Tempat pertama kawad dan terbaik keseleruhan!
Yeay yeay! kami berjaya! Kami berjaya menggondol RM6,500 pagi tadi! Tahniah tahniah kepada aku dan kontinjen company aku!
Kitorang diisytiharkan menang tempat PERTAMA kawad, hadiahnya RM3,000 dan muncul kontinjen TERBAIK KESELURUHAN, hadiahnya RM3,500 dalam perarakan kemerdekaan peringkat Wilayah Persekutuan pagi tadi.
Gumbira tidak terkata semua yang terlibat termasuk aku, sampai baling2 songkok yang berbalutkan bendera Malaysia ala2 majlis graduation gitu. Mau nya tak happy, berlatih punya la teruk sepanjang minggu lepas...
Kami muncul kontinjen terbaik keseluruhan kerana kawad yang teratur dan sama, berjaya mengekalkan disiplin yang baik sepanjang raptai dan perarakan sebenar, dan mengenakan baju yang bertemakan bendera Malaysia.
Memang aku dah agak baju kitorang memang pelik sikit dan sah-sah menjadi perhatian ramai. Mula2 aku pun cuak nak pakai baju tuh, masa kitorang sampai Dataran Merdeka pun semua orang pandang semacam je... mana tak nya semua kontinjen lain pakai pakaian rasmi company/jabatan masing2, kitorang aje yang lain! Rupa-rupanya baju tu la yang memberikan markah lebih!
Akhbar The Star, Metro, dan Utusan ada tangkap gambar kitorang, tapi aku tak tahu masuk paper ke tak, sebab aku rasa musti berita sambutan di Pahang yang banyak dari sambutan peringkat negeri nih, apa pun tunggu la esok...
Selamat Hari Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Kita mesti mengekalkan kemerdekaan negara kita dan berusaha memerdekakan MINDA kita pada masa yang sama... ok!
Labels: Kerja