June 26, 2006

Bola! Bola! Bola!

England main macam hampeh lagi, harapkan gol dari Beckham aja. Semua cubaan melangit, melencong jauh. Pertahanan pulak macam ayam! Terry main macam tu? tak caya aku! Lain betul masa dia main dengan Chelsea. Player lain2 tu buat apa! Harap Rooney dengan Joe Cole aja dok pulun. Erikkson pun kering idea... Lennon, Jenas tu dok simpan lama2 buat apa! Susah la kalau main camni. Quarter final nanti lawan Portugal, a hard nut to crack. Kalau menang pun semifinal jumpa Brazil atau Spain, kalau diorang terus main bagus, hmmm tatau la aku. Silap2 9 Julai ni Owen tak payah datang German balik lah.

Holland pulak dah out, kalah pada Portugal. Nasib Holland memang tak baik. Portugal main kasar, lambat2kan permainan, pura2 injured. Padan muka next game lawan England Deco dan Costinha kena banned, harap2 England dapat capitalise this. Holland terus menerus mengasak tapi tak cukup untuk menembusi kubu Portugal. Macamana nak tembus, sepuluh players jadi defender. Jaringkan satu gol lepas tu defend, sejak bila pulak Portugal jadi Itali ni!

***********

Sedar tak sedar dah nak tamat pengajian aku. Ohh, dan tak lama lagi aku nak kena pergi ke KL, berjauhan dengan isteri dan anak2. Huhuhu.... Maybe ini adalah entry terakhir sebelum aku berpindah ke KL. Next entry mungkin selepas 2 Julai baru boleh tulis.

Minggu ni musti sibuk siapkan take-home exam. Lepas tu ada group project paper aku nak kena compilekan. All have to be ready for submission on this coming Sunday morning. Ahad petang bertolak ke KL.

Selamat menjadi cikgu kepada aku!

Labels: