Anak jantan katakan!
Malam-malam selalunya abang akan mula mengantuk bila pukul 8.30 atau 9 malam, dan dah jadi rutin aku buat susu dan temankan dia tidur. Bila dia dah tidur baru la aku bangun solat Isyak dan tengok tv, atau habiskan assignment. Selagi dia tak tidur, alamatnya aku tak boleh buat apa ler, asyik melayan dia aja...
Dulu sebelum baby ada, kitorang berdua yang melayan kerenah abang, tapi sekarang ni wife sibuk dengan baby, dan sejak-sejak ada adik ni aku nampak si abang makin "merap" pulak dengan aku... (merap ni bahasa Kedah, maknanya makin manja dan nak perhatian lebih) Maklumlah, ummi dia dah kena bagi perhatian kat baby katakan...
Malam tadi tiba-tiba abang datang pada aku sambil tunjuk kaki kiri dia, "Ayah kaki cakitt..." Ada bengkak kena gigit, mula-mula aku ingat kena gigit nyamuk, namun bengkak tu agak keras, tak tahu la menatang apa dah gigit kaki anak aku nih. "Tu la, pi mana tadi, kena apa ni? meh sini ayah boh bam rimau." "Cakit ayah, cakiitt..." Aku cepat-cepat pujuk dia dan sapu bam harimau kat tempat kena gigit tu. Lepas tu buat susu dan terus bawak dia tidur.
Baru minggu lepas dia jatuh dari dari handrest sofa, dia naik dengan kakak sepupunya, kononnya dok tunggang motor la, entah macamana tersembam jatuh ke lantai sampai berdarah bibir, menangis macam nak runtuh rumah.
Aku yang baru muncul di muka pintu menerpa laju ke arahnya, terus dukung bawak ke sinki, basuh bibir dia yang tak berhenti-henti keluar darah. Selepas dah bersih dan darah pun makin kurang, baru nampak yang bibir dia luka, mungkin terkena gigi semasa tersembam tu. Aku sapu minyak gamat pada lukanya, dan sapu kat dahi juga sebab dahi pun dah benjol.
"Diam-diam, dah jangan nangis lagi, good boy don't?" "Aiii... (cry)" jawab abang sambil menangis... (Ayat good boy don't cry tu wife aku ajarkan dia bila nak pujuk dia) Wife aku yang muka pucat lesi belum hilang terkejut lagi pun peluk dan pujuk dia. Aku beredar pi buat susu, lepas tu terus bawak dia tidur.
Dasar anak lelaki, lelaki jugak. Baru terlepas pandang sekejap, ada sahaja yang jadi... hmmm!!
Labels: Anak2