Ia satu yang amat penting bagi aku. Aku tak boleh hidup tanpa minyak rambut. Aku pentingkan rambut yang kemas dan rapi. Ia tanda kelelakian. Sejak kecil ayah ajar aku sentiasa memakai minyak rambut. Pergi sekolah pakai, pergi ngaji Quran pakai (walaupun pakai songkok). Boleh kata keluar ke mana saja aku akan pakai minyak rambut. Lagipun, itu sahaja yang ayah belikan. Tak ada bedak. Jauh sekali deodorant, cologne atau body spray.
Bila aku pakai minyak rambut, aku akan pakai secukup rasa. Secukup rasa maksudnya sampai aku rasa cukup. Tapi kawan2 aku cakap aku pakai banyak. Terlebih. Entah la, aku rasa tak banyak pun. Bagi aku, aku mesti pakai sampai aku rasa senang nak sikat. Biar rambut kemas dan rapi. Datang angin kuat pun tak terjejas. Kena hujan pun tak ada yang terjulur ke dahi sebab basah. Kekal, kemas dan rapi.
Masa kat uni, girlfriend aku (yg sekarang dah jadi wife aku) bagitau kawan2 dia selalu
kutuk cakap pasal rambut aku kat dia, "kalau diperah rambut pakwe hang tu, aku rasa minyak yang keluar tu boleh buat goreng ikan daa..." Gf aku tak kisah, malah bangga. Dia tau kawan2nya jealous. Dia kata, "diorang sebenarnya terpegun dengan keindahan dan kekemasan rambut awak." :p (
Tengah bercinta katakan)
Tapi sekarang aku rasa aku dah pakai sikit aja. Sebabnya, aku pakai Code 10, Long Lasting Hold. Yang bekasnya warna putih. Pakai sikit tapi rambut tetap kekal, kemas dan rapi. Dulu mungkin aku pakai brand minyak rambut yang tak tentu. Bila habis aku main belasah beli aja, ikut mana yang sempat capai. Aku tak stick to one brand. But now, Code 10. Mesti Code 10. Cari sampai jumpa.
Sifat mementingkan kekemasan rambut tu tumpah pada anak sulung aku, abang. Kalau nak ke mana sahaja abang mesti nak pakai minyak rambut. Bila aku pakai, abang pun nak secalit. Aku nak keluar, abang tak, tapi abang nak jugak pakai secalit. Pagi-pagi nak pergi nursery pun dia nak pakai jugak. Padahal tak mandi pun lagi. Mula-mula dulu, aku kena pesan kat pengasuh nursery abang, "err, anak saya ni belum mandi lagi, tapi dia dah pakai minyak rambut tadi." Aku perlu pesan sebab nanti pengasuh tu ingat abang dah mandi, diorang tak mandikan pulak anak aku. But now diorang dah faham.
Satu hari tu, kitorang baru sampai rumah pulang dari Jitra, dok angkat barang2 masuk. Anak kecik aku, adik, setahun 3 bulan dan baru boleh berjalan, asyik menggeledah beg baju2 kitorang. Adik jumpa Code 10. Terus dia berdiri, ambil minyak rambut secalit, dan gosok2 kat rambut dan muka dia. Aku dengan wife nampak, tergelak. Wife kata, "hmm, anak jantan kalau tak ikut bapak dia, tak sah!" Aku bangga. Aku sungguh bangga.
Benarlah peribahasa dulu-dulu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bapa borek, anak rintik. Orang putih kata, like father like son.
Nota: Gantikan perkataan minyak dengan krim kalau korang suka. Bagi aku orang Kedah, minyak rambut adalah krim rambut. Tidak terhad kepada minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak amla. Harap maklum.
Labels: Anak2