December 31, 2004

Bertemu raja blog!

Pagi tadi aku menyelesaikan banyak urusan di Alor Setar; ke Bank Muamalat bank-in yuran pendaftaran KPLI isteri, ke Alliance Bank bayar installment kereta, ke Amfinance dan Public Bank tanya pasal refinance kereta aku, ke pejabat pos beli setem hasil, dan ke pejabat abang aku ambil dokumen.

Semua urusan aku siap sebelum pukul 12 tghari, dan pukul 12.20 tghari aku dan isteri dah terpacak di depan rumah Matjan, menghadiri kenduri kahwin kak Max (err... terbiasa panggil kak walaupun aku lebih tua daripadanya). Team marhaban lama sungguh mengasah lidah mereka, last-last Paklong (ayah Matjan)tak tunggu marhaban tamat terus suruh tetamu yang datang makan dulu.

Aku asyik mengintai-intai kut terpandang Matjan, tapi tak nampak bayang pun. Makan dulu, sempat bersms dengan op dan purbe, op cakap dia tak datang, tunggu Matjan kawin baru nak turun Kedah. Lepas makan aku nampak member-member kak Max masuk ke rumah nak jumpa pengantin, aku pun menempel sekali dengan isteri. Orang masuk nak tengok pengantin, aku masuk tanya "Matjan ada?" Ada ka patut...

Sekali Matjan keluar ke ruang tamu, mak aiii, aku ingat akulah paling tinggi macam galah, rupanya Matjan lebih galah dari aku! Seperti biasa, Matjan sentiasa control macho, sembang dengan aku sepatah dua sahaja. Aku dapat anugerah ahli GJ yang pertama sampai ke kenduri kak Max. Bila aku tanya "hang bila pulak nak kawin?" Matjan tersengih tersipu-sipu, malu la pulak! Dalam blog bukan main lagi, kat luar alahai... ayunya! he he!!

Memang Matjan seorang yang pemalu orangnya, so makcik-makcik yang baca blog ni, saya sokong 200% peratus kalau nak buat Matjan sebagai menantu!

Labels:

December 24, 2004

Muka masuk TV

Malam Khamis lalu pukul 10 malam, riuh rendah sekejap rumah aku sebab muka aku keluar TV3, dalam rancangan Sempurnakan Harimu. Aku dan isteri dah tahu malam tu giliran aku akan ke udara tapi kitorang buat diam saja, nak kasi surprise sikit.

Ini adalah di antara isi SMS dan call daripada sedara mara dan member yang sempat tengok rancangan tu, yang mengutuk dan memerli ada:

"Adakah hari anda telah sempurna?" (sms sinis dari member aku yang lama dah tak contact, sebaik saja tamat program tuh.)

"Oh yaaa, patut la dah tak kerja, hariku telah sempurna dan aku telah menang dengan berjuta-juta... rupiah!" (perli member aku bila dia dapat tahu aku dah tak kerja kat KL lagi.)

"Ini panggilan dari Wayang Tinggi Production, nak ambil anda berlakon satu adegan best, err... adegan di ranjang, amacam?" (call dari member baik di Gombak yang secara terang-terangan mengutuk penampilan julung kali aku di TV, ceh buang karan!)

"Woi, hang dok meghela apa masuk rancangan tu, woi buat malu geng saja." (sms dari member satu sekolah dulu yang sekarang ni stay kat Ampang.)

Dan tak kurang jugak yang memuji, hehe...

"Amboi depa masuk tv no, glamer abih aihh, sempurnakan harimu, roger!" (sms sepupu aku.)

"Akum, hehe, abah ...(nama baby aku) masuk tv, wah glamournya!" (sms dari kawan wife aku.)

"Hensem hang kat TV3, tahniah!" (sms dari member lama, la ni kerja cikgu kat Bahau N9.)

"Tahniah, rezeki ganti bonus. Allah Maha Kaya." (sms dari bekas rakan sekerja. Aku berhenti kerja sebelum raya so tak dapat bonus hujung tahun, apa nak buat.)

"Boleh belanja air kut, takkan RM1900 dah abih dah...!" (kata jiran aku sambil tersengih sebaik saja aku keluar dari kereta sampai ke rumah)

P/s: Baby dah sihat, doktor kata tak payah bawak pegi checkup lagi. Dan dah selamat cukur kepala, tali pusat pun dah luruh.

Minggu lepas aku bawak si abang pergi gunting rambut buat pertama kali selepas hampir dua tahun, sejak-sejak dia cukur kepala lepas bersalin dulu, ini baru gunting pulak. Rambut nipis katakan, panjang pun tak tebal dan tak serabai...

Labels:

December 21, 2004

Cerita baby baru

Thanks to those well-wishers yang sempat datang jenguk blog aku walaupun tak kerap diupdate seperti dulu. Al-maklumlah, dulu masa kerja hari-hari mengadap komputer, asal bos takde terus bukak blog. Sekarang susah sikit, ni online kat umah ja, bila ada time free, time anak tidur boleh la. Aku harap korang paham kan.

Baby kurang sihat sikit, ada jaundice. Dah dua kali pegi checkup kat hospital, esok kena pegi lagi. Doktor suruh maknye breastfeed baby kerap sikit, susu badan boleh kurangkan jaundice. Mak mertua aku pula sibuk ingatkan aku untuk cari daun hujan lebat, daun amin buah, daun inai, daun kucai, dan suruh beli buah rhanda kat kedai ubat cina. Semua daun tu buat mandikan baby. "Orang tua-tua dulu berubat camtu saja, takde kena kuning pun," kata mak mertua aku. Aku ngikut je, yang aku nak moga-moga anak aku sihat.

Dulu abang dia pun kena jugak, first checkup terus shootup to 14. lebih, hampir kena tahan dah, tapi aku mintak bawak balik dulu. Mandikan dengan air daun tadi jugaklah, alhamdulillah sihat akhirnya.

Pasal nama anak, aku bincang dengan isteri since early pregnancy lagi nak taruk nama AIMAN, spelled as A-I-M-A-N. Ada member aku pernah cadangkan A-E-M-A-N, macam satu kumpulan nasyid tu, ish, tak kuasa aku... So, sepanjang masa mengandung dah start panggil nama tu. Tapi bila bapak mertua aku dapat tau aku nak taruk nama tu, dia suruh eja AYMAN instead of AIMAN.

Tahu kenape bapak mertua aku suruh tukar? Dia kata kalau AIMAN tu nanti dalam giliran apa-apa akan dipanggil lebih awal, kalau dalam dewan periksa nun kena duduk meja kat barisan depan, nanti anak jadi cepat lemah semangat. So kalu taruk AYMAN, agak di tengah sikit, takdelah nak cepat gelabah atau hilang semangat. Hmm... apa-apalah, janji nama yang baik, kan!

Err, gambar baby seperti yang aku janji tu belum ada lagi. Sorry, teknologi kamera aku macam hp akutakreti jugaklah. Nak kena cari kodak dulu, lepas tangkap gambar pegi cuci pulak, pastu kena scan then baru boleh upload. Tunggu jelah ye.

Lagipun esok birthday cukup dua tahun abangnye, kitorang dah plan nak celebrate Khamis ni, sekali dengan kenduri cukur kepala baby Ayman. So musti banyak gambar-gambar yang menarik nanti.

Baby Ayman tidur siang kuat sungguh. Buat la camna pun nak kasi dia bukak mata, takde bukanya. Tutup rapat. Tapi malam pukul dua tiga pagi, punyalah bulat matanya, celik pulak. Wife aku kata, berjaga malam tu kena penyakit aku. Mak mertua aku tanya, "ni cucu tok ni suka berjaga sebab tengok bola ka baca buku ni...?" aku sengih macam kerang wangi ja.

Ish, sedar tak sedar dah anak dua aku ni, dah tua rupanya!

Labels:

December 19, 2004

Tangisan seorang anak

Tangisan inilah yang membuatkan aku sebak tepat jam 4.39pm petang Khamis 16 Disember lalu.

Serentak dengan azan Asar dilaungkan, kepala seorang anak kecil pun terjengul keluar melihat dunia ini. Itulah anak lelaki keduaku yang selamat dilahirkan dengan berat 3.35kg, kecil sikit dari abangnya dulu. Bolehlah main bola dengan abangnya bila besar nanti.

Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat, dan discharge dari hospital keesokkan harinya. Aku akan update lagi nanti, insyaAllah siap dengan gambar sekali.

p/s: Esok ada tiga assignment kena submit, dua dah siap tinggal satu lagi.

Labels:

December 8, 2004

Lab baru universiti baru

Akhirnya, dapat jugak aku guna komputer kat lab tulis blog. Sudah dua minggu semester baru bermula hari ni baru boleh masuk lab sebab sebelum ni ada add & drop session. So boleh la aku update kerap sikit pasni.

Sebentar tadi pi jumpa Dekan Pembangunan & Siswazah untuk dapatkan tandatangan pengesahan borang "Plan of Studies" yang perlu dihantar pada penaja aku secepat mungkin. Kalu lambat hantar, alamat lambat dapat elaun ler...

Kepala aku yang dah berkarat nak kena asah tajam-tajam balik. Maklumlah dah lebih 3 tahun tak study (maksud aku formal study, masuk kelas, buat assisgnment, buat research, doing revision, sit for the exams dll). First assignment dah dapat hari ni.

Banyak yang perlu aku refresh semula, terutamanya pasal elasticity, indifference curve, budget line, keynesians theory, aggregate supply & demand, GDP, begitu juga dalam business math macam differentiation, integration, optimization, matrix, linear equation, bla bla bla...

Adui, kepala aku dah mula berdenyut-denyut...

Labels:

December 5, 2004

Terkenang semasa dulu

Meyaksikan anak buah aku masuk jawi aka bersunat atau berkhatan kelmarin membuatkan aku jeles kat diorang, rasa macam nak jadi budak balik dan bersunat pada zaman sekarang ni.

Tak perlu takut pada pisau tok mudim, tak perlu bimbang nak duduk atas batang pisang, tak perlu risau dengan ugutan orang-orang tua dulu yang tok mudim akan potong "semua." Tu semua hanya ada pada zaman aku dulu saja. Zaman tok mudim asah pisau yang menjadi mimpi ngeri budak-budak sebaya aku dulu.

Sekarang dah senang, bersunat boleh buat kat klinik. Sakit pun masa cucuk ubat bius saja, lepas tu tak rasa apa-apa dah. Malah, ada teknologi baru yang jadikan berkhatan lebih mudah, rendah kebarangkalian untuk berlaku kecuaian, dan cepat lega.

Mak mertua aku bagitau, masa dia pi klinik tadi doktor ada cerita ramai ibu bapa datang mintak pain-killer, "nak kasi anak kat rumah yang baru lepas bersunat," kata mereka. Tengok tu, senang budak-budak sekarang, patut la tiga hari dah boleh main basikal, kitorang dulu, maunya dekat dua minggu asyik terbaring dengan kelambu kat pinggang.

Tapi tradisi dulu ada kenduri doa selamat pada hari berkhatan, dapat duit banyak ooo...! Mana taknya, semua adik beradik, jiran dan orang-orang kampung datang ziarah, semua hadiahkan duit!

Budak-budak sekarang, kalau mak bapak dia tak buat kenduri, alamat tak dapat duit laa. Kalau dapat pun mesti sikit, sebab yang datang ziarah hanya adik beradik yang terdekat saja.

p/s: Aku mintak maaf sebab tak kerap update blog, maklumlah dah jadi student sekarang ni. Kelas semua dah start, sibuk nak beli textbook, dah ada lecturer yg kasi assignment.

Tambahan pula kenduri banyak sungguh la ni, sampai ada yang aku pi tak makan pun sebab terlampau kenyang! Ada 4 orang kawan-kawan aku yang akan berkahwin dalam bulan Disember nih, semua nak kena pi tu!