Monolog merdeka seorang aku... (2)
Lagi idea merdeka aku menjengah...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Seruan buat diriku yang merdeka
Laungan keramat mereka yang merdeka
Jeritan kebebasan anak bangsaku yang merdeka
Namun…
Merdekakah aku?
Merdekakah mereka?
Merdekakah anak bangsaku?
Apalah ertinya merdeka
Kerana masih ada diri yang terpenjara
Lantaran finah durjana bermaharajalela
Lantaran busuk hati bersarang di jiwa
Lantaran dengki hasad merajai minda
Apalah ertinya merdeka
Kalau anak-anak muda masih terkinja
Tersirna dek budaya sang penjajah
Terkasima dengan irama nan indah
Terpedaya oleh dunia yang murah
Apalah ertinya merdeka
Malamnya diwarnai tarian nyanyian menghanyutkan
Subur mekar dengan aksi berani penuh keghairahan
Seolah-olah bangsaku tiada agama dan pegangan
Maruah dan nilai diri entah ke mana bersipongan
Apalah ertinya merdeka
Idola fantasia dari akademi syaitan
Seluruh negara dalam demam kesesatan
Menangis meratapi kegagalan menuju kejahilan
Jauh dari agama Tuhan menjadi pilihan
Apalah ertinya merdeka
Dengan hidup yang menuju sengsara
Dengan nafas yang cukup murah tersia
Dengan maruah diri yang tidak tersisa
Dengan akal minda yang kotor tiada sejahtera
Dengan nilai manusiawi yang merudum hina
Dengan budaya dengki hasad meraja
Dengan agama yang roboh paksinya
Dengan bangsa yang papa ilmu dan jiwa
Dengan rahmat Tuhan yang semakin tiada
Dengan semua ini, merdekakah kita?
Merdekakah kita???