June 18, 2006

Cerita kena tinggal

Wife aku call tengahari tadi kata dia kena pi kursus di P.Pinang sampai Khamis ni. Tak boleh nak excuse dah. Wajib pegi. Aku termenung. Berfikir...

Maknanya aku akan tinggal sorang dengan anak2 sepanjang tiga malam yang akan datang ini. Aku lebih fikirkan malam sebab... (eii, dont ever think that far, ok!) sebab siang aku hantar anak2 ke taska so takde masalah, aku tau jaga diri aku.

Malam.
Susah ooo, malam2 selalunya bila adik nangis nak susu, aku or wife yang akan bangun buat susu. Dan kena ada sorang yang tidur sebelah adik sebab dia kalau nangis kena ada orang pujuk dia, tak pun tepuk2 dia sementara tunggu susu sampai. Kalau takdak orang sebelah dia, mau nya dia bangun sambil menjerit2 nangis nak ikut ke dapur.

Abang pulak satu hal, kurang berani. Nak tidur mesti kena teman, kalau ngantuk dia akan bising2 ajak semua orang masuk bilik tidur dengan dia. Adik pulak belum ngantuk, dia akan buat bising atau nangis dalam bilik sambil tepuk2 pintu nak keluar main, dalam bilik dah tutup lampu sebab abang nak tidur, kalau tak tutup lampu abang pulak takleh tidur. Sebelum ni kami bahagi tugas la, kadang2 aku temankan abang tidur, adik main2 kat luar ditemankan ummi, or sometime the other way around...

Dah tu, dua orang anak jantan tengah nak membesar ni, tau tau je lah, macam2 kerenah diorang. Bergaduh sesama diorang tu biasa lah, bergaduh la cara budak umur 4 tahun dengan 2 tahun. Adik bila gaduh suka gigit. Lepas kena gigit abang tampar pulak kepala adik, lepas tu pakat lawan balas tampar, dua2 nangis... kadang2 lepas kena gigit abang pun balas gigit jugak, lepas tu dua2 nangis. Lepas gaduh sorang cari ayah sorang cari ummi...

Untuk 3 malam akan datang, aku sorang kena handle anak2. Hmm.... kesian kat aku, huhu...

Masa ni la aku insaf pada ibu2 tunggal yang sama ada ditinggalkan atau diceraikan suami, atau suami bekerja di tempat jauh dan berulang balik hujung minggu. Betapa sukarnya hidup sorang2 diri jaga anak2...

Sebut kes kerja jauh balik hujung minggu ni, aku pulak terfikir macamana wife aku bulan depan. Beginning next month, aku dah nak kena ngajar di KL, dan aku akan berulang balik Kedah setiap hujung minggu. Wife aku ngajar sekolah kat Kedah, tak boleh tukar sekolah lagi sebab belum sah jawatan lagi. Aduhh macamana la aku nak hidup.. dan macamana la wife aku nak handle anak2 yang tengah nak membesar ni. InsyaAllah, moga Allah permudahkan....

Ya, semoga Allah permudahkan. Bukan isteri aku saja, tapi semua isteri2 yang terpaksa membesarkan anak2 sorang, suami dok jauh. Moga sentiasa dikurniakan ketabahan dan kekuatan. Ibu Vogue pun didoakan semoga tabah dan kuat. Bila baca kisah2 macam ni, baru kita akan menghargai pasangan kita yg melalui susah senang hidup bersama membesarkan anak2, kan?

P/s: Selamat Hari Bapa untuk diri sendiri, moga terus menjadi bapa yang penyayang pada anak2. Pada Ayah dan Abah (bapa mertua) juga, semoga sentiasa sihat dan dapat melihat kejayaan anak2 dan cucu2 semua, insyaAllah...

Labels: ,