Kes Noritta gambaran realiti sosial Malaysia
Aku dapat agak, tulisan Wardan Puteri Ahmad di Berita Harian hari ini adalah respons terhadap perbicaraan kes pembunuhan Noritta yang menjadi talk of the town ketika ini.
Bagiku, kes ini mendedahkan realiti sosial di Malaysia yang penuh kepincangan dan kebobrokan. Ini adalah hakikat yang perlu diterima semua.
Aku tidak mahu mempersoalkan kewajaran laporan media yang disifatkan media sensationalism terhadap perbicaraan kes ini, seperti yang dilakukan AWAM, Confused dan Shakira.
Aku juga tidak sepenuhnya bersetuju dengan sikap mempertahankan media Hafiza Ahmad biarpun reaksinya kepada AWAM itu aku puji.
Dalam keadaan pengamal media perdana yang dicengkam barah etika kewartawanan yang semakin membusuk, dan ketamakan mencari keuntungan tanpa mengambilkira nilai-nilai dan maruah, apa lagi yang aku boleh harapkan dari media. Baca sahaja respons "selamba" Rehman Rashid di Screenshots dalam mempertahankan tindakan media.
Adakah kita lupa, media ini jugalah yang begitu galak berkokok pasal liwat, tilam, tompokan mani semasa kes Anwar dulu. Media ini juga yang tak habis-habis melaporkan kisah sexual affairs David Beckham seolah-seolah berbangga dengan kejayaan Sarah Marbeck, model kelahiran Malaysia meniduri bintang bolasepak terkenal itu!
Berbalik kepada realiti sosial, aku hanya mampu mengucap panjang dan berdoa moga anak isteri dan zuriat keturunan aku dijauhkan dari perkara-perkara sebegini. Oh Tuhann.......
Labels: Kritik