July 15, 2005

Ayah dah boleh jalan-jalan

Ayah dah semakin sihat. Dah boleh jalan perlahan-lahan. Hari tu masa pegi jumpa doktor, doktor cakap pernafasan ayah dah semakin baik, luka-luka di belakang ayah dah kering. Cuma kaki ayah yang bengkak-bengkak, dan doktor nasihatkan ayah supaya cuba berjalan perlahan-perlahan di sekeliling rumah. Doktor cakap ia bengkak sebab lama ayah tak menggerakkan/menggunakan kaki sejak tak sedar accident dulu.

Ayah aku makin suka la bila doktor cakap macam tu. Dua tiga hari sebelum pegi jumpa doktor pun ayah dah cuba bangun nak jalan. Dia kata bosan sebab asyik dok terperuk kat kerusi roda saja. Ayah aku bukan jenis orang yang tahu duduk diam. Accident baru ni adalah kali pertama ayah terlantar di katil dalam tempoh yang agak lama. Sebelum ni dia tak pernah atau jarang sakit-sakit yang menyebabkan dia terperap di katil dengan lama. Kekadang demam sikit-sikit tu tak menjadi penghalang dia menjalankan rutin hariannya; pegi ke bendang, hantar dan ambil adik aku sekolah atau pun minum teh di kedai.

Kemarin aku balik ke rumah ayah, aku tengok ayah menyambut aku di muka pintu. Wahh, ayah dah boleh berjalan sendiri! Sebelum ni nak jalan kena berpimpin jugak. Kekadang mak aku atau adik yang membantu, tapi kemarin dah boleh berjalan sendiri. Seronoknya aku tengok. Mak aku kata bukan setakat dalam rumah ajer, dia dah keliling rumah dah pun, ayah aku senyum ja... Alhamdulillah, syukur banyak2 pada Tuhan.

Labels: