June 13, 2006

The Da Vinci Code

Nota: Sorry ye, aku bawak topik yang takde kena mengena dengan bola.


Da Vinci Code

Suddenly I become a big fan of Dan Brown. A big fan of his style of writing.

Sejak aku beli buku Da Vinci Code last month, aku dah abis baca DVC, then Angels and Demons, and recently Deception Point. Ulang baca DVC and A&D, and currently looking forward to Digital Fortress.

Wife aku pun naik bimbang dengan "kegilaan" aku ni. Di rumah, dalam keta, masa makan, aku asyik pot pet nak cerita kat dia pasal DVC dan A&D. Bila keluar perkataan2 yang dia tak pernah dengar; Priory of Sion, Holy Grail, chalice, Knight Templars, Dead Sea Scripts, pastu dalam A&D ada Illuminati, camerlengo, antimatter, Hassassin, Big Bang theory, dan entah apa2 lagi sampai dia kata nak muntah. Aku bukan apa, aku cerita nak bagi dia faham pasal apa aku "gila," hehe...

Berkenaan DVC, my stand is that I dont take the theory in DVC is something believable. For me, it's PURELY fiction. Yes, fiction. Apatah lagi kita orang Muslim, kita ada sumber Islam sendiri pasal sejarah Nabi Isa A.S. Aku harap cerita DVC tu akan stir our interest to look for Islamic sources about kisah hidup Nabi Isa A.S. sejak Baginda dilahirkan oleh Maryam ibunya yang suci hingga Baginda di angkat ke langit ketika hendak di bunuh oleh kaum Yahudi.

Aku pun, selepas membaca DVC, cuba mencari sejarah hidup Nabi Isa A.S. yang berdasarkan sumber Islam secara detail, tapi tidak ketemu. Mungkin juga aku tak mencari dengan bersungguh2. Sekurang2nya kita tahu bahawa Nabi Isa tidak mati di tiang salib, tetapi di angkat Allah ke SyurgaNya dan akan kembali nanti ketika dunia hampir kiamat bagi memerintah manusia.

Kalau sesiapa yang dah baca A&D, I guess almost all Malaysians have, sebab kat MPH dan Popular, ada tertulis buku2 DB adalah yang teratas dalam senarai English Bestseller kat Malaysia ni (sapa kata orang Malaysia malas membaca, kan?), dalam A&D aku amat tertarik dengan ucapan camerlengo kepada semua cardinals dalam Sistine Chapel ketika ritual pemilihan next Pope sedang dilakukan. Ucapan beliau berkenaan dengan sains dan agama itu aku rasa amat bernas, wpun camerlengo merujuk kepada Christianity, dan mungkin, aku kata mungkin, kita boleh fikirkan dari sudut agama Islam jugak.

Filem DVC pun aku dah tonton, tapi aku rasa macam penceritaan dalam buku lebih hebat berbanding di dalam filem. Tetapi sekurang2nya filem tu muncul sebagai box-office jugak walaupun ditentang hebat di seluruh dunia. Jangan tak tahu, A&D jugak akan diadaptasi ke layar perak dan dijangka akan ditayangkan pada 2009 kalau tak silap aku.

ok ciau!

Labels: