November 28, 2004

Iklan raya

"Ada kalanya apa yang dipohon lebih baik dari apa yang dihulur." Indah ayat ini. Ia adalah tagline iklan raya tahun ini oleh Kurnia Insurans. Sekali imbas mungkin ramai tak perasan, tapi ayat ini adalah antagonis kepada "Tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah."

Tangan di atas bermaksud tangan yang memberi, dan yang di bawah adalah yang menerima. Biasanya, yang memberi bersifat dermawan, bersedekah dan memberi sedikit apa yang ada kepada insan lain yang memerlukan. Manakala yang di bawah adalah yang tiada, yang meminta-minta, dan yang memerlukan.

Namun Kurnia Insurans berjaya memecah tembok kebiasaan itu. Maksud aku, yang meminta kekadang lebih bermakna berbanding yang memberi. Lihat saja reaksi si bapa terhadap permohonan anaknya yang terakhir. "Man minta ampun dan maaf pada abah dari hujung rambut sampai hujung kaki, halalkanlah makan minum Man." Keikhlasan jelas terpacul dari mulut si anak membuat si bapa menangis. Tak perlu hadiahkan jam, baju atau pemberian lain yang bersifat material. Bukan itu yang mereka mahu, hanya sedikit keikhlasan dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Setelah bertahun-bertahun iklan raya menarik dibolot Petronas, tahun ini aku rasa milik Kurnia Insurans. Aku mungkin juga suka dengan iklan raya oleh TV3, tetapi Kurnia Insurans lebih bijak meruntun emosi penonton. Mungkin TV3, Petronas cuba gandingkan konsep Deepa-Raya, tetapi ternyata Kurnia Insurans muncul terbaik dan mesejnya berjaya kekal di minda penonton.

p/s: tapi awas, tidak semua memberi dan menerima itu baik, contohnya memberi dan menerima rasuah. :)

Labels:

November 24, 2004

Ada ria ada raya

Kiranya demam raya dah kebah, mabuk kuih raya pun dah hilang. Demam makan kenduri pulak yang melanda. Weekend ni ada kenduri, minggu depan pun ada, awal Disember ada, awal tahun baru 2005 pun ada. Ada member, ada adik beradik, ada jiran, ada kawan dan rakan yang melangsungkan kenduri. Musim kenduri kendara ni boleh la orang rumah berehat tak payah masak lunch.

Anak aku beraya kali ini dengan lesung pipit kaler merah hitam, sebab pipi dia luka kena bara bunga api, kasihan dia... Malam raya seronok sangat main bunga api dengan sepupu sepapat dia, tiba-tiba macamana entah ada bara bunga api jatuh betul-betul kat atas pipi kanan dia. Kulit pipi budak-budak ni kan halus dan lembut, terus mengelembung dan akhirnya jadi luka. Mujurlah dia tak menangis.

"Ada ria, ada raya..." dah jadi trademark raya tahun ni. Suka aku dengar Pakcik Abas kata ayat tu sambil tersenyum simpul. Tapi konsep raya kita ni kena la betul. Kita beraya bukan kerana dah ada mangkuk Astro terpasang kat bumbung rumah atau dah ada channel Astro Ria kat tv, tapi kita meraikan hari raya kerana kita berjaya menamatkan puasa genap 30 hari dan menghayati Ramadhan dengan jayanya. Malah, kita tak tahu adakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan, tak gitu?

Harian Metro Edisi Utara beberapa hari sebelum raya memaparkan berita golongan tua sebaya Pakcik Abas adalah yang paling ramai ditangkap tak berpuasa di daerah Kubang Pasu, Kedah, dalam bulan puasa yang lalu. Hmm... macam-macam ada!

Labels: ,

November 9, 2004

Salam Eidulfitri

Selamat Hari Raya EidulFitri 1425H Maaf Zahir Batin

Sempena kedatangan Eid Mubarak pada Ahad ini, saya ingin mengucapkan Salam Eidulfitri 1425H Maaf Zahir Batin pada semua pembaca.

Selamat Hari Raya juga diucapkan kepada GJ terutamanya yang berjumpa di Sg. Gabai haritu, kepada Mar, Saj3n, Op, Sherrina, Lan_zo, Menj, Pakdi yg pernah YM dengan aku, kepada semua pembaca2 blog yang sudi memberikan komen-komen bernas mereka dan kepada semua sahabat2 seblogan, semoga Eidulfitri ini bakal membawa seribu keberkatan kepada kita semua.

Blog ini mungkin tidak akan diupdate beberapa hari dalam musim perayaan ini. Harap maklum.

EID MUBARAK, KULLU A'MIN WAANTUM BIKHAIR

Labels:

November 6, 2004

Antara dua darjat

Semalam hujan & banjir dekat jalan Sg Besi lama. Aku balik ke Cheras selalu ikut jalan tu. Air naik sehingga ke paras lutut, motor aku mati dan terpaksa ditolak. Bukan aku seorang, ramai lagi penunggang motor yg terpaksa tolak motor masing-masing. Traffic jam tu memang takleh nak kata apa lah, dah jadi bottleneck kat situ, semua kereta tak bergerak.

Tengah sibuk-sibuk menolak tu, aku lihat ada kereta Waja tenggelam betul-betul di tengah jalan tu. Pemandunya perempuan. Aku dapat lihat dia melambai-lambai ke arah kami, nak minta tolong kut. Namun apa nak buat, kami pun terpaksa tolak motor sebab takut tenggelam. Kasihan perempuan itu, aku tak nampak ada seorang pun yang datang menolongnya.

Dan di depan lagi ramai sangat orang mengerumuni satu kereta yang tenggelam. Ada polis trafik, dan beberapa orang yang aku nampak baru turun dari trak polis yang turut tenggelam menuju ke kereta itu. Aku ingat ada mangsa banjir yang mati tenggelam ke apa.

Bila aku sampai dekat sikit, rupa-rupanya yang tenggelam tu kereta Yang Di Pertuan Agung. Aku yakin kereta tu milik YDP Agung kerana warna platnya kuning, dan ada lambang Kerajaan Persekutuan. Mereka menolak beramai-ramai kereta tersebut. Ada beberapa orang awam pun turut sama datang membantu.

Bila aku melepasi kereta YDP Agung tersebut, ada dapat lihat lagi beberapa orang yang baru turun dari kereta pengiring Baginda berpatah balik untuk membantu. Yang lawaknya semua yang turun tu berpakaian lengkap baju melayu dengan sampin!

Bila dah sampai jauh di depan, di tempat yang agak tinggi dan tak tenggelam lagi, aku start motor dan panaskan enjin dulu. Sementara menunggu tu beberapa polis trafik menderum melintasi kami menuju ke arah tempat yang kereta YDP Agung yang tenggelam tadi. Hmm... ramai sungguh nak tolong Baginda.

Aku tak tahu nak kata apa. Aku akur Baginda layak menerima layanan dan bantuan sebegitu kerana Baginda merupakan individu terpenting dalam negara. Cuma kadang-kadang aku rasa kita rakyat bawahan dan anggota keselamatan ni lebih suka melihat status seseorang itu sebelum menghulurkan bantuan. Betulkah begitu?

Wallahua'lam.

Labels:

November 4, 2004

Nilai masa

Semua pernah baca cerita ini kan?

Membaca The Star, ruangan Metro, m.s. 13 (aku cuba cari online version tapi tak berjumpa) aku rasa sedikit tersentuh. Sebahagian quotes dari berita tersebut seperti di bawah:

"Parents spending 30% less time with kids"

Parents need to put in lots of energy and effort to bring up their families.

However, many parents are so busy pursuing financial wealth and striving to climb the career ladder that they tend to isolate themselves from the children and little time is spent on activities that promote family bonding.

Sentul District Asst. Comm. A. Thaivegan, said from his random observations, parents spent 30% less time nurturing their children than their parents did in the past.

"Most parents seem to neglect their children and much is blamed on the demands of their job. One result is that the children pick up values from foreign domestic helpers or even television," he said.

He added that without proper guidance and parental love, a child would experience some emotional imbalance. [...]

"Communication with the child is vital as it provides the parents a window into the child's world, and gives them an insight into what the child feels about his or her surroundings. It also allows the parents to inculcate good values in the child," he said.

"A child must be taught values that would create a resilient mind and such values must be inculcated from a very young age."


Tepat sekali apa yang diucapkan beliau. Semua sedia maklum natijah daripada kerenggangan hubungan keluarga dek kerana tiada masa sudah semakin menjolok mata kita.

En. A Thaivegan berkata demikian ketika berucap kepada 250 orang kaum India yang bekerja di sektor perladangan yang hadir ke satu seminar yang diadakan untuk mereka di Batang Berjuntai.

Jangan lihat pada siapa yang berkata dan kepada siapa ucapan itu ditujukan. Selaras nasihat Saiyidina Ali k.w.j, "Lihatlah pada apa yang dikata, bukan pada siapa yang berkata," kita ambillah kebaikan yang ada di dalam ucapan En. Thaivegan tersebut.

Mengikut En. Thaivegan, salah satu faktor kurangnya masa bersama keluarga ialah kerana bebanan kerja. Mungkin juga Dato' Sharizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga boleh membawa usul melaksanakan 5 hari bekerja bagi kakitangan sektor awam ke Parlimen?

p/s: Teringat anak kecik aku, dua tiga hari ni wife aku call pagi-pagi bagitau bila dia bangun waktu pagi panggil ayah, ayah... heran aku, sebelum ni tak pulak macam tu. Nasib baik selepas ini aku tak akan berjauhan lagi dengan dia.

Labels:

November 3, 2004

Harapkan pagar

Membaca berita ni menyenakkan perut aku.

Pontian: Polis akan memanggil sekurang-kurangnya 10 individu, termasuk kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah bagi memberi keterangan berhubung penjualan papan tanda milik jabatan itu kepada kedai besi buruk.

Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan daripada pemilik kedai besi buruk berkenaan yang membeli papan tanda jalan itu kerana mendakwa ia mahu dilupuskan jabatan berkenaan.

Selain itu, pemilik kedai berusia dalam lingkungan 40-an itu turut mendakwa bahawa lori JKR digunakan untuk mengangkut semua papan tanda jalan ke premisnya.


Inilah dia, harapkan pagar pagar makan padi. Harapkan JKR, JKR dah jadi Jual Kerajaan punya Reta (harta). Kambing betul!!

Tapi bila aku fikir balik, terus hilang senak aku. Biasalah tu... Kes pecah amanah, kes rasuah, kes makan suap tu semua antara rekod rakyat Malaysia, cuma tak masuk Malaysia Book of Records aje.

Jenayah kolar sekarang bukan setakat putih ke biru, tapi dah jadi merah, hitam, kuning langsat, hijau pokok pisang dan macam-maca kaler lagi. Dah jadi macam gaya mutu keunggulan hidup rakyat Malaysia sekarang, dari yang seatas-atasnya sampailah yang semacai-macainya.

Kat Metro hari ini, seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat ditangkap pada hari terakhir dia bekerja sebelum bersara kerana terima rasuah RM8000 untuk dapatkan MyKad pada orang Sabah yang takde kad pengenalan.

Semalam ada berita seorang kakitangan bank di Alor Setar ditangkap kerana pecah amanah RM19 juta.

Bulan lepas ada berita 30 pegawai polis yang jadi barua tokei pusat hiburan, diorang kasi maklumat pasal serbuan polis kat tokei-tokei berkenaan.

Ada juga berita rasuah dulu heboh dicerita di pejabat tanah & PBT, tak ingat kes orang besar MPAJ kena tangkap dulu tu? Aku ingat namanya sungguh kudus!

Tahun lepas ada berita pegawai polis trafik di Johor ditangkap kerana terima rasuah RM3000 dari seorang pesalah lalulintas.

Hmm... rakyat Malaysia dan rasuah, dulu kini dan selamanya.

Disclaimer: Cerita di atas adalah kisah benar yang sumbernya dari akhbar tempatan. Ia hanya melibatkan pegawai-pegawai tahap rendah (baca: macai) dan orang-orang biasa sahaja, tidak ada kena mengena dengan ahli politik atau pegawai atasan kerajaan. (Cerita rasuah ahli politik atau pegawai atasan kerajaan tak boleh cerita kat sini, sensitif!)

Labels:

November 1, 2004

Mp3 converter

Tiba2 ketika aku sibuk mengemas fail2 personal yang berterabur kat dalam pc kat ofis aku, aku terjumpa banyak lagu2 yang aku download dulu sejak mula kerja dulu. Tapi kebanyakan lagu2 tu dalam format real media (*.rm, *.ra, *.ram).

Aku nak convert semua fail real media tu ke mp3, aku dah try cari kat internet nak download mp3 converter i.e. ram to mp3 converter, tapi tak berjumpa. Yang banyak dari cd ke mp3 atau midi ke mp3.

Ada sesiapa yang boleh tolong aku?

Labels: