MASSA sudah mati...
Massa, majalah berita keluaran Utusan sudah diberhentikan penerbitannya. Edisi minggu ini adalah yang terakhir. Hmm... sudah nasib badan!
Menurut Awang Selamat dalam ruangan pojoknya di Mingguan Malaysia hari ini, alasan utama "kematian" majalah itu ialah kerana edarannya yang terhad dek tiada demand. Setakat ini purata hanya 6,000 naskhah sahaja yang terjual setiap minggu.
Bagi aku, ia majalah bermanfaat. Beberapa surat aku juga pernah tersiar di ruangan Surat Pembaca majalah itu. Mungkin ia tak laku kerana harganya agak mahal, RM6. Kalau sekitar RM3 atau RM4, aku rasa ia boleh hidup.
Walaupun di universiti ia dijual pada harga RM3, mungkin juga pelajar-pelajar universiti sekarang tak minat membaca lagi majalah ilmiah seperti MASSA nie. Mereka lebih suka URTV, Media Hiburan, FHM, Galaxie, Kreko, Gempak dll.
Harapan aku agar jurnal PEMIKIR tidak mengalami nasib yang sama.
Labels: Bacaan