Dah demam...
Minggu ni aku agak busy. Hari ni baru sempat update blog aku.
Weekend lepas ayah, mak dan Safuan bertandang ke rumah aku. Ahad 13 Jun 2004, Safuan mendaftar kursus Bacelor Ekonomi di UPM. Ramai betul orang pada hari tu dan kami terpaksa menunggu lebih 2 jam untuk selesai semua urusan pendaftaran.
Selepas bertamu ke rumah Paktam Nawi di Cheras, sekitar pukul 4.30 ptg kami selamat kembali ke rumah aku. Penat memang tak tau nak cakap lah... ayah dan mak terus terlelap sampai pukul 6.00 lebih.
Malamnya, selepas puas dipujuk ayah akhirnya akur dengan kehendak aku supaya bermalam di rumahku, dan pulang ke Kedah pagi esoknya. Memang ayah agak susah untuk berpisah lama-lama dengan rumah di kampung. Aku pun tak tahu kenapa... tapi memang ayah begitu. Mungkin teringatkan adik-adik yang ramai di rumah, dan hanya Chat yang tinggal menguruskan mereka semasa ketiadaan ayah. Tambahan pula sekolah pun dah mula dibuka pada Isnin tu.
Malam tu aku bangun layan bola, England vs. Perancis. Memang bola ni boleh buat aku sakit jantung... Semua yang menyaksikan game malam tu tahu la sebabnya. Puas hati aku menyaksikan magic oleh Zidane di saat-saat akhir sekaligus memenangkan Perancis ke atas England. Memang aku dah demam... demam bola aaa, buka demam Akademi Fantasia!
Kerja ofis pun makin bertimbun sekarang. Urusan untuk Family Day KKT6 pada Ahad depan di Desa Waterpark banyak yang tak selesai lagi. Semalam dan hari ni dah dua kali aku keluar waktu ofis pegi Makro beli barang-barang hadiah. Pegi Desa Waterpark settlekan pasal payment, ticket dan meal voucher, registration list dll....
Aduhh, bertambah demam la aku...
Labels: Bola