August 29, 2006

Yang di sana dan di sini...

Yg di sini tu macam control tak nak nangis, nak tunjuk tabah, nak tunjuk mampu hadapi semua ni, dan seolah2 nak buktikan bahawa yg sebelah sana yang salah. Yg sana tinggalkan yg sini tanpa sebab2 kukuh. Yg sana sengaja nak lepaskan yg sini sebab yg sana dah fofular, siapalah yg sini, hanya anak dara Felda shj. Yg sini nak dedahkan pada semua orang bahawa yg sini dibuang secara tidak adil, secara kejam, secara membuta tuli, secara paksa, secara tiada peluang diberi untuk jelaskan keadaan. Yg sana sengaja taknak hubungi yg sini, alasan sibuk sangat. Nah, yg sini dah tulis buku pasal catatan duka itu, bacalah...

[Dalam hati: Ohh, duniaku dah gelap gelita tak bercahaya bila kau tiada. Aku merayu-rayu sambil menyanyi Penawar Rindu, memohon dan meminta kau pulanglah padaku, merayu agar kasih kita bertaut kembali, aku merana kau tiada di sisi... ]


Yang sana tu, macam nak rileks tak rileks. Macam nak tunjuk semuanya dah ok, dah settle, dah takde apa2, dah lupa semua kisah tu. Tapi nampak jugak yg sana macam tak serius, kadang2 macam nak gelabah pun ada, malah sepanjang masa ditanya soalan oleh si abang pengacara yg dah cuba berbagai cara dan kaedah nak timbulkan suasana sedih, yg sana macam buat derkk aje, macam tak menjawab kepada soalan di tanya, macam main2 pun ada, macam tak serius pun ada... Konon2nya control macho la yg sana tu, padahal....

[Dalam hati: Aku boring betul la diorang ni, asyik2 kisah ni, takde lain ke diorang nak tanya aku. Keputusan muktamad. Surat menyurat tidak akan dilayan. Yang berlalu tak berulang. Lihatlah, hal peribadi adalah rahsia. Full stop. Udah, udahhh!!!]


********
Kata aku: Aku dah cakap, putus. Putus la! Lagi mau tanya kaaa? Putus sebab dia yang taknak dengar cakap aku, desak2 aku, tanya aku itu ini, nak cakap dgn aku sampai semua aku buat tiap2 jam nak tahu, nak tahu aku kat mana, buat apa, dengan sapa... apehal??? Aku bukan laki dia lagi. Dengan family aku pun aku tak call tiap jam, apahal pulak dia, sabor je lah! Sampai masa kalau ada jodoh, lebih dari siti lagi kita boleh buat, tak perlu nak desak2 tentu tarikh bila nak kawin... satu lagi, yg expose sangat dengan media tu pehal? Nak glamor? suka ke muka masuk paper hari2? seronok selalu dikejar pemberita? Itu yg paling aku pantang! Sejak aku kat akademi lagi, kau dah suka pemberita datang cari kau. Kau suka cerita lebih2 pasal hal tunang dll. Ini yg paling aku tak suka, glamor pasal hal peribadi ni no way!!! pasal kerja, pasal nyanyi takpe. Aku tak suka kau expose sangat, so duduk diam-diam kat kampung!

Err, nota kaki: tiada kaitan hidup atau mati. Kata aku di atas hanyalah khayalan semata2.

Labels: