Abang yang bertuah!
Abang: Ummi ni busuk la, pegi mandi lah!
Ummi: Amboi, sedapnya mulut! takdak insuran!
Ayah: Kah kah kah, lancarnya ayat!
*********
Abang: Ayah ni biasa la, abang kata pi buat susu dengan milo, awat ayah tak dengar kata abang tak tau! *sambil tarik muka*
Aku: *dalam hati* anak bertuah!
*********
Ayah to ummi: Abang nak keluar kedai, nak beli paper sat.
Abang: *bingkas bangun tinggal toys dia, datang peluk kaki aku* Abang suka kat ayah. Abang anak ayah...
Ummi: Dah dia mula dah... nak ikut la tu.
Abang: Ummi dok di rumah, jaga adik. Abang nak pi dengan ayah...
Ummi: Toksah pi la, dok dengan ummi.
Abang: Ummi ni biasa la, abang nak pi kedai beli paper ni! *tarik muka masam*
Ayah: Dah dah, jom ikut.
Abang: *senyum sampai ke telinga* Jom!
*********
Ayah: Abang dah besar. Tak payah pakai pampers lagi kan?
Abang: Hmm... *mengangguk*
Ayah: Bagitau teacher dak kata abang dah tak pakai pampers?
Abang: Bagitau!
Ayah: Tidur pun tak pakai pampers dah kan?
Abang: Tadi nak tidur teacher bagi abang pakai pampers adik!
Ayah: Laaa, awat tak cakap kat teacher yang abang tak payah pakai dah?
Abang: Teacher takut abang kencing tilam teacher.
Ayah: Abang kencing tilam teacher ka?
Abang: Kelmarin, abang tidur la, lepas tu abang terkencing... Abang terlupa!
Ayah: Laaa, abang kena pi bilik air dulu sebelum tidur, pi kencing dulu, ajak teacher tau. Understand or not?
Abang: Understand!
Ayah: *dalam hati* Faham betul ke tak ni... Nak kena sound teacher sendiri la jawabnya
*********
Ayah: Nah, ni vitagen satu untuk abang, satu untuk adik.
(Abang dan adik masing2 minum. Abang sure habih dulu. Aku terdengar abang mintak sikit kat adik dia...)
Abang: *sua tangan as if meminta* Adik, mai abang sikit. Lama abang tak minum vitagen!
Adik: *sua botol vitagen kat abang-innocent*
Ummi: Abaaangg! tadi dah minum habis abang punya, jangan ambik yang adikk!!!]
Abang: Abang nak lagi... *tarik muka masam, tak jadi amik vitagen adik*
Ayah: Sudah, nanti petang minum pulak.
Abang: Ayah, abang lama dah tak minum vitagen. Nak lagi satu!
Ayah dan ummi: *tak terkata apa*
Labels: Anak2