June 26, 2006

Bola! Bola! Bola!

England main macam hampeh lagi, harapkan gol dari Beckham aja. Semua cubaan melangit, melencong jauh. Pertahanan pulak macam ayam! Terry main macam tu? tak caya aku! Lain betul masa dia main dengan Chelsea. Player lain2 tu buat apa! Harap Rooney dengan Joe Cole aja dok pulun. Erikkson pun kering idea... Lennon, Jenas tu dok simpan lama2 buat apa! Susah la kalau main camni. Quarter final nanti lawan Portugal, a hard nut to crack. Kalau menang pun semifinal jumpa Brazil atau Spain, kalau diorang terus main bagus, hmmm tatau la aku. Silap2 9 Julai ni Owen tak payah datang German balik lah.

Holland pulak dah out, kalah pada Portugal. Nasib Holland memang tak baik. Portugal main kasar, lambat2kan permainan, pura2 injured. Padan muka next game lawan England Deco dan Costinha kena banned, harap2 England dapat capitalise this. Holland terus menerus mengasak tapi tak cukup untuk menembusi kubu Portugal. Macamana nak tembus, sepuluh players jadi defender. Jaringkan satu gol lepas tu defend, sejak bila pulak Portugal jadi Itali ni!

***********

Sedar tak sedar dah nak tamat pengajian aku. Ohh, dan tak lama lagi aku nak kena pergi ke KL, berjauhan dengan isteri dan anak2. Huhuhu.... Maybe ini adalah entry terakhir sebelum aku berpindah ke KL. Next entry mungkin selepas 2 Julai baru boleh tulis.

Minggu ni musti sibuk siapkan take-home exam. Lepas tu ada group project paper aku nak kena compilekan. All have to be ready for submission on this coming Sunday morning. Ahad petang bertolak ke KL.

Selamat menjadi cikgu kepada aku!

Labels:

June 18, 2006

Cerita kena tinggal

Wife aku call tengahari tadi kata dia kena pi kursus di P.Pinang sampai Khamis ni. Tak boleh nak excuse dah. Wajib pegi. Aku termenung. Berfikir...

Maknanya aku akan tinggal sorang dengan anak2 sepanjang tiga malam yang akan datang ini. Aku lebih fikirkan malam sebab... (eii, dont ever think that far, ok!) sebab siang aku hantar anak2 ke taska so takde masalah, aku tau jaga diri aku.

Malam.
Susah ooo, malam2 selalunya bila adik nangis nak susu, aku or wife yang akan bangun buat susu. Dan kena ada sorang yang tidur sebelah adik sebab dia kalau nangis kena ada orang pujuk dia, tak pun tepuk2 dia sementara tunggu susu sampai. Kalau takdak orang sebelah dia, mau nya dia bangun sambil menjerit2 nangis nak ikut ke dapur.

Abang pulak satu hal, kurang berani. Nak tidur mesti kena teman, kalau ngantuk dia akan bising2 ajak semua orang masuk bilik tidur dengan dia. Adik pulak belum ngantuk, dia akan buat bising atau nangis dalam bilik sambil tepuk2 pintu nak keluar main, dalam bilik dah tutup lampu sebab abang nak tidur, kalau tak tutup lampu abang pulak takleh tidur. Sebelum ni kami bahagi tugas la, kadang2 aku temankan abang tidur, adik main2 kat luar ditemankan ummi, or sometime the other way around...

Dah tu, dua orang anak jantan tengah nak membesar ni, tau tau je lah, macam2 kerenah diorang. Bergaduh sesama diorang tu biasa lah, bergaduh la cara budak umur 4 tahun dengan 2 tahun. Adik bila gaduh suka gigit. Lepas kena gigit abang tampar pulak kepala adik, lepas tu pakat lawan balas tampar, dua2 nangis... kadang2 lepas kena gigit abang pun balas gigit jugak, lepas tu dua2 nangis. Lepas gaduh sorang cari ayah sorang cari ummi...

Untuk 3 malam akan datang, aku sorang kena handle anak2. Hmm.... kesian kat aku, huhu...

Masa ni la aku insaf pada ibu2 tunggal yang sama ada ditinggalkan atau diceraikan suami, atau suami bekerja di tempat jauh dan berulang balik hujung minggu. Betapa sukarnya hidup sorang2 diri jaga anak2...

Sebut kes kerja jauh balik hujung minggu ni, aku pulak terfikir macamana wife aku bulan depan. Beginning next month, aku dah nak kena ngajar di KL, dan aku akan berulang balik Kedah setiap hujung minggu. Wife aku ngajar sekolah kat Kedah, tak boleh tukar sekolah lagi sebab belum sah jawatan lagi. Aduhh macamana la aku nak hidup.. dan macamana la wife aku nak handle anak2 yang tengah nak membesar ni. InsyaAllah, moga Allah permudahkan....

Ya, semoga Allah permudahkan. Bukan isteri aku saja, tapi semua isteri2 yang terpaksa membesarkan anak2 sorang, suami dok jauh. Moga sentiasa dikurniakan ketabahan dan kekuatan. Ibu Vogue pun didoakan semoga tabah dan kuat. Bila baca kisah2 macam ni, baru kita akan menghargai pasangan kita yg melalui susah senang hidup bersama membesarkan anak2, kan?

P/s: Selamat Hari Bapa untuk diri sendiri, moga terus menjadi bapa yang penyayang pada anak2. Pada Ayah dan Abah (bapa mertua) juga, semoga sentiasa sihat dan dapat melihat kejayaan anak2 dan cucu2 semua, insyaAllah...

Labels: ,

June 13, 2006

The Da Vinci Code

Nota: Sorry ye, aku bawak topik yang takde kena mengena dengan bola.


Da Vinci Code

Suddenly I become a big fan of Dan Brown. A big fan of his style of writing.

Sejak aku beli buku Da Vinci Code last month, aku dah abis baca DVC, then Angels and Demons, and recently Deception Point. Ulang baca DVC and A&D, and currently looking forward to Digital Fortress.

Wife aku pun naik bimbang dengan "kegilaan" aku ni. Di rumah, dalam keta, masa makan, aku asyik pot pet nak cerita kat dia pasal DVC dan A&D. Bila keluar perkataan2 yang dia tak pernah dengar; Priory of Sion, Holy Grail, chalice, Knight Templars, Dead Sea Scripts, pastu dalam A&D ada Illuminati, camerlengo, antimatter, Hassassin, Big Bang theory, dan entah apa2 lagi sampai dia kata nak muntah. Aku bukan apa, aku cerita nak bagi dia faham pasal apa aku "gila," hehe...

Berkenaan DVC, my stand is that I dont take the theory in DVC is something believable. For me, it's PURELY fiction. Yes, fiction. Apatah lagi kita orang Muslim, kita ada sumber Islam sendiri pasal sejarah Nabi Isa A.S. Aku harap cerita DVC tu akan stir our interest to look for Islamic sources about kisah hidup Nabi Isa A.S. sejak Baginda dilahirkan oleh Maryam ibunya yang suci hingga Baginda di angkat ke langit ketika hendak di bunuh oleh kaum Yahudi.

Aku pun, selepas membaca DVC, cuba mencari sejarah hidup Nabi Isa A.S. yang berdasarkan sumber Islam secara detail, tapi tidak ketemu. Mungkin juga aku tak mencari dengan bersungguh2. Sekurang2nya kita tahu bahawa Nabi Isa tidak mati di tiang salib, tetapi di angkat Allah ke SyurgaNya dan akan kembali nanti ketika dunia hampir kiamat bagi memerintah manusia.

Kalau sesiapa yang dah baca A&D, I guess almost all Malaysians have, sebab kat MPH dan Popular, ada tertulis buku2 DB adalah yang teratas dalam senarai English Bestseller kat Malaysia ni (sapa kata orang Malaysia malas membaca, kan?), dalam A&D aku amat tertarik dengan ucapan camerlengo kepada semua cardinals dalam Sistine Chapel ketika ritual pemilihan next Pope sedang dilakukan. Ucapan beliau berkenaan dengan sains dan agama itu aku rasa amat bernas, wpun camerlengo merujuk kepada Christianity, dan mungkin, aku kata mungkin, kita boleh fikirkan dari sudut agama Islam jugak.

Filem DVC pun aku dah tonton, tapi aku rasa macam penceritaan dalam buku lebih hebat berbanding di dalam filem. Tetapi sekurang2nya filem tu muncul sebagai box-office jugak walaupun ditentang hebat di seluruh dunia. Jangan tak tahu, A&D jugak akan diadaptasi ke layar perak dan dijangka akan ditayangkan pada 2009 kalau tak silap aku.

ok ciau!

Labels:

June 11, 2006

Cerita Bola

England menang, tapi...main macam hampeh!

England harus bermain lebih baik kalau mahu kalahkan Trinidad Tobago, apatah lagi Sweden. Dengan corak permainan Sweden yang pantas dan kemas, England bakal berdepan masalah kalau masih kekal di tahap seperti yang ditunjukkan dalam perlawanan pertama menentang Paraguay tempohari. T&T juga mampu menjadi duri dalam daging sekiranya England tidak berhati-hati.

Malam ini, Holland vs Serbia Montenegro. Pasukan Serbia terkenal dengan benteng kebal ketika pusingan kelayakan. Holland harus berada di tahap terbaik untuk menang.

Biarpun kem Jerman dilaporkan sedikit goyah, di atas padang mereka menepis tanggapan tersebut dengan mempamirkan permainan mantap dan kemas dalam perlawanan pembuka tirai. Kalau Jerman terus bermaim sebegitu, tiada apa yang mustahil...

Argentina menunjukkan mereka masih favourite team. Walaupun Drogba dan pasukannya pertama kali beraksi di pentas dunia, mereka tidak menampakkan sedikit pun perasaan gugup, malah terus-menerus mengasak Argentina. Ivory Coast tidak bernasib baik kalah dalam perlawanan tersebut.

Labels:

June 7, 2006

Bahana rim 16 inci

Rim 16 inci memang sedap dipandang mata tapi sakit jiwa dan poket nak membelanya. Kerana aku kerap ke UUM melalui jalan Kampung Darat yang terkenal selekoh tajam dan lubang merata2, akhirnya aku menanggung bahananya.

Rim bengkok, sure jatuh lubang kat mana2 tu. Dan tayar rosak sampai keluar dawai, aku ingat ada la sekali dua aku brek mengejut sebab lori angkut tanah banyak sangat lalu jalan tu...

Kelmarin aku ke kedai tayar, dan hasilnya:

Betulkan 2 rim bengkok = RM100
Tukar tayar baru, Silverstone Kruizer 205/45ZR16, 2 biji = RM470
Tukar chamber, 1 depan dan 1 belakang = RM50
Balancing dan alignment dah memang wajib kena buat.

Alang2 baiki kereta, servis sekali sebab dah lebih 8000km since last service:

Shell Helix semi-synthetic = RM75
Oil filter, air filter, etc. plus labor...

...altogether summed up to...

...RM776

RINGGIT MALAYSIA TUJUH RATUS TUJUH PULUH ENAM SAHAJA

TUJUH RATUSSS..... aarrghhhh!! koyak poket aku...!!

Labels:

June 2, 2006

World Cup & AF4

AF4?
Entah ler, aku takde rasa gian sangat nak layan, tak macam mula2 layan AF2 dulu. Rasa macam dah tua aja nak tengok perangai budak2 tu setiap hari... Konsert Prelude baru ni pun tak tengok betul2, asyik tukar channel tengok Myteam lawan M'sia dan CSI.

Hmm, takpalah, sokong je lah Salima & Haziq, diorang macam menarik aja. Hei, menarik bagi aku adalah berkaitan personaliti, bcos kalau setakat bakat, semua yang masuk tu berbakat... Kalau dah nak buat undi sms penonton, so tak perlu pertikai pasal kualiti atau tidak, dan jangan sedap mulut mengutuk penonton tak tahu memilih. AF is about winning people heart. Whoever people thinks closest to their heart, he/she will get highest votes... agree?

World Cup?
Ini yang ditunggu-tunggu. Musim menjadi burung hantu. Tapi yang tak best, tiba2 semua orang minat bola, tiba2 semua orang sokong Brazil, boring betul! Aku sokong England & Holland. Perancis macam dah tak de sengat bila Zidane tak sehebat 1998 & 2000 dulu. Hopefully tahun ni England and/or Holland dapat masuk final, or progress until later part of the campaign, jgn la setakat last 16 aje... Masa Euro 04 dulu semua team aku support tak masuk final, hampeh!

p/s: Kepada bila minda berbicara..., selamat ulangtahun kedua pada 29 mei hari tu. Aku pun dah lupa first day aku start memblog!

Labels: