February 11, 2006

Kembali...

Baru ni adik ipar aku tanya "Bg dinoor, apsal lama tak update blog?" baru aku ingat sebenarnya aku ada blog, hehe...

Well, aku kembali menulis sekarang, dan aku harap akan punya masa yang lebih untuk menulis di hari-hari mendatang, insyaAllah.

Aku dah berjaya tamatkan semester lepas dengan penuh kelegaan, lega sebab lulus semua subjek tu, kalu tak lulus kan dah nak kena repeat kan kan kan...? Anyway, semester ni adalah semester terakhir aku belajar, and now aku tengah menulis thesis, harap2nya dapat aku tamatkan semester ni dengan kelegaan juga, amin.

Banyak perkembangan diri aku yang mungkin aku boleh kongsikan dengan korang semua, antaranya:

1. Ayah aku dah sihat banyak. Alhamdulillah. Tadi baru ja aku balik jumpa kat rumah. Cuma yang aku rasa sekarang rumah aku makin sunyi, sebab adik2 pun tinggal berapa orang ja yang masih sekolah rendah. Yang besar2 dah sekolah menengah tinggal kat asrama. Sunyi la sebab rumah aku tu selalu ramai orang, setak 3-4 orang tu kira tak ramai la tu.

2. Sekarang dah pindah K.Nrg sebab wife aku dapat posting ngajar kat satu sekolah kat sini. Baru ja move in awal February lepas. Sebenarnya wife dapat posting ke Langkawi, tapi terpaksa merayu dan merayu kepada pihak Jabatan minta tukar ke tanah besar. Susah la kalu aku nak berulang ke kelas dari pulau sana. So dia orang pindahkan wife ke KN. KN pun KN laa, janji tanah besar. Kalu ada sapa2 nak ke Puncak Janing, Dusun Resort, Pedu Lake Resort, mai la singgah umah aku, dekat ja tu.

3. Tok aku makin berat sakit tuanya, sekarang ni terlantar sahaja. Mak menjaga penuh kasih sayang bak ibunya sendiri walaupun tok hanya mak mertua mak aja. Aku terfikir apa nasib aku waktu tua nanti, aku pernah sebut pada wife kalau aku nak mati moga dapat mati instant, instead of bedridden... hmm tak tau lah, tu semua kerja Allah, pohon yang terbaik untuk kita, kan...

Ok, cukup untuk kali ini, jumpa lagi nanti.

Labels: ,