June 21, 2004

Lidah tergigit

Ada satu ungkapan, "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri." Paling aku ingat, P. Ramlee sebut ungkapan ini dalam filem apa entah, dah tak ingat tajuknya.

Hmm... inilah yang dikatakan hidup suami isteri. Tak selamanya manis, senang dan suka sahaja. Ada kalanya pahit, payah dan duka selang seli di antaranya. Itulah kehidupan.

Aku pun kalau tak gaduh dengan wife mesti tak sah punya! Wife pula seorang yang berhati lembut dan mudah merajuk, apa lagi.. meninggi suara sikit dirasanya marah, padahal tak pun. Terlajak cakap sikit, tersentuh lalu merajuk... aduh, akulah yang harus memujuk.

Yelah, kekadang aku kena faham situasi juga, tak boleh selalu marah-marah atau tinggikan suara. Tapi si isteri kena juga faham suaminya. Dah nama suami, mana boleh lari dari meninggi suara, kadang2 bukan marah, tapi tegas...

Tapi aku bahagia. Sekuat mana dia merajuk atau terasa sekalipun, isteri aku tetap sayangkan aku. Aku cukup tahu itu.

Hmmm... kena belajar lagi sains rumahtangga nampaknya!

Labels: