad kecik dicetak beribu-ribu keping (macam kaedah kempen pemilihan U**O pulak), selalunya taruk kat peti surat.
- pelekat kecik, dilekat kat tiang letrik, tiang lampu, peti wayar telefon tepi jalan, belakang papan tanda, tiang lampu isyarat, kat bus stand, kat dinding belakang bangunan & lain-lain tempat yang difikirkan strategik.
- Borang, lebih kurang macam ni la.
Collection Department:
- Pistol
- Senapang/pumpgun
- Parang pendek
- Pisau pemotong daging
- Besi tajam pemecah ais
(p/s: Kalu dah Tan Sri & Datuk jadi dalang, boleh ke cadangan ni nak berjalan?)
Labels: Kritik