June 18, 2004

Lebam biru!

Ni bukan kisah lebam mata Anwar hasil penangan tumbukan padu Rahim Noor tahun 1998 dulu, tapi lebam dahi anak aku dek kerana terjatuh bendul.

Aku terlapse in concentration sekejap masa nak mandi, tiba2 aku terdengar "debuk" anak aku dah tersungkur tepi bendul bilik air setinggi pinggangnya itu, dah hasilnya: tangisan yang kuat dan lain dari biasa didengar, jeritan isteri aku yang baru lepas sembahyang, benjol yang hampir sama besar dengan bola pingpong tapi warna biru hitam dan darah merah segar dari bibir anak aku...

Allahhh..! Bak kilat aku menyambar anak aku dan terus mengusap dahinya. Benjol di dahinya itu menakutkan aku. Dia tak henti2 menangis dan puas aku memujuknya. Memang sakit betul dia. Aku terus tuam dahinya dengan air panas, dan sapu minyak gamat di mulutnya. Isteri aku tak habis2 membebel marahkan aku... apa nak buat, aku pun terleka sekejap.

Aku bimbang betul keadaannya, kalau setakat benjol aje aku tak kisah sangat. Dahinya memang selalu benjol pun, tapi takut2 ada "crack" atau apa2 kecederaan dalaman.

Hari ni dah tiga hari kejadian tu, benjol tu pun dah kurang sedikit, cuma darah beku di bawah kulit dahinya masih jelas. Mengikut sepupu aku bakal doktor, dia tak apa-apa. Kalau dia asyik nangis aje, mungkin kena bawa jumpa doktor. Tapi nampak macam ok aje, "nanti surut benjol tu, tak payah bimbanglah" katanya.

Hmm.. kasihan anak aku!

Labels: