Tempat baru
Alhamdulillah semua berjalan mengikut perancangan.
Hidup baru di di tempat baru dah bermula. Kelas pun dah bermula, hari pertama terus mengajar. Suasana pun baik dan aman. Kawasan di sini mempunyai kualiti udara yg amat baik. Surplus of oxygen, sebab pokok banyak! Dalam perjalanan dari rumah bapa sedara ke tempat ngajar, sepanjang jalan diiringi kabus tebal, sampai kena buka lampu. Kawasan kelapa sawit katakan... Dua hari pertama berulang dari rumah bapa sedara, hari ketiga baru dapat berehat kat rumah tamu, sementara nak dapat rumah tetap nanti.
Mula2 ni biasalah, banyak perkara yg perlu diselesaikan. Hal tu hal ni, macam2 lah. Penat jugak la! Banyak urusan pada hari pertama datang, kelas pun dah bermula, pukul 4-6pm untuk hari pertama. Esoknya hari kedua ada tiga kelas, altogether 6 hours, penatt... Anyway semua tu adalah challenge untuk meningkatkan dayatahan diri sebenarnya, think positive...
Ni baru dapat tengok blog sendiri, dah berapa hari aku kat sini. Nanti bila dah dapat bilik sendiri, komputer sendiri boleh la update selalu, hehe... tapi of course selepas semua kerja selesai laa! Buat masa ni kalau nak guna komputer, kat bilik komputer staf la..
Dari tempat aku tinggal ni pun ada bas terus ke Alor Setar, so mudahlah aku berulang ke Kedah nanti. Ye la, anak isteri masih kat Kedah, teringat kat anak-anak dan anak mertua Tuhan saja yang tahu laa... bila call cakap dgn abang, dia kata "Ayah bila nak balik, abang rindu laa... Ayah balik la... abang tidur dgn baju ayah saja..." Alahai sedih la pulak aku dengar! Tapi hati mesti tabah dan kuat. Perjuangan masih belum selesai...
Oklah untuk kali ini, doakan aku agar semuanya dipermudahkan... thanks.
p/s: Bising sungguh kat sini apabila Siti dan Datuk K announce perkahwinan diorang. Siap ada live telecast tu! Seolah2 ia satu agenda negara yang amat penting pulak, kan? Pembentangan bajet negara pun live, persidangan UMNO pun live, World Cup pun live. Waa, dahsyat la Siti!